
Kuala Lumpur sekali lagi menjadi hub tumpuan dunia pada minggu ini apabila Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, mesyuarat yang bakal dilangsungkan dari 8 hingga 11 Julai itu akan memperlihatkan kira-kira 1.500 perwakilan termasuklah menteri-menteri luar ASEAN, Timor Leste, rakan dialog ASEAN, negara peserta Forum Serantau ASEAN (ARF), rakan dialog sektoral dan pegawai kanan sekretariat ASEAN.
Menariknya, sepanjang berlangsungnya mesyuarat tersebut, para delegasi termasuklah dari negara Amerika Syarikat, China, Vietnam dan lain-lain akan dibawa dengan menaiki kenderaan Proton e.MAS 7 yang merupakan kenderaan rasmi mesyuarat.

Rata-rata warganet meluahkan rasa bangga mereka apabila Malaysia memiliki kenderaan nasional yang dijadikan sebagai kenderaan rasmi delegasi sekaligus menampakkan perkembangan automotif tempatan di mata dunia.
Memetik laporan BERNAMA pada Februari lalu, ia memaklumkan sebanyak 27 buah kenderaan Proton e.MAS 7 telah disediakan bagi bertujuan membawa wakil-wakil utama sepanjang keberadaan wakil-wakil antarabangsa di sini.
Sebelum itu, kenderaan yang dilancarkan di pasaran Malaysia pada 16 Disember 2024 itu juga telah menjadi kenderaan rasmi bagi acara Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 di Langkawi pada bulan Januari tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

