Bangunan Di Riyadh Bertukar Ungu Sambut Kehadiran BTS

Share

Bukan hanya ruang langit di Jepun saja yang bertukar ungu pada Jumaat lalu, tetapi juga bangunan di Arab Saudi.

 

Bandar Riyadh menerima kunjungan kumpulan K-Pop popular dunia, Bangtan Boys (BTS) dengan menyalakan bangunan-bangunan utama di kota itu dengan warna ungu.

Untuk pengetahuan, ungu adalah warna rasmi bagi kelab peminat mereka, ARMY.

Walaupun Arab Saudi berstatuskan negara majoriti penduduk Islam, ia tidak menyekat minat remaja di sana untuk menggemari BTS. Malah, laporan menunjukkan BTS merupakan grup K-pop dengan jumlah streaming tertinggi negara itu di Spotify!

Buat masa ini, BTS mendominasi carta 10 lagu K-pop paling popular di Arab Saudi dengan 6 trek single mereka.

Ini merupakan kunjungan sulung mereka ke Arab Saudi.

Walaupun ada pihak yang menentang dan mengkritik, persembahan mereka di Riyadh King Fahd International Stadium bukan saja menarik perhatian penonton yang membeli tiket tetapi juga penonton siaran langsung di saluran Naver V Live Plus Channel.

Ia mencatatkan jumlah rating setinggi 68 juta orang dari seluruh dunia, satu jumlah yang melebihi harapan pihak penganjur memandangkan ada perbezaan masa antara Arab Saudi dan Korea Selatan.

IKLAN