Kala ini negara Vietnam sedang berduka. Hujan lebat yang mencurah melebihi 2000 milimeter sejak 10 hari lalu menyaksikan beberapa tempat di negara tersebut di tenggelami air.
Dilaporkan, seramai 55 orang maut akibat dihanyutkan hujan deras, tujuh masih hilang dan lebih 332,700 ekor haiwan ternakan mati dalam banjir besar yang menyaksikan negara berkenaan lumpuh dan terputus hubungan bagi sesetengah kawasan.
Tidak hanya melibatkan nyawa orang awam, seramai 13 orang anggota penyelamat turut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh seperti dilaporkan di Wilayah Phong Dien, Thua Thien Hue ketika melakukan operasi menyelamat dilakukan.
Ads
Lapor agensi berita Xinhua, bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam sejak 10 hari lalu dijangka berlarutan.Malah kebanyakan mangsa yang dihanyutkan arus deras datang dari Wilayah Quang Tri, Thua Thuen Hue dan Quang Nam.
Ads
Menurut Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Jumaat, kebanyakan kematian melibatkan daerah tersebut.
Tidak hanya orang ramai maut, lebih 135,700 rumah ditenggelami dengan 585 daripadanya runtuh atau rosak. Sementara, banyak sawah padi dan kawasan tanaman lain digenangi air banjir.
Ads
Bencana itu turut menyebabkan kerugian ekonomi sekitar 5 trilion dong Vietnam (RM903.82 juta).
Hujan lebat diramal kembali melanda kawasan tanah tinggi bermula 16-21 Oktober, menurut pusat meteorologi negara itu. – Bernama / AFP.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut Wikipedia, sunnah bererti "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunnah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Perkongsian mengenai cara minum yang menurut sunnah yang boleh kita amalkan adalah seperti berikut. Mana yang baik kita amalkan, betul tak?
Cara Sunnah Minum Air Adalah :
1. Minumlah air dengan tangan kanan.
2. Minum air dengan duduk.
3. Mulailah minum air dengan mengucapkan Bismillaah.
4. Lihat air sebelum minum.
5. Minumlah air dalam 3 teguk.
6. Setelah selesai setiap tegukan, katakanlah Alhamdulillaah
7.Setelah 3 teguk air minum, katakan akhirnya Alhamdulillaahi Wassyukru Lillaah.
MANFA'AT SUNNAH AIR MINUM
Dengan Duduk dan 3 teguk air minum:-
1. Buah pinggang tak akan gagal berfungsi.
2. Lutut selalu berfungsi.
3. Tulang punggung selalu kuat.
4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
5. Fikiran selalu aktif.
Subhaanallaah, bagikan manfa'at ini dengan semua orang!!? Majlis Al MADAD
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pada rakyat Malaysia sedang sedaya upaya melawan pandemik Covid-19 di Malaysia yang masih lagi dilaporkan dalam lingkungan empat angka hari ini, namun ada satu berita yang tak best melanda remaja di Sarawak.
Baru-baru ini, seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat wabak rabies. Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 November 2020 jam 3.45 petang dengan diagnosis rabies encephalitis.
Sumber Gambar : kpkesihatan.com
Dilaporkan mangsa sebelum itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 10 November kerana mengalami demam selama tiga hari, lemah pada bahagian anggota bawah badan dan menunjukkan tingkah laku agresif. Tambah lagi, mangsa turut mengalami aerofobia dan hidrofobia.
Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain sebelum ini.
Sebaliknya, mangsa dikatakan hanya mempunyai kesan cakaran yang telah sembuh di kaki kanan tetapi tiada perincian penuh yang didedahkan oleh ahli keluarga mengenainya.
Jelas kenyataan itu lagi, mangsa dilaporkan memelihara empat ekor kucing dan seekor anjing. Kesemua haiwan peliharaannya tidak pernah mendapat vaksinasi namun sehingga kini, haiwan peliharaan tersebut dalam keadaan sihat dan tiada perubahan tingkah laku.
Laporan sama mendedahkan mangsa telah disahkan dijangkiti virus rabies pada 12 November 2020 melalui ujian makmal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Sumber Gambar : today.mims.com
Dengan laporan terkini kes rabies di negeri itu, ia sekali gus menjadikan jumlah maut akibat kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak meningkat kepada enam orang bagi tahun ini dan merupakan yang ke-28 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.
Sebagaimana kita tahu, beberapa tahun ini Malaysia telah mempunyai kes anjing gila (rabies) yang meningkat. Kehadiran kes ini sangat membimbangkan kerana ia dijangka akan merebak ke tempat lain jika tidak dikawal dengan sempurna. Peratus kematian apabila seseorang itu mempunyai simptom rabies ini pula adalah 100%.
Nak tak nak, perlu kita ketahui serba sedikit berkenaan penyakit ini supaya kita dapat mencegahnya daripada menjangkiti kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari dulu, kita senang menzahirkan rasa simpati tatkala melihat golongan kurang upaya. Selain ada rasa ingin tahu bagaimana dia boleh jadi begitu, sikap ingin membantunya juga membuatkan kita mudah memzahirkan perasaan.
Namun bukan semua OKU itu perlu duduk diam dan menzahirkan kesedihan di atas kekurangan dialaminya. Sikap ingin membuktikan kebolehan dan keupayaan anak Malaysia serba boleh harus dijadikan panduan.
Buktinya, bersempena Hari Malaysia, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) akan cuba mencipta nama dalam Malaysian Book of Records (MBR) dengan menunggang motosikal sebelah tangan pada jarak paling jauh.
A Santana Dass, yang hanya mempunyai tangan kiri akan cuba mengembara bersendirian sejauh 5,922 km dari Pulau Pinang pada 16 September ini merentasi Thailand, Myanmar dan Singapura selama 14 hari dengan menunggang motosikal Yamaha R25 yang telah diubah suai.
Santana kehilangan tangan kanannya 3 tahun lepas apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Macalister. Beliau dirawat di hospital selama 8 hari berikutan kemalangan itu.
“Kecacatan tidak akan menghalang saya mencuba sesuatu yang baru. Stigma dan persepsi tidak betul bahawa orang yang mempunyai kecacatan tidak mahu atau tidak boleh menyertai aktiviti sukan merupakan halangan paling utama perlu saya atasi,” katanya pada sidang akhbar.
Sungguhpun kehilangan sebelah tangan, Santana berkata kecacatan tidak menghilangkan semangat patriotismenya terhadap negara dan sanggup menghadapi cabaran untuk motivasikan diri serta menunjukkan teladan yang baik kapada orang lain.
Beliau merancang menunjukkan kecintaan terhadap negara dengan meliputi motosikalnya dengan bendera Malaysia dan memasang bendera yang lebih besar ketika majlis pelancaran nanti.
“Perjalanan paling jauh saya setakat ini ialah dari Pulau Pinang ke Singapura dan telah berjaya mencubanya beberapa kali, dan cubaan mencipta rekod baru ini disokong oleh isteri saya E Poovaneswari serta 4 anak saya,” katanya.
Menurut beliau pengubahsuaian terhadap motosikal Super 250 itu cuma melibatkan pemindahan pendikit dari kanan ke kiri dan sehingga kini masih belum ada rekod yang dicipta bagi perjalanan jarak jauh motosikal sebelah tangan dalam MBR mahupun Guinness World Record.
Sementara itu beliau berharap permohonannya bagi pengiktirafan Guinness World Record yang beliau hantar pada 7 Ogos akan diterima sebelum sebelum Hari Malaysia, serta memperolehi penaja bagi cubaannya mencipta rekod.
Beliau menjelaskan sekira permohonan untuk Guinness World Record diterima sebelum 16 September beliau boleh mencipta nama secara serentak.
Beliau berkata keseluruhan perbelanjaan bagi pengembaraanya itu dianggarkan RM27,000 termasuk petrol, penginapan, bahan promosi serta yuran penyertaan bagi MBR (RM1,810) dan Guinness World Records (RM4,100).
“Saya telah menghantar surat kepada Yamaha dan organisasi lain untuk mendapatkan penajaan namun masih ada jawapan. Setakat ini penaja saya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, A Kumaresan,” katanya. BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.