Bapa Penyanyi Kpop, Kim Samuel Mati Dibunuh Di Mexico

Share

Bapa kepada penyanyi Korea Selatan, Kim Samuel iaitu Jose Arredondo dilaporkan mati dibunuh dalam satu kes pecah rumah di Mexico.

Memetik laporan Bakerfield, punca utama dia meninggal dunia adalah kerana dipukul hingga mati oleh objek tumpul serta terdapat beberapa kesan tikaman dalam insiden yang berlaku di Cabo, San Lucas.

Setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti suspek atau sebab dia dibunuh.

Sementara itu, keluarga Samuel masih berdiam diri mengenai perkara itu dan kini sedang menguruskan pengebumian ayahnya itu.

Dalam pada itu, para peminat penyanyi lagu One itu memberikan ucapan takziah buat dia dan keluarganya.

Untuk pengetahuan, bapa Samuel memulakan karier sebagai pencuci kereta sebelum berjaya menjadi pemilik kepada beberapa rangkaian kedai jual kereta.

Manakala Samuel pula sebelum ini mula mengukir nama apabila menyertai pertandingan Produce 101 di Korea Selatan dan debut sebagai penyanyi solo di sana.

 

IKLAN