Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’

Share

Bagi korang yang menetap di sekitar Lembah Klang, pastinya korang perasan situasi hujan lebat dan ‘air naik’

Malah, cuaca hujan yang berterusan sejak semalam masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga di beberapa negeri.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan lebat berterusan tahap kuning dikeluarkan di Kedah

, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Ekoran daripada situasi ini, mungkin korang boleh guna tip yang diberikan oleh Team Automotif GiatMara Bentong Pahang sebelum ini tentang beberapa tip SOP kenderaan yang boleh korang ikut ketika waktu banjir ini.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan daripada kereta supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada sistem elektronik

Kredit: YouTube

2. Kenal lokasi ECU (Electronic Control Unit) untuk Engine Management Control- Tanggalkan dan simpan ditempat selamat

3. Tutup paip ekzos supaya tidak dimasuki air

Kredit foto: blog.tdotperformance.ca

Dengan melakukan SOP ini, dijelaskan bahawa kos membaiki dapat dikurangkan sekiranya kereta korang ditenggelami air 100 peratus. Sekiranya air banjir dah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat.

Bagi korang yang tinggal di kawasan berisiko banjir, mungkin ini adalah cara terbaik untuk sekurang-kurangnya korang menjaga kereta daripada berlaku sebarang kemungkinan.

Apa-apa pun kami doakan agar semua mangsa banjir terutamanya di Lembah Klang dilindungi dan semoga mereka terus kuat melalui ujian ini.

Sumber: Armada Bersatu Bentong

IKLAN