
Kita selalu dengar tentang kecurian data di emel kita. Lebih malang jika data diperoleh adalah hal penting membabitkan kewangan, kertas kerja personal dan sebagainya.
Paling menyedihkan kalau ia berkaitan soal duit kerana akaun kita akan kosong dicuri scammer jika kita menyimpan banyak maklumat peribadi diemel tersebut.
Tapi bagi yang nak tahu sama ada emel korang pernah diceroboh dan datanya dicuri atau belum, eloklah ikut step diajar oleh John Mohamed di fbnya.
Ia bagi memastikan yang emel korang tak diceroboh dan kalau diceroboh, cepat-cepat tukar passwordnya agar tak berterusan jadi mangsa.

Nak tahu macam mana email korang tu dah kena curi datanya? Boleh masuk website ni https://haveibeenpwned.com/. Isikan email korang tu, bila tekan perkataan Pwned tu dia akan keluar result, Merah bagi yang email dah kena hacked, hijau masih lagi selamat. Kalau result keluar merah korang perlu tukar password dan buat password tu lebih kukuh dengan guna simbol.
Contoh MaL4ys!A57&63. Bila ada simbol macamni orang yang buat kaedah brute force untuk teka password tu akan ambil masa yang agak lama. Segala account media sosial, online banking atau apa² sahaja yang melibatkan email yang dah di hacked tu perlu ditukar dengan segera, jangan tangguh.
Nak tahu app atau website apa yang dah dedahkan data kita, korang perlu tekan Subscribe dan masukan email korang, lepastu login email tu dan tengok dalam inbox ada email dari web ni, dari situ korang boleh tahu hasil dia. Sumber : JOHN MOHAMED
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi Cinta, Lelaki Ini Sanggup Jalan Kaki Rentas Thailand Untuk Melamar

Cinta sememangnya sesuatu hal cukup misteri. Ada masanya cinta seolah-olah senang dicari, namun kadang kala banyak juga rintangan yang perlu diharungi demi mendapatkan cinta sejati.
Bak kata pujangga demi cinta lautan api sanggup diredahi. Begitulah perumpamaan yang berlaku kepada seorang lelaki Thailand ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Demi Buktikan Cinta, Lelaki Cipta Pulau Khas Guna Duit Tabung Tapi Tetap Ditolak

Demi membuktikan cinta dan menawan hati teman wanitanya, lelaki ini sanggup berjalan kaki sejauh 1,400 kilometer merentasi Thailand demi melamar teman wanita. Dia telah memulakan perjalanan dari rumahnya di wilayah Nakhon Nayok di tengah Thailand dan menyasarkan untuk sampai ke rumah teman wanitanya di wilayah Satun, Selatan Thailand menjelang 15 Februari ini.
Tidak Pernah Bertemu
Menurut laporan The Thaiger, lelaki ini hanya mengambil masa lima bulan mengenali dan menyulam kasih bersama teman wanitanya di media sosial TikTok. Mereka dilaporkan tidak pernah bertemu secara bersemuka dan hanya bercakap secara kerap melalui panggilan video.
Malah, teman wanita lelaki tersebut telah mencabarnya untuk membuktikan cintanya dengan berjalan kaki atau berlari sehingga sampai ke Satun. Demi cinta, lelaki tersebut telah menerima cabaran itu dan terus bertolak pada Selasa lalu. Menerusi video yang dimuat naiknya pada bulan November lalu, dia menulis bahawa dia akan berlari untuk membuktikan cinta sejatinya.
“Saya akan lari untuk membuktikan sama ada cinta sejati itu wujud atau tidak. Saya akan berlari selama sebulan, bermula pada 14 Januari dan bakal tiba di destinasi pada 14 Februari, ketika hari Valentine.
“Permulaan perjalanan adalah di Empangan Khun Dan Prakarn Chon di Nakhon Nayok dan destinasinya ialah Satun. Kami bertemu di TikTok, saya akan membuktikan bahawa cinta sejati boleh ditemui di media sosial,” tulis lelaki tersebut.
Berkongsi Perjalanan Di TikTok
Lelaki itu turut berkongsikan setiap detik perjalanannya di akaun TikTok miliknya. Dia juga bersedia dengan segala kelengkapan bagi menempuh perjalanan yang panjang itu.
Pada hari ketiga, lelaki itu berkata bahawa dia agak letih berjalan dan mula berasa sakit di ototnya. Dia akan bertukar strategi daripada berjalan pada waktu siang kepada berjalan pada waktu malam kerana jalan raya pada waktu pagi terlalu sesak.
Pejalan kaki yang sedang hangat dilamun cinta itu telah mendapat perhatian ramai pengikut di media sosial. Terdapat ramai TikTokers Thailand juga mengulas mengenai videonya untuk memberi semangat kepadanya.
Dalam video terbarunya, dia kini sudah masuk hari ketujuh dalam perjalanan bertemu dengan cinta sejatinya. Dia kini berada di wilayah Phetchaburi dan mempunyai kira-kira 850 kilometer baki perjalanan lagi.
@kaocivid1970 #เดินไปขอแต่งงาน ♬ เสียงต้นฉบับ – แมวเก้าชีวิต
Wah, macam-macam ragam orang bercinta ini kan. Apa-apapun, memang thumbs up diberikan untuk lelaki ini!
Sumber: The Thaiger Kredit Foto: @kaocivid1970/TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara Sangat Perempuan Benci Dalam Perhubungan Ialah CURANG

Sekali curang, dalam perhubungan perempuan boleh terima lagi.
Dua kali juga masih boleh terima (ini kata-kata Bella Astillah ya di mahkamah) kerana tiada manusia yang sempurna dan kita harus memberi peluang untuk orang lain memperbaiki kehidupannya kerana diri kita mungkin tidak sempurna juga.
Tapi kalau sudah lebih dua kali memasuki kali ketiga, ia adalah pilihan untuk sengaja melakukan kecurangan tersebut (tidak boleh diberi kemaafan lagi) yang dikatakan antara faktor paling menyakitkan hati bagi golongan wanita.

Kenapa kecurangan terjadi dalam perhubungan?
- Pasangan ambil kesempatan
Lelaki ada ketikanya suka test market. Bila umpan mengena mereka akan berasa bangga dengan perbuatan tersebut dan menganggap ianya tidak salah. Masa yang sama, melihat “kelemahan”pasangan, mereka tahu cara terbaik untuk mengambil ruang dan peluang tersebut.
2) Sekadar suka-suka
Lelaki terkenal dengan egonya. Ada masanya lelaki curang untuk menguji sejauh mana pasangan menyayanyinya. Mereka juga hendak tahu sama ada mereka masih berkemampuan untuk memikat hati wanita lain. Ada ketikanya mereka curang sehingga mereka lupa sudah ada kekasih atau berkahwin.
3)Sudah tiada lagi rasa cinta
Di awal perhubungan, semua orang akan berasa bahagia dan perasaan sentiasa berbunga-bunga. Namun seiring masa yang berlalu, korang akan dapat menangkap kekurangan masing-masing.
Saat itu, tiada lagi percikan rasa cinta atau ghairah untuk meneruskan perhubungan. Kalau ada tanda-tanda ini, cepat-cepatlah berbincang ya.
4) Lelaki rasa diri mereka menarik
Age just a number. Ada sesetengahnya pula, walau usia semakin bertambah namun tidak menampakkan usia sebenarnya. Tetapi untuk lelaki yang walaupun suah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana mereka merasakan diri mereka punya tarikan dan nampak muda berbanding usia. Sebab itulah pasangan harus berhati-hati dan mesti selalu peka pada perubahan pasangan.
Kajian saintifik yang diterbitkan oleh sebuah jurnal, Frontiers In Psychology mengatakan lelaki yang kaya dan berduia akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.
5) Lelaki curang selalunya mudah rasa bosan pada pasangan
Tak tahulah apa yang difikirkan oleh lelaki. Tapi kajian mendapati lelaki selalunya bosan dengan perempuan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Mereka biasanya mahu pasangan yang ada sikap mandiri iaitu mampu berusaha melakukan sedikit sebanyak dan bergantung sepenuhnya kepada mereka.
Lelaki yang suka mencari keseronokan di luar biasanya sangat cenderung untuk berlaku curang. Mereka beranggapan, wanita di luar sana sangat menarik berbanding pasangan.
6) Cemburu
Cemburu adalah perasaan negetif yang membuat korang menyalahkan orang lain untuk melindungi diri sendiri. Biasanya mereka menzahirkan hal ini untuk menutup kelemahan diri sendiri atau pembohongan yang telah dilakukan. Kalau ini yang korang nampak berlaku semasa perhubungan, ia sebenarnya satu masalah serius yang banyak dihadapi dan perlu diselesaikan agar masalah tidak jadi semakin serius iaitu membawa kepada kecurangan.
7) Berterusan bertengkar
Pertengkaran yang berterusan adalah tanda hubungan cinta tidak sihat. Hubungan cinta yang kuat biasanya didasari boleh berkompromi. Tapi kalau dah selalu bertengkar hanya pada isu-isu remeh, sendiri boleh faham ya yang hubungan korang bermasalah. Bila bertengkar juga ia mengubah mencari orang lain dan seterusnya kecurangan boleh terbentuk.
8) Suka manipulasi pasangan
Memaksa orang lain mengikut kehendak kita adalah perkara susah kerana jika hal ini ditunjukkan secara terang-terangan, pasti hubungan cinta berantakan. Tanpa sedar ramai pasangan melakukanya dalam diam. Tapi kalau korang tersedar hal ini, lebih baik putuskan hubungan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Perkara Yang Korang Mungkin Tak Tahu Tentang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Boleh dikatakan hampir setiap hari korang pasti melihat wajahnya di kaca televisyen, ruangan akhbar atau pun di media-media sosial. Namun, beliau bukanlah seorang selebriti, tetapi merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah sebenarnya seorang pakar bedah terlatih yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mungkin ramai di antara kita yang belum mengenali insan hebat ini dengan lebih dekat, namun sudah pun mengaguminya selepas melihat kemunculan Dr. Noor Hisham yang sering memberi update tentang kes COVID-19 yang berlaku di Malaysia.
Tidak dinafikan figura ini sememangnya seorang insan hebat kerana pencapaian dan anugerah yang diterima juga bukan calang-calang. Jom kami nak kongsikan dengan korang tentang latar belakang Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, manusia paling popular di Malaysia sekarang. Hiks!
Profil
Nama: Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah
Tarikh lahir: 21 April 1963
Tempat lahir: Sepang, Selangor
Anugerah
• Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – 5 April 2014
• Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N) – 26 Ogos 2013
• Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) – 17 Mei 2013
• Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) – 17 Mei 2010
• Panglima Jasa Negara (P.J.N.) – 2 Jun 2007
• Kesatria Mangku Negara (K.M.N) – 5 Jun 2004
• Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
• Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL

— fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
*** Local Caption ***
SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN 2019-nCoV OLEH YB MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
ID: BN202002115413
Kelulusan
• Medical Doctor M.D (UKM) – 1988
• Master of Surgery M.S (UKM) – 1994
• Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997
• Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
• Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004
• Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

Pengalaman
• Ketua Pengarah Kesihatan
• Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
• Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya
• Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur
• Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia
• Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia
• Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu
• Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur
• Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur
• House Officer University Hospital Kuala Lumpur
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

