Inpirasi

Baru Berusia 12 Tahun, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Terbang Ke Oxford Untuk Program Kepimpinan

Share

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan?

Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha baru-baru ini berkongsi hantaran di laman Instagramnya berkaitan anak sulungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menginjak Remaja, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi IQ Bella Lebih 130 Dan Genius!

Perkongsian tersebut menyaksikan anak perempuan kepada Dr Sheikh, Sophea Isabella, 12, berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan.

“Bella telah berangkat ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai Program Kepimpinan selama seminggu hari ini.

“Dia sangat bersemangat. Saya pula yang berasa sedih. Ingatkan dengan adanya tujuh anak, akan lebih tenang untuk melepaskan seorang anak. Saya betul-betul salah,” tulisnya.

Menjenguk ke ruangan komen, majoriti warganet turut bangga dengan pencapaian si gadis lampai itu sambil mengekspresikan rasa kekaguman mereka terhadap kecantikan anak sulung angkasawan negara tersebut.

“Tahniah Bella, semoga dipermudahkan,” komen warganet.

“Bella pergi melawat kawasan tu sebab suatu hari nanti dia akan menyambung pelajaran di sana kan… She sure boleh!” komen individu lain.

“Cantiknya dah lah tinggi, boleh jadi model,” seloroh netizen lain.

Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 42, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN