Mempunyai cahaya mata yang menghidap Cerebral Palsy Quadriplegia tidak menghalang seorang ayah ini membawa ‘anak syurga’-nya menyertai aktiviti lasak!

Wira Sudepja Rabu baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila menolak anak perempuannya, Nur Wadihan atau lebih mesra disapa Dihan, menggunakan kerusi roda khas sepanjang acara separuh maraton Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) 2025.

Ayah & ‘Anak Syurga’ Tamatkan 21KM Bersama, Kisah Ini Buat Netizen Sebak!

Sebuah video yang memaparkan kasih sayang dan ketabahan Wira menjadi tular di TikTok dan Instagram, menerima pujian ramai dan menjadi inspirasi kepada komuniti pelari serta orang awam.

Ads

Dalam video tersebut, kelihatan Wira menolak kerusi roda khas Dihan sebelum mengangkatnya dengan penuh kasih sayang sehingga ke garisan penamat. Momen ini sekali gus buat ramai tersentuh.

Ayah & ‘Anak Syurga’ Tamatkan 21KM Bersama, Kisah Ini Buat Netizen Sebak!

Wira bukanlah pendatang baru dalam momen sebegini. Sebelum ini, beliau pernah menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) dengan menolak Dihan sepanjang 21km, menunaikan janji untuk menamatkan jarak penuh bersama anak kesayangannya itu.

Ads

Lebih mengagumkan, Wira dan Dihan pernah menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas penyertaan mereka dalam acara duathlon menggunakan kerusi roda.

Ayah & ‘Anak Syurga’ Tamatkan 21KM Bersama, Kisah Ini Buat Netizen Sebak!

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Wira 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads