
Selalu bila beli kopi panas, teh tarik atau coklat panas, kita rasa lebih “selamat” bila ia dihidangkan dalam cawan kertas dan bukannya plastik. Lagipun, cawan kertas nampak lebih mesra alam dan macam pilihan yang sihat, kan? Tapi realitinya — kajian terbaru mendapati bahawa setiap teguk minuman panas dalam cawan kertas mungkin sedang “meracuni” tubuh tanpa kita sedari! 😱
Kajian yang dijalankan oleh Institute of Technology (IIT), India mendedahkan bahawa apabila air panas dituangkan ke dalam cawan kertas
, bahan kimia dan mikroplastik dari lapisan dalam cawan boleh larut ke dalam minuman. Hanya dalam masa 15 minit, sebanyak 25,000 partikel mikroplastik boleh terbebas ke dalam 100 mililiter air panas.Lebih menakutkan, kajian turut menemui lebih 10.2 bilion partikel submikron per mililiter — zarah halus yang terlalu kecil untuk dilihat tapi cukup berbahaya jika terkumpul dalam tubuh manusia.
Selain mikroplastik, penyelidik turut menemui ion toksik seperti fluorida, klorida, sulfat, nitrat serta logam berat berbahaya seperti plumbum (Pb), kromium (Cr) dan kadmium (Cd). Semua bahan ini berasal daripada lapisan plastik yang digunakan di bahagian dalam cawan kertas untuk mengelakkan kebocoran. Tapi bila terkena haba tinggi, lapisan inilah yang mula melepaskan bahan kimia berbahaya ke dalam minuman kamu.
Zarah halus dan bahan toksik daripada cawan kertas ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti:
Menurut pakar kesihatan, cara terbaik adalah mengelak penggunaan cawan pakai buang sepenuhnya. Pilih cawan seramik, kaca atau keluli tahan karat, terutama untuk minuman panas. Selain lebih selamat, ia juga lebih mesra alam dan boleh digunakan berulang kali.
Kalau terpaksa guna cawan pakai buang, pastikan kamu pilih produk yang bebas lapisan plastik (PE coating) atau diperbuat daripada bahan biodegradasi asli. Dengan cara ini, kamu dapat mengurangkan pendedahan kepada mikroplastik dan bahan toksik daripada cawan kertas.
Kadang-kadang benda yang nampak kecil pun boleh beri kesan besar. Mungkin selepas ni, bila beli kopi atau teh panas “to go”, kita patut bawa tumbler sendiri. Nampak kecil, tapi ia langkah besar untuk jaga kesihatan dan alam sekitar.
BACA LAGI : Kajian Buktikan Nama Pendek Cepat Naik Pangkat & Buka Banyak Peluang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.