Ayu Bertudung, Ramai Rakan Artis Teruja Dan Puji Penampilan Terbaru Ernie Zakri

Share

Siapa tak kenal dengan artis Ernie Zakri, penyanyi dan guru vokal kecil molek dengan vokal yang sangat ‘wow’

Sebentar tadi menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Ku Bersuara itu ada berkongsi sekeping gambar berhijab di laman instagramnya dengan caption ‘love’

.

Menurut Harian Metro, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28 menyedari dirinya banyak membuat kesilapan dan kini sudah tiba masanya untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.

“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,”

Rata-rata rakan artis meninggalkan komen gembira dengan penampilan terbaru Ernie.

Malah, ada juga yang memuji kelembutan wajah Ernie apabila mengenakan tudung dan mendoakan agar Ernie kekal istiqamah.

Sumber : instagram Ernie zakri, harian metro

IKLAN