Bayar Zakat Fitrah Secara Online Guna Aplikasi Boost, Sesuai Sangat Musim PKP Ni!

Share

Jumaat ini seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan walaupun negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kemeriahan menyambut bulan mulia tetap terasa.

Namun yang menjadi tanda tanya masyarakat ialah bagaimana cara atau keadah untuk membayar Zakat Fitrah ekoran PKP. Adakah ianya masih menjadi kewajipan kita?

Jawapannya YA, zakat fitrah tetap menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam jika mempunyai kemampuan walau dalam musim PKP.

Di zaman teknologi moden dan serba maju ini korang boleh je membayar zakat fitrah ini secara online melalui beberapa aplikasi salah satunya ialah aplikasi Boost.

Boost hari ini ada mengumumkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pembayaran secara nirtunai ini merupakan salah satu kaedah yang lebih baik, termasuk mengekalkan penjarakkan sosial seperti digalakkan oleh pihak berkuasa.

Ciri pembayaran zakat harta telah pun boleh diakses oleh penduduk di Selangor, dimana anda hanya perlu memilih menu “Zakat” dan membuat pembayaran melaluinya dengan mudah.

Ciri Zakat Fitrah akan ditambah pada Boost bermula 24 April ini. Pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit.

Boost turut mengatakan yang mana selain Lembaga Zakat Selangor, mereka turut akan menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Wow, menarik ni…tak perlu risau kena akad dan bersalam untuk bayar zakat fitrah. Teknologi dihujung jari kan.

IKLAN