Berita

Sisi ‘Sweet’ Bad Bunny Terserlah Lepas Super Bowl, Rupanya Beri Hadiah Ini Kepada Pekerja ZARA

Share

Dalam beratus-ratus jenama pakaian antarabangsa yang jauh lebih premium dan eksklusif, penyanyi yang popular dengan lagu Monaco, Bad Bunny telah memilih untuk menggayakan sepersalinan jenama Zara untuk persembahannya di perlawanan Super Bowl, semalam.

Zara yang juga merupakan jenama yang berasal dari negara Sepanyol merupakan salah satu daripada bermacam-macam tribut yang dilakukan oleh Bad Bunny terhadap asal-usulnya daripada kelompok Latin Amerika.

Pemilik nama penuh Benito Antonio Martinez Ocasio itu menggayakan jersi ‘football’ krim dengan nama keluarga, Ocasio terpampang di bahagian belakang dan angka 64 di hadapan untuk memperingati tahun kelahiran ibunya, 1964. Angka 64 juga merupakan tribut kepada mendiang pakcik Bad Bunny yang pernah bergelar seorang pemain sukan American Football ketika masih hidup.

Bad Bunny kemudian memadankan persalinan tersebut dengan kasut sneakers kolaborasi adidas X Bad Bunny 1.0 “Resilience” yang bakal diluncurkan di pasaran, tidak lama lagi.

Pemilihan jenama Zara oleh penyanyi berusia 31 tahun yelah mencuri tumpuan ramai memandangkan beliau adalah selebriti popular yang mampu mendapatkan mana-mana jenama eksklusif untuk menaja pakaiannya di pentas sebesar Super Bowl.

Warganet juga terkejut apabila mendapat tahu Bad Bunny telah menyerahkan hadiah berupa rekaan baju sama yang dipakainya kepada para pekerja Zara sebagai tanda penghargaan. Ia disertakan dengan kad tulisan tangan berbunyi, “Terima kasih untuk masa anda, bakat anda dan kasih sayang yang anda letakkan ke dalam (penghasilan baju tersebut).

“Terima kasih kerana menjadikan ini sebagai satu kenyataan. Persembahan ini adalah milik anda jua. Saya harap anda merasa seronok. Jumpa anda tidak lama lagi, Benito,” catat penyanyi kelahiran Puerto Rico itu.

Selain Bad Bunny, Zara juga telah menaja pakaian kesemua penari latar, ahli kumpulan muzik dan pemain muzik orkestra yang terlibat dalam persembahan semalam.

BACA: Rihanna ‘Pilih’ Pentas Superbowl Untuk Umum Kehamilan Bayi Kedua

BACA: ‘Menari’ Sambil Hayati Lirik, Jurubahasa Isyarat Rihanna Berusia 20 Tahun Tular Di Super Bowl 2023

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ