‘Bangga Jadi Perempuan Indonesia’ -Tampil Anggun & Menawan, Raline Shah Tuai Pujian Ramai Berkebaya Di Cannes Film Festival 2023

Share

Pelakon jelita dari negara seberang, Raline Shah tampil berbeza di karpet merah pada temasya Festival Filem Cannes di Paris hujung minggu lalu. Raline Shah kelihatan begitu cantik dan anggun dengan kebaya rona biru.

Pelakon filem hit Surga Yang Tak Dirindukan itu yang dipilih mewakili jenama barang kemas Chopard dan Bvlgari itu sekaligus berjaya menarik perhatian dengan mengenakan kebaya biru digabungkan dengan kain batiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap Usia 41 Tahun Ini! Heroin Filem AADC, Dian Sastrowardoyo Masih Anggun Persis ‘Anak Dara’

Penampilannya jelas berbeza berbanding para selebriti hadir yang lain kerana memakai pakaian tradisional.

Menjengah menerusi perkongsian di Instagram miiknya, dia menzahirkan rasa bangga apabila mengenakan kebaya dan berkain batik di acara antarabangsa tersebut.

“Bangga apabila dapat menghadiri #festivaldecannes dengan pakaian kebangsaan saya, iaitu kebaya.

“Felt so much joy to be able to bring a part of home with me. Bangga jadi perempuan Indonesia,” coretnya ringkas.

Lebih-lebih lagi, kebaya yang digayakan Raline nampaknya mempunyai makna yang mendalam. Ini didedahkan sendiri jenama fesyen, Maison Baaz Couture yang telah mereka bentuk kebaya tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram @maisonbaazcouture, pihaknya berkongsi bahawa Raline ‘request’ bagi membuat kebaya moden untuk memperkenalkan budaya Indonesia.

Selain itu, rata-rata warganet turut memuji kecantikannya apabila mengenakan pakaian kebangsaan pada majlis berprestij ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Raline Shah

IKLAN