Baru Berusia 28 Tahun, Bintang K-Pop Vokalis TST Meninggal Dunia

Share

Seorang lagi bintang K-Pop, Yohan dilaporkan telah meninggal dunia semalam. Baru berusia 28 tahun, anak muda ini merupakan seorang vokalis kumpulan TST (dahulunya dikenali sebagai Top Secret).

Menurut laporan eksklusif dari SPOTV, Yohan meninggal dunia pada 16 Jun 2020 dan punca kematiannya tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga.

Pemergian bintang K-Pop ini mengejutkan para peminat kerana dia dilihat masih aktif di akaun Instagram beberapa minggu lalu.

Dilahirkan pada tahun 1992, Yohan memulakan debutnya dengan TST pada 2017 sebagai vokalis kumpulan tersebut. Upacara penghormatan terakhir dilakukan di Severance Hospital di Sinchon, Seoul dan proses pengebumian pula akan berlangsung pada 18 Jun 2020.

Yohan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Katolik Yongin.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber: koreaboo

IKLAN