Figura pelakon berpengalaman, Azhar Sulaiman sememangnya sinonim dengan watak-watak yang bersifat santai dan cheeky dalam naskah yang melibatkannya.
Mungkin kerana sudah terbiasa dengan gambaran sebegitu, kelibat pemenang ketiga pencarian Hero Remaja 1990/91 ini sebagai orang cacat dalam drama terbarunya seakan memberi kejutan buat korang yang boleh menontonnya mulai 23 Jun nanti.
Azhar, 53 merupakan salah seorang nama besar yang membarisi teraju utama dalam drama bersiri Hilang Kasyorga untuk Unifi TV Originals menerusi saluran DEGUP, Unifi TV.
Turut membintangi drama arahan Feroz Kader ini ialah Kamal Adli, Nabila Huda, Adra Mikayla, Kodi Rashid, Luqman Hafiz, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Dina Allysha, Ellie Suriaty, Hafidzuddin dan Fadilah Mansor.
Ketika ditemui REMAJA di sidang media, Azhar menyifatkan watak lelaki cacat kaki bernama Pak Bakar itu sebagai peluang bonus untuknya meluaskan lagi kepelbagaian dalam portfolio beliau sebagai seorang pelakon.
Ads
“Masa mula lakonkan Pak Bakar, saya main-main saja (lakukan aksi warga kurang upaya). Buat-buat ‘kaki terkehel’ untuk menjayakan lagi impak sebagai lelaki cacat. Lepas tiga minggu (bawakan watak tersebut) setiap kali balik rumah, kaki saya akan bengkak di sebelah tepi dan di belakang pinggang.
“Bukan saya sengaja untuk mendera badan sendiri. Saya cuba juga aksi berjalan secara biasa, saya tidak dapat menjiwai kelakuan orang yang cacat.
“Tetapi apabila benar-benar beraksi sebagai seorang yang cacat, memang penat. Lepas itu menyesal lah ambil watak ini pada hari pertama di set,” seloroh beliau.
“Pada usia sebegini, sebagai seorang pelakon senior saya tidak boleh gagal melaksanakan karakter yang diberi. Susah atau senang, saya perlu cabar diri untuk menjiwainya.
“Saya anggap ini adalah kelebihan pengalaman yang saya ada selama ini. Sebagai contoh seperti saya, abang Hafidzuddin dan Ellie Suriaty; pengalamanlah yang mengajar kami untuk menghidupkan sesuatu karakter.”
“Ini adalah kali kedua saya bawakan watak yang lain daripada yang lain; dahulu saya pernah membawakan satu lagi watak cacat iaitu disleksia. Saya bersyukur bila diberi peluang sebegini,” katanya.
Penonton boleh menyaksikan drama Hilang Kasyorga bermula 23 Jun 2025, dengan episod baru setiap hari Isnin, jam 11 malam. Siri ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Unifi TV dan juga boleh ulang tonton di ‘Catch Up’, eksklusif kepada pelanggan Unifi TV.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susah hati dan panik! Itulah perasaan pelakon dan juga pengacara Karl Shafek apabila mengetahui kucing kesayangannya tiba-tiba jatuh sakit dan mati mengejut.
Bukan seekor tapi tujuh ekor kucing mengalami nasib yang sama.
Menurut pemilik jenama NEONATE melalui laporan Mstar, dia meluahkan rasa sedih apabila tujuh daripada 30 ekor kucing peliharaannya mati secara mengejut dalam tempoh lima hari berturut-turut.
Namun semuanya terbongkar apabila doktor Vaterinar mengesahkan punca kematian kucing-kucingnya berpunca dari virus parvo yang sering menjangkiti haiwan manja berkenaan.
“Memang sedih dan terkejut apabila setiap hari balik rumah selepas kerja kebelakangan ini ada sahaja kucing saya yang mati. Bermula daripada seekor dan sekarang sudah tujuh ekor yang mati.
“Kesemuanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi saya pun tak syak ada masalah virus berkenaan.
“Saya juga pelik sebab semuannya saya letakkan di dalam rumah. Bagaimanapun doktor veterinar memberitahu virus parvo boleh merebak melalui udara atau lalat,” katanya.
Karl terdahulu berkongsi mengenai tujuh ekor kucingnya menerusi instagram story miliknya pada hari Isnin lalu.
Sebagai pencinta kucing, Karl berkata kehilangan haiwan peliharaannya itu pastinya memberikan kesan mendalam buatnya Bagaimanapun, beliau kini mengambil langkah berjaga-jaga agar baki kucing miliknya yang lain tidak terkena jangkitan virus yang sama.
Info Ringkas Tentang PARVOVIRUS
Parvo atau nama penuhnya Feline Parvovirus (FPV) atau juga dikenali sebagai FIE- Feline Infectious Enteritis (radang usus menular) dan Feline Panleukopenia. Sejenis virus yang sangat degil dan boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.
Virus yang sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga kucing yang belum divaksin terutamanya.
Mudah berjangkit dengan kucing yang lain dengan cepat dan mengakibatkan kematian mengejut.
Tanda-tanda Kucing terkena Virus Parvo
Kucing tiba-tiba murung, tidak mahu makan dan minum.
Kucing lebih suka duduk di tempat sejuk akibat rasa dahaga yang melampau.
Cirit birit yang berterusan. Najis terlalu cair, beserta lendir dan berbau busuk. Ada ketikanya najis akan disertai darah kerana virus ini telah menyerang usus kucing.
Suhu badan kucing tidak stabil. Ada kalanya rendah dan adakalanya kucing mengalami suhu demam yang tinggi.
Dehidrasi- akibat kucing tidak mahu minum dan makan.
Kucing lemah dan tidak bermaya.
Kadang-kadang kucing langsung tidak menunjukkan tanda-tanda di atas. Hari ini masih aktif dan tiba-tiba mati pada esoknya.
Cara Jangkitan Parvo
Melalui persekitaran yang tidak bersih.
Kucing yang positif parvo akan mengeluarkan virus melalui cecair, lendiran atau najis.
Jadi lalat atau serangga yang hinggap pada agen tersebut akan merebakkan virus pada kucing lainnya.
Virus parvo boleh merebak melalui angin dan juga sentuhan terus pada kucing positif parvo.
Cara Merawat Parvo
Tiada ubat khusus bagi merawat kucing positif parvo. Rawatan awal berserta kasih sayang selalu membuktikan banyak kucing terkena virus parvo boleh sembuh.
Antaranya :
Kena asingkan kucing yang positif parvo dengan yang sihat.
Bersihkan tangan dengan Dettol atau sanitizer selepas menyentuh/menguruskan kucing parvo.
Cuci persekitaran dan tempat kucing dengan Clorox sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Dari segi rawatan khusus pada kucing parvo pula ialah:-
a) Rawatan klinik : Ubat antibiotic dan juga drip. Cuma kos drip agak tinggi bagi yang kurang mampu.
b) Rawatan di rumah yang boleh dipraktikkan disamping pemberian ubat doktor :
– Air kelapa di campur sedikit dengan limau nipis. Beri 5ml -10ml 3 kali sehari.
100 plus. Buang gas dahulu. Untuk berikan sedikit tenaga pada kucing. Kena jarakkan masa dengan ubatan dari klinik. Beri 5ml 3 kali sehari atau sekerap yang boleh.
– Biasanya kucing parvo menolak untuk makan, namun kita harus paksa kucing makan juga bagi mengelakkan kucing dehidrasi. Bancuh nestum (RC Supporter- boleh di beli di Vet RM10/paket) campur glukos dan juga susu kucing yang sesuai.
– Pemberian immune booster seperti DMG, TF dan sebagainya.
Berikan kasih sayang dan kata-kata semangat pada kucing. In Sha Allah kucing boleh sembuh.
Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Pencegahan yang paling berkesan ialah VAKSINASI.
Jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Indoor kan kucing bagi mengelakkan kucing keluar rumah yang nyata terdedah dengan pelbagai risoko penyakit merbahaya.
Bagi mereka yang selalu selamatkan kucing di luar, sebaiknya sediakan ruang/bilik kuarantin untuk asingkan kucing baru dan kucing rumah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat bintang K-pop, pastinya korang masih ingat tentang kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Kejadian yang berlaku kira-kira setahun yang lalu menggemparkan industri K-pop apabila rakan sekerja Sulli menjumpai mayatnya di apartmentnya. Dikatakan juga bahawa penyanyi ini mati bunuh diri kerana tekanan hidup.
Sempena setahun pemergian bintang Korea itu, dikhabarkan televisyen Korea Selatan MBC akan menghasilkan sebuah dokumentari yang menyingkap kehidupan mendiang Sulli.
Dokumentari itu juga memuatkan temu bual bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan di SM Entertainment. Pembikinan ini adalah untuk memperingati ulang tahun pertama pemergian mendiang pada Oktober nanti.
Sulli membuat kemunculan pertama dalam industri hiburan pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak dan memulakan karier nyanyiannya sebagai ahli kumpulan f (x) pada 2009.
Gadis ini meninggal dunia pada 14 Oktober 2019 ketika berusia 25 tahun.
Hm, tak sabar nak tonton dokumentari kisah hidup Sulli ni. Mesti sedih..
‘Kacak, berbakat, dan punyai personaliti tersendiri’
Itulah antaran perkataan yang dapat diungkapkan buat salah seorang ahli kumpulan K-Pop terkenal, Jungkook BTS, ketika Remaja bertanya kepada segelintir fans bintang muda itu.
Tidak perlu diperkenalkan dan usah dipertikaikan apatah lagi dia kini menjadi kegilaan peminat di seantero dunia.
Lebih menguatkan lagi fakta tersebut apabila Jungkook diumumkan sebagai idola K-pop yang paling disayangi peminat melibatkan beberapa buah negara.
Pengiktirafan tersebut merupakan hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) yang melibatkan lebih 26 buah negara, baru-baru ini.
Pencapaian tersebut sekali gus meletakkan figura berusia 26 tahun ini di tempat ketiga dalam kalangan artis solo Korea selepas Psy dan IU. Hasil tinjauan, sebanyak 23 daripada 26 negara memilih BTS sebagai kumpulan Korea yang paling diminati.
Tinjauan yang dijalankan kementerian tersebut meliputi 26 negara seperti China, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!