Bagaimana Untuk Menonton Filem Marvel Cinematic Universe Mengikut Kronologi

Share

Yes, the wait is almost over. Esok, filem superhero yang paling dinantikan tahun ini, ‘Avengers: Infinity War’ akan mula ditayangkan di seluruh negara.

Siapa sangka filem pertama Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi ‘Iron Man’ telah ditayangkan pada 10 tahun lepas. Dan pada edisi filem Avengers ketiga yang menghimpunkan hampir semua superhero

seperti Captain America, Iron Man, Black Panther, Hulk, Spider-Man, Thor dan ramai lagi bakal berdepan ancaman terhebat untuk bumi serta alam semesta dalam sebuah bentuk villain bernama Thanos!

Tidak salah untuk Remaja katakan bahawa Marvel telah membikin sebuah evolusi perfileman berkesinambungan yang paling epik dalam sejarah. Walaupun setiap filem superhero-nya membawa haluan cerita berbeza namun segala kisah mereka masih berlegar dalam ‘dunia’ yang sama. Malah mereka jugalah yang mempopularkan post credit scene yang membuatkan peminat sanggup tunggu credit roll

sampai habis.

Tapi Remaja yakin mungkin ada antara kamu yang terlepas dan ketinggalan mengikuti kesemua filem yang berlegar dalam dunia MCU. Bagi korang yang ketinggalan, Remaja nasihatkan untuk catch up semula dan jangan tonton filem-filem MCU mengikut giliran ia dikeluarkan tetapi tontonlah mengikut kronologi kejadian yang berlaku.

‘Iron Man’ merupakan filem pertama MCU dan telah mengubah lanskap kejayaan Marvel Studio untuk membina empayar perfileman mereka sendiri. Namun bagi newbie seperti korang, mulakan dengan menonton ‘Captain America: First Avengers’. Ikuti susunan kronologi filem MCU yang patut kamu tonton sebelum menonton ‘Avengers: Infinity War’.

Psst, kalau korang nak binge watch jangan sampai jatuh sakit ya. Do it properly and healthy. Hiks

Phase One

Captain America: The First Avenger

Iron Man

Iron Man 2

The Incredible Hulk

Thor

Avengers

Phase Two

Iron Man 3

Thor: The Dark World

Captain America: The Winter Soldier

Guardians of the Galaxy

Guardians of the Galaxy Vol. 2

Avengers: Age of Ultron

Ant-Man

Phase Three

Captain America: Civil War

Doctor Strange

Spider-Man: Homecoming

Black Panther

Thor: Ragnarok

Avengers Infinity War

Nak tahu fun fact menarik? Jika korang menonton semua filem, siri TV dan web series yang ada kena mengena dengan MCU, korang akan ambil masa selama 9 hari jika ditonton tanpa henti. 9 hari! Dan masih banyak yang akan menyusul nanti seperti ‘Ant Man and The Wasp’, ‘Captain Marvel’, ‘Spider-Man: Homecoming 2’ dan banyak lagi.
Good luck guys!

IKLAN