Bad Genius The Series Mula Tayang Hari Ini! Lihat Siapakah 4 Pelakon Barunya

Share

 

OMG.. *Tak boleh nak chill, serius!*

Pastinya korang masih ingat dengan filem Thai remaja yang pernah mencetuskan viraliti di media sosial selepas ia menemui penonton di pawagam Malaysia, sekitar tahun 2017.

Bad Genius, sebuah filem bergenre suspen yang pernah memenangi pelbagai anugerah kerana jalan ceritanya yang lain dari yang lain serta lakonan memberansangkan oleh barisan pelakon remaja Thai.

Antara anugerah yang pernah dimenangi mereka termasuklah kategori Suntingan Terbaik dan Aktres Baru Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) 2018.

Kini, Bad Genius bersedia untuk ‘menghantui’ hari Isnin dan Khamis korang apabila sambungan filem tersebut dalam bentuk drama bersiri akan mula ditayangkan mulai HARI INI.

YES, IT IS BACK!

REMAJA ingin mengimbas semula plot Bad Genius yang menjadikan ia sebuah filem popular. Ia menceritakan mengenai Lin, seorang pelajar pintar yang menjalankan bisnes menjual jawapan ketika peperiksaan.

Lin mula mendapat idea itu selepas kawannya, Grace meminta pertolongannya mendapatkan gred yang bagus demi menyertai kelab drama sekolah. Namun, perbuatan itu pantas dihidu oleh teman lelaki Grace iaitu Pat.

Lalu, Pat mencadangkan agar Lin membekalkan jawapan semasa peperiksaan dengan upah sejumlah wang yang besar.

Operasi tersebut bertambah mega apabila Lin mendapat tugas membekalkan jawapan peperiksaan antarabangsa STIC sehingga perlu menjawab peperiksaan tersebut di Australia demi menjawabnya lebih awal dari zon masa Thailand.

REMAJA sememangnya tidak sabar untuk menantikan kesinambungan filem tersebut yang telah diterbitkan dalam bentuk drama bersiri 13 episod.

Siri ini akan mengangkat kisah 4 sahabat utama daripada filem tersebut di samping memperkenalkan beberapa watak baru. Bagaimanapun, para pelakonnya telah ditukar dengan barisan pelakon baharu.

Jom tengok siapakah mereka:

 

June Plearnchaya (Vokalis BNK48)

Watak : Lin

 

Jaonaay Wattanasin (Penyanyi)

Watak : Bank

 

Ice Paris (Bekas Ahli 9X9)

Watak : Pat

 

Nana Paisarnpayak

Watak : Grace

*

Korang boleh mula menonton Bad Genius The Series pada hari sama tayangan di Thailand bermula hari ini menerusi platform Dimsum Entertainment.

Episod baharu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, sepanjang bulan Ogos ini.

Korang ready ke belum gaiss??

IKLAN