
Kerajaan telah pun mengumumkan pelaksanaan i-Citra sebagai Bantuan Khas COVID-19 untuk individu yang terkesan dengan PKP 3.0 ini mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Permohonan telah pun dibuka hari ini (12 Julai 2021) hingga 30 September ini.
Pemohon boleh memohon i-Citra dengan jumlah maksimum pengeluaran sebanyak RM5,000 bergantung kepada baki akaun pemohon.

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk korang memohon i-Citra.
1. Layari laman web icitra.kwsp.gov.my
2. Pilih Permohonan
3. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
4. Sahkan identity korang melalui Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
5. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN jika setuju dengan jumlah yang dipaparkan

6. Semak JADUAL BAYARAN yang dipaparkan dibawah
7. Klik pada butang yang ditunjukkan jika korang ingin mengurangkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
8. Gerakkan penunjuk untuk memilih AMAUN PILIHAN PENGELUARAN yang dikehendaki
9. Klik TERUSKAN
10. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
11. Lengkapkan Nombor Akaun Bank dan kaji selidik. Klik TERUSKAN
12. Semak MAKLUMAT PEMOHON dan JADUAL BAYARAN
13. Tandakan pada kotak PENGESAHAN dan kotak ‘Saya bukan robot’. Klik TERUSKAN

14. Permohonan korang diterima dan akan diproses
15. Korang dinasihatkan untuk menyimpan rekod permohonan sebagai rujukan dengan menekan CETAK & SIMPAN REKOD PERMOHONAN
Diharap dengan pengeluaran wang simpanan KWSP ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu yang terkesan teruk sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Carian Tertinggi Google Trends 2017, Izara Aishah Ungguli Carta Selebriti Manakala Hero Seorang Cinderella Ungguli Carta Drama

Tahun 2017 hampir berakhir dan seperti biasa pelbagai senarai carta akan dikeluarkan oleh pelbagai agensi dan laman sesawang. Antara carta statistik yang sering mendapat perhatian pada setiap tahun pastinya Google Trends.

Pada hari ini, Google Trends telah mengeluarkan senarai kata kunci carian terbanyak yang dilakukan oleh masyarakat Global dan Malaysia khususnya menerusi carian enjin Google. Bagi carian tertinggi peringkat global nama Meghan Markel pasti tidak asing lagi. Populariti bintang drama bersiri ‘Suits’ dan tunang kepada Prince Harry cukuip luar biasa apabila menjadi nama teratas kategori pelakon dan kelima secara keseluruhan.
Untuk carian tertinggi bagi keseluruhan kategori pula merupakan tragedi Hurricane Irma diikuti iPhone 8, iPhone X, Matt Lauer dan Meghan Markle. Bagi ketegori pelakon pula mengikuti di belakang Megan ialah Kevin Spacey (kontroversi kes cabul), Gal Gadot (Wonder Woman), Louis C.K dan Bill Skarsgard.
Bagaimana pula dengan senarai Google Trends untuk Malaysia? Untuk carian nama selebriti, Izara Aishah mengungguli carta dengan berada di tempat teratas kemudian diikutim oleh Gal Gadot, Hannah Delisha, Afifah Nasir, Aiman Tino dan Faiz Subri. ‘Hero Seorang Cinderella’ lakonan pasangan hangat wedding of the year, Fattah Amin dan Fazura pula menjadi drama paling popular sepanjang tahun ini.

Bagi ketegori keseluruhan carian BR1M di tempat pertama diikuti Hero Seorang Cinderella, SEA Games, Titian Cinta dan SAPS NKRA.
Okaylah, berikut merupakan senarai carian tertinggi Google Trends di Malaysia sepanjang 2017 mengikut kategori.
Carian Umum
1) BR1M
2) Hero Seorang Cinderella
3) SEA Games
4) Titian Cinta
5) SAPS NKRA
6) Fast and Furious 8
7) Suamiku Paling Sweet
8) Despacito
9) Bigg Boss Vote
10) Myvi 2018
Orang
1) Izara Aishah
2) Gal Gadot
3) Hannah Delisha
4) Afifah Nasir
5) Aiman Tino
6) Faiz Subri
7) Aliff Aziz
8) Alicia Amin
9) Fathia Latiff
10) Mat Over
Berita
1) JJPTR
2) Petrol price Malaysia
3) Budget 2018
4) MRT Malaysia
5) Lembaga Getah Malaysia
6) Hurricane Irma
7) Catalonia
8) Tahfiz terbakar
9) Fattah Amin-Fazura
10) Banjir di Pulau Pinang
Filem
1) Fast and Furious 8
2) Justice League
3) Beauty and the Beast
4) Wonder Woman
5) It
6) Logan
7) Annabelle: Creation
8) Bad Genius
9) Dunkirk
10) Bahubali 2
Drama Bersiri Tempatan
1) Hero Seorang Cinderella
2) Titian Cinta
3) Suamiku Paling Sweet
4) Andainya Takdir
5) Mencintaimu Mr Photographer
6) Biar Aku Jadi Penunggu
7) Isteri Tuan Ihsan
8) Duda Pujaan Dara
9) Sayang Papa Saya Tak
10) Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Sumber: Google Trends 2017
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki Ini Syer 9 Cara Nak Jimatkan Bil Elektrik, Tak Perlu Bayar Beratus Pada TNB

Isu kenaikan bil elektrik lebih mahal berbanding bulan-bulan sebelumnya yang menjadi punca kebanyakan orang ramai meluahkan kemarahan di media sosial nampaknya menjadi isu nasional.
Ini termasuklah ia telah dibawa ke mesyuarat kabinet oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam. Masa yang sama, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin turut mengambik kira isu yang menjadi bualan hangat rakyat.
Di sebalik isu yang tular, seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad, Fawwaz Johari berkongsi 9 cara untuk menjimatkan elektrik seperti yang keluarganya amalkan.
Mana tahu kalau yang baik kita ikutkan, mudah-mudahan bil tak adalah beratus lagi walaupun dah dipasang smart meter.

Bil Elektrik Tinggi? Rumah 2 tingkat berhawa dingin mempunyai bil kurang daripada RM40-70 sebulan, begini caranya…
Viral di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer di sini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.

Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
- Gunakan teknologi inverter – Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
- Peralatan elektrik berstatus “5 bintang” – Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

Masak air guna kattle saja
- Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik – Di antara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah, pemasak nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser.
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
- Menggunakan lampu LED –Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
- Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik – Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
- Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung –Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

Banyak tanaman hijau ditanam sekaligus menghasilkan karbon monoksida sendiri


- Memanam pokok di dalam dan luar rumah – Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
- Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah –Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
- Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan& Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Sumber : FB FAWWAZ JOHARI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“27 Julai Tarikh Si*l !” Kim Jae Hwan & Twice Batal Persembahan Tarikh SAMA

Sabar beb, sabar..
Berikutan pembatalan acara Fan Meeting Kim Jae Hwan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, warga Twitter pantas menyerang timeline dengan penuh rasa tak puas hati.
BACA: Fan Meeting Kim Jae Hwan Batal Saat Akhir, Fans Mengamuk!
Iyalah, dah beli tiket yang agak mahal satu hal.
Bagaimana pula dengan peminat yang ‘terbang’ dari luar negara seperti Singapura, bagaimana dengan yang menempah semalam di hotel, dan bagaimana dengan yang gigih memandu serta menaiki bas dari kawasan luar Lembah Klang?
BAGAIMANA?

Penulis percaya mereka mempunyai hak untuk ‘naik hantu’ dek kerana insiden hari ini.
Salah satu fakta menarik yang berjaya mereka ungkit adalah tarikh pembatalan konsert TWICE pada tahun lalu – which fell on today!
Seriuslah..
Ya, berita pembatalan konsert TWICE pantas dilaporkan oleh media seluruh dunia pada 27 Julai 2018, tarikh sama hari ini di mana acara fan meet Kim Jae Hwan dibatalkan.

And get this, kedua-dua acara ini dibatalkan di lokasi yang sama iaitu Stadium Malawati.
Ouhh spooky!
BACA: TWICE Pulang Hampa Selepas Konsert Di Shah Alam Batal
Antara komen netizen yang menghujani Twitter termasuklah, “..27 Julai pada setiap tahun adalah tarikh si*l!..”, “..What is this coincidence?!..” dan “..Tolong elakkan tarikh ni please, walaupun memang tarikh gaji masuk..”
Hhm, memang tak ada rezeki nak jumpa dengan Kim Jae Hwan hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



