Kegusaran rakyat Malaysia mengenai pembukaan sempadan negara China mulai 8 Januari 2023 mula dirasai apabila saban hari, ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan kemasukan pelancong dari China.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, terdapat kenaikan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak di China mulai November 2022.
Detik paling kritikal adalah pada 2 Disember 2022 di mana sebanyak 62,439 kes baharu dicatatkan di negara tanah besar itu.
Jumlah itu bagaimanapun telah menurun secara perlahan-lahan hinggalah ke hari ini.
Demi membetulkan persepsi orang ramai mengenai keadaan sebenar jangkitan Covid-19 di China sekarang, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @cardevect atau Vincent Lee telahpun tampil dalam video-video yang menunjukkan keadaan sekeliling lokasi penempatannya di Zhengzhou, China. Vincent merupakan warganegara Malaysia yang kini menetap dan berkhidmat di China.
“Hari ini saya akan menerangkan tentang kekeliruan Covid-19 di China. Terdapat banyak kekeliruan di media sekarang sebab banyak yang mengatakan varian baru adalah dari China. Tetapi adakah itu benar?
Ads
“Varian seperti BA 5.2, BF 7, XBB1.5.. adakah varian ini dari China?
“Kelmarin, Tan Sri Dr. Noor Hisham telah mengatakan varian seperti BA 5.2 dan BF 7 bukan dari negara China sebab ia sudah berada di Malaysia sejak tahun lalu (pada) bulan Mac dan bulan Ogos,” ujarnya.
Tambah Vincent, kebanyakan bandar-bandar besar di China juga sudah mula pulih daripada kes jangkitan sehingga mencapai tahap normal. Tidak hairanlah orang ramai dalam paparan video beliau kelihatan selesa berada di luar bangunan untuk beriadah serta melakukan persiapan maraikan Tahun Baru Cina pada bulan ini.
Mengenai keadaan pusat kesihatan di Zhengzhou, Vincent membawa pengikutnya melihat kondisi di sana. Adakah ia sekritikal yang digambarkan di media sosial dengan jumlah pesakit yang ramai tersadai di sana?
Menurutnya, dua buah klinik yang selalu dikunjungi kelihatan kosong pada 3 Januari lalu berbanding hari sebelumnya. Kebanyakan klinik di sana berada dalam keadaan senyap atau hampir kosong tanpa pengunjung.
Biarpun banyak video-video lama sewaktu kes Covid-19 naik mendadak di China kembali dimuat naik untuk memberi gambaran menakutkan mengenai negara itu dan rakyat, Vincent berharap agar orang ramai lebih bijak menilai.
Tambahan pula, segala maklumat yang sahih ada di hujung jari sekarang.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham kerana membuat penerangan yang jelas dan tepat tentang Covid-19 di China,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat warga Selangor, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang khabarnya bakal dilancarkan pada Oktober depan.
Menurut EXCO Pelancongan Hee Loy Sian, baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai RM100 itu hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.
Baucar yang dilancar pada Oktober ini boleh digunakan serta-merta, selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja.
Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberikan kepada rakyat Selangor kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan, selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor.
Baucar berkenaan boleh digunakan untuk penginapan hotel, taman tema dan inap desa berlesen.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0 melalui platform e-dagang Lazada dan Touch n Go e-wallet.
Wah, mesti ramai yang nak tebus ni. So, siapa cepat dia dapat ya. Hiks!
Kecoh di media sosial bahawa kita bakal berdepan dengan satu krisis lain yang menambah ‘bencana’ Covid-19 yang belum temui titik noktahnya.
Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, satu pasukan penyelidik di China memberitahu bahawa mereka telah menemui satu wabak selesema babi baharu yang mampu mencetuskan pandemik.
Dinamakan sebagai G4, hasil kajian daripada jurnal Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) mendedahkan genetik yang berasal daripada strain H1N1 mampu mencetuskan pandemik baharu dan memiliki semua ciri yang mampu menjangkiti manusia.
Antara tahun 2011 hingga 2018, para penyelidik telah mengambil 30,000 sampel daripada rongga hidung babi dari rumah penyembelihan di wilayah China dan hospital haiwan yang membawa kepada pengasingan 179 sampel virus selesema.
Kumpulan penyelidik kemudiannya membuat pelbagai eksperimen termasuklah terhadap musang yang banyak digunakan dalam kajian selesema kerana musang mengalami simptom yang sama seperti manusia.
Hasil daripada itu, penyelidik mendapati genetik G4 sangat senang untuk menular dan menirus sel manusia yang menyebabkan berlakunya gejala yang lebih serius kepada musang berbanding virus lain.
Keputusan turut menunjukkan sebarang imuniti manusia yang diperoleh daripada selesama bermusim tidak mampu membentuk halangan daripada G4.
Lebih daripada seorang antara 10 (10.4%) pekerja ladang dijangkiti terdedah kepada wabak berkenaan melalui ujian darah yang dilakukan.
Wabak H1N1 yang pernah mencetuskan pandemik pada 2009 merupakan pandemik selesema pertama dalam tempoh 40 tahun mula dikesan di California pada 15 April 2009.
Awal Februari lalu, wabak selesema babi Afrika dikesan di Filipina dikatakan berpunca daripada aktiviti penyeludupan babi dari China.
Allahu, moga kita semua di Malaysia dilindungi dan dijauhkan dari ancaman wabak-wabak yang meragut nyawa ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan. Justeru itu, remaja berusia 18 tahun ke bawah dikatakan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif ini akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.
Jelas beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.
“Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang. “Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Walau bagaimanapun, susulan berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, Khairy menjelaskan perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Apa-apa pun kita doakan agar inisiatif yang dilakukan ini berjalan lancar dan penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan agar pelajar lebih rasa selamat untuk pulang semula ke sekolah.