Bawa Watak Alien, Shaza Bae Pegang Watak Utama Dalam Telemovie Kawanku Alin

Share

Selepas kejayaan memegang gelaran Dewi Remaja 2019, perjalanan seni Shaza Bae dilihat semakin berkembang apabila anak muda ini sudah menerima tawaran sebagai watak utama dalam drama siaran televisyen.

Bakal membintangi telemovie Kawanku Alin, Shaza bersyukur kerana telah dipilih menjadi pelakon utama untuk drama tersebut.

“Sebelum ini saya telah dihubungi oleh pihak produksi dan telah di shortlisted untuk telemovie Kawanku Alin ini. Kemudian, tak sangka pula mereka call dan mengatakan saya berjaya untuk memegang watak utama sebagai Alin,”

“Apa yang menariknya tentang drama ini adalah saya akan membawa watak alien, dimana disebabkan ini juga saya bersetuju untuk menerima tawaran mereka. Saya ingin mencabar kebolehan dan tidak mahu dianggap pelakon ‘stereotype’ yang hanya memegang watak perempuan ayu. Watak Alin ini juga memberikan saya peluang untuk mencuba out of the box

kerana dari perwatakan seorang alien yang tidak mempunyai apa-apa perasan, saya perlu menukarkan Alin kepada sikap-sikap manusia normal. Memang agak mencabar,” jelas Shaza Bae.

Shaza turut mengakui bahawa antara kekangan yang dihadapinya sekarang adalah untuk membahagikan masa ke set penggambaran, serta kerja-kerja lain yang harus ditunaikan sebagai menjadi hos TV, pensyarah di universiti, serta beberapa tugasan sampingan yang lain.

“Alhamdulillah, walaupun jadual agak padat dan kadangkala terasa juga kepenatan tu, tapi saya bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan olehNya. Saya akan cuba menggalas setiap tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan diharap agar lakonan saya nanti akan diterima oleh peminat semua,” sambungnya lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama lakonan Shaza Bae, Kawanku Alin yang akan bersiaran pada 18 Mac 2020 (Rabu), jam 9.30 malam di saluran Astro Ria.

IKLAN