Bakal Bergelar Bapa, Isteri Penyanyi Yonnyboii Kini Sedang Sarat Hamil Bayi Sulung

Share

Alhamdulillah, Tahniah Yonnyboii dan isteri!

Penyanyi meningkat naik, Yonnyboii tidak lama lagi bakal bergelar bapa selepas isteri tercintanya, Nik Nazira mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka.

Berita gembira itu dikongsikan isteri penyanyi lagu Sakit itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sampai Setahun Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Fizo Omar Kini Hamil 5 Bulan

“Setelah beberapa bulan merahsiakan, kini saya mahu berkongsi kehamilan yang tinggal beberapa bulan dengan awak semua. Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan ayah kelak.

“Mohon doakan urusan kami dan anak kecil dipermudahkan (saya tahu saya kelihatan kurang berkongsi asalkan bayi selamat),” coretnya menerusi ruangan kapsyen.

Nik Nazira bagaimanapun masih tidak mendedahkan usia kandungan. Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti serta para peminat.

“So i’m gonna be aunty soon? Tahniah Nina!,” komen pengikutnya.

“Alhamdulillah! Tahniah Yonina!,” komen juga pengikut lain.

Sekadar informasi, YonnyBoii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram YonnyBoii

IKLAN