Bahang Hero Remaja 2017 Sudah Pun Terasa, Siapa Bakal Rampas Takhta Fattah Amin?

Share

Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia.

Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilannya pada tahun ini.

Sesi pemilihan bermula pada bulan April lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 20 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2017.
Belum pun program ini bersiaran di kaca TV, rata-rata daripada finalis telah pun mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Ada juga di antara mereka yang sudah ada fans club

sendiri.

 

 

Tidak hanya bersiaran di televisyen, kesemua finalis telah pun melakukan banyak aktiviti sebelum ini. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan setiap task

yang diberikan sama ada secara on ground atau pun online.

Selain itu, undian secara talian juga dibuka bagi memberi peluang buat penyokong mengundi calon favourite mereka. Undian boleh dilakukan di http://www.remaja.my/vote/. Setiap hari, satu vote.

Agak-agaknya apakah cabaran yang akan diberikan kepada nanti? Adakah hanya diuji berdasarkan kekuatan fizikal semata atau mungkin juga akan dinilai daripada segi IQ mereka?

 

 

Nah, kami tidak mahu cerita lebih lanjut tentang mereka, apa kata anda saksikan sendiri aksi finalis-finalis Hero Remaja 2017 ini pada episod pertama malam ini dan akan bersiaran setiap Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.

Siapa yang bakal menggantikan takhta Fattah Amin? Tungguuuu…

 

IKLAN