Kumpulan rap rock Korea kesayangan ramai, N.Flying baru-baru ini mengumumkan konsert sulung mereka di ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Disember 2024 (Ahad) jam 6 petang.
Ia adalah sebahagian daripada jelajah 2024 N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’ in ASIA yang telahpun dilangsungkan sepanjang tahun ini. Selain Kuala Lumpur, antara destinasi lain di Asia yang dikunjungi oleh Kumpulan ini termasuklah Bangkok, Macau dan Taipei.
Sebagai info, N.Flying mula meraih perhatian pada tahun 2013 dan ia kemudian ditubuhkan secara rasmi pada 2015 di bawah syarikat naungan sama dengan kumpulan-kumpulan terkenal seperti F.T. Island, CNBLUE, SF9 dan P1Harmony.
N.Flying dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lee Seung Hyub selaku ketua, vokalis dan penyanyi rap, Yoo Hwe Seung (vokalis), Cha Hun (pemain gitar), Seo Dong Sung (pemain bass) dan Kim Jae Hyun (pemain dram).
Ads
Bagaimanapun, Kim Jae Hyun tidak dapat menghadirkan diri ke Kuala Lumpur Disember kelak memandangkan masih dalam perkhidmatan tentera.
Walaupun dengan kehadiran hanya empat orang ahlinya, N.Flying percaya mereka mampu menghiburkan peminat mereka dengan penuh semangat.
Ads
Ini juga merupakan kali pertama kumpulan yang terkenal dengan lagu Star dan Blue Moon itu membuat persembahan di Kuala Lumpur.
Selain bakat nyanyian dan bermain instrument, N.Flying juga cemerlang sebagai pelakon drama di Korea Selatan. Paling mendapat perhatian ialah Lee Seung Hyub yang pernah muncul dalam drama-drama seperti Nevertheless, Shooting Stars dan Lovely Runner.
Wataknya sebagai Baek Inhyuk dalam Lovely Runner sememangnya memberi impak dan dijangkan ramai N.Fia Malaysia menanti-nantikan sekiranya ada segmen konsert tersebut yang bakal memberi tribute kepada watak itu.
Ads
Korang tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket yang mula dijual pada 27 September (Jumaat) pada 11 pagi secara dalam talian.
Tiket dijual bermula dari harga RM368, RM468, RM558, RM688, RM799 dan RM6,288 (kotak VIP -8 tempat duduk).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod pertama program realiti baharu yang juga merupakan yang pertama seakannya di Asia Tenggara iaitu All Together Now Malaysia telah mencetuskan viraliti sejak ia mula ditayangkan Ahad lalu.
Rata-rata penonton mempunyai pendapat masing-masing terhadap program yang menggabungkan 50 orang selebriti pelbagai lapisan sebagai juri. Ada yang merasakan peserta yang dipilih berkualiti, ada yang tidak berpuas hati dengan pihak juri.
Namun salah satu perkara yang paling hangat diperkatakan adalah soal Prosedur Operasi Standard (SOP) yang didakwa warganet terang-terangan dilanggar biarpun program itu telah dirakamkan terlebih dahulu sekitar bulan April lalu sewaktu Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ya, 50 orang juri yang ditempatkan di platform bertingkat itu duduk pada jarak 1 meter di antara satu sama lain. Bagaimanapun, mereka sama sekali tidak menyarungkan pelitup muka sebagai langkah pencegahan berkesan mengatasi penyebaran wabak COVID-19
Dek kerana laporan yang diterima daripada orang ramai ini, satu portal tempatan pagi tadi melaporkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan dakwaan pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Neeta Manisha yang juga merupakan salah seorang juri All Together Now Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga memakai face shield sebelum menanggalkannya semasa proses rakaman.
Dan sebentar tadi, pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia (ATNM) telahpun mengambil keputusan untuk menghentikan tayangan program tersebut sehingga selesai siasatan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP.
Kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu saudara Raqim Ahmad, rakaman ATNM dilakukan pada Mac hingga April lalu di sebuah pusat konvensyen antarabangsa di Putrajaya sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disusuli dengan perintah fasa pertama ‘Total Lockdown’.
Memetik kenyataan Raqim, “Kru penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan mereka yang berstatus negatif saja dibenarkan mengendalikan rakaman.
“Set yang dibina juga telah mengambil kira penjarakan fizikal di antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar di antara mereka,” ujarnya.
Korang pernah dengar tak inisiatif ‘Girls Takeover’ yang mana ini adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)sempena Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 11 Oktober setiap tahun.
Menerusi inisiatif ini, kerajaan Finland telah turut serta dalam menyebarkan mesej kesaksamaan gender dengan membenarkan gadis 16 tahun, Aava Murto untuk duduk di kerusi Perdana Menteri selama sehari.
Kalau nak tahu, selama sehari dia mengambil alih kerusi Perdana Menteri, Aava telah berbincang bersama kabinet Menteri Finland dan penggubal undang-undang mengenai banyak hal.
Aava bersama Sanna Marin, Perdana Menteri Finland. Sumber gambar: BBCnews
Ini termasuklah perihal ramai remaja perempuan di negara membangun tidak diutamakan dalam perkembangan skil digital dan perkara tersebut boleh membantutkan mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan selamat.
Bestkan peluang yang diberikan kepada Aava ni? Kalau korang diberi peluang untuk duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia selama sehari agaknya apa yang korang nak utarakan kepada ahli-ahli cabinet kita?
***P/S – Perdana Menteri Finland yang sekarang, Sanna Marin merupakan Perdana Menteri wanita termuda dalam sejarah dunia dalam mengepalai sesebuah negara. Dia mengangkat sumpah sebagai perdana Menteri ketika berusia 34 tahun!
Sumber: ABCnews & dw.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan Syahreza atau lebih dikenal Afgan baru-baru ini melancarkan kolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Jessi dalam single terbaru yang berjudul Escape.
Pengumuman ini dikongsi oleh Afgan melalui Instagram pada Khamis, dan hal ini mengejutkan para peminat kedua penyanyi itu.
Kata Afgan melalui posting yang sama, “Akhirnya! Escape akan dilancarkan pada 21 Jun ini @jessicah_o”.
Kerjasama di antara Afgan dan Jessi merupakan kolaborasi pertama mereka dan gabungan gaya muzik unik keduanya dinanti dan bakal menyatukan peminat-peminat mereka.
Afgan yang terkenal dengan vokal merdu dan kepelbagaian muziknya, sekali lagi menunjukkan kebolehan dirinya sebagai seorang pemuzik yang serba boleh.
Sebelumnya, Afgan telah bekerjasama dengan Jackson Wang bekas anggota GOT7, menunjukkan kemampuannya untuk berkongsi pentas dengan artis antarabangsa. Kali ini, keputusannya untuk bekerjasama dengan Jessi, yang terkenal dengan gaya rap dan karisma di atas pentas, menegaskan komitmennya untuk meneroka genre muzik baru.
Menurut Jessi pula, kolaborasi ini merupakan peluang besar untuk memperluaskan pengaruhnya dalam seni muzik secara global. Antusiasme peminat-peminat terhadap Escape amat tinggi, dan ramai menantikan kerjasama yang menakjubkan ini.
Kolaborasi ini bukan sahaja membuktikan muzik merayakan kepelbagaian budaya, tetapi juga menunjukkan muzik adalah bahasa serantau yang universal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!