“Sebabnya dah tiga job lakonan saya tolak kerana masa yang tak sesuai dan jumlah bayaran,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, bekas peserta Dewi Remaja 2018/19 itu turut menjelaskan bahawa lakonan memerlukan perasaan dan jiwa, berbeza dengan peragaan yang lebih fokus kepada posing di hadapan kamera.
“Lakonan memerlukan perasaan, karakter dan jiwa. Kalau sebagai model, kita hanya perlu pose di depan kamera dan tak perlukan komitmen masa yang begitu lama seperti lakonan.
“Lagi pun, saya dah setahun lebih tidak bekerja di bawah tekanan apabila di set pengambaran.
“Saya pula dah berkecimpung dalam dunia peragaan sejak di bangku sekolah, jadi industri ini adalah ‘easy money’ bagi saya,” tambahnya lagi.
Walaupun begitu, Aween tidak menutup pintu untuk kembali berlakon.
“Saya bukanlah tidak mahu berlakon terus, saya akan come back juga dengan Syahmi Sazli untuk filem, Insya-Allah.
“Tapi buat masa sekarang, saya memang sibuk dengan bisnes dan peragaan,” ujarnya.
Ads
Mengenai soal percintaan, pelakon filem popular Mael Totey The Movie itu mengakui sudah beberapa tahun hidup solo dan tidak memikirkan hubungan romantik buat masa ini. Dia lebih fokus pada karier, keluarga, dan dirinya sendiri.
Bagaimanapun, Aween tetap terbuka kepada kemungkinan bertemu jodoh suatu hari nanti.
“Sejujurnya saya dah beberapa tahun hidup single. Buat masa sekarang ini saya tak fikir sangat mengenai percintaan kerana saya ingin fokus dulu dengan karier, keluarga dan paling penting diri saya.
“Kalau ada, adalah kan… tetapi ialah kita ini juga manusia kadang kala rasa sunyi, bagaimanapun kita harus fikir semula apa visi dan misi kita,” katanya lagi.
Aween turut menambah bahawa dia mengambil peluang untuk melaksanakan tanggungjawab besar dalam keluarga, memandangkan adik-beradik lain sudah mempunyai kehidupan masing-masing.
Ads
Selain, dia berharap agar jodohnya sampai pada waktu yang tepat dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Jadi saya rasa selagi saya tinggal bersama keluarga terutama kedua ibu bapa saya, maka saya menjalankan tanggungjawab yang besar dalam rumah itu kerana kesemua adik beradik tidak lagi tinggal bersama kerana ada kehidupan sendiri.
“Jadi saya mengambil kesempatan untuk tidak bercinta buat masa sekarang. Tetapi kalau ada, boleh cuba berkenalan sebab kita tidak tahu bila jodoh kita sampai kan… cuma ke next step itu saya hanya berserah kepada Allah,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri kartun Dora The Explorer kini bakal menemui penonton di pawagam dengan filem Dora and The Lost City of Gold. Bagi korang yang membesar dengan kartun Dora ni, mesti excited nak menonton filem ini.
Walaupun Dora sudah biasa meneroka hutan tetapi kini dia perlu berdepan dengan persekitaran baru iaitu sekolah tinggi. Dia kemudian mendapat rakan baru dan bersama mereka, dan monyetnya Boots dan sepupunya Diego turut terlibat dalam pengembaraannya untuk menyelamatkan ibu bapanya dan menyelesaikan misteri kehilangan tamadun Inca.
Diarahkan oleh James Bobin, Dora and The Lost City of Gold menampilkan barisan pelakon hebat Isabela Moner, Eugenio Derbez, Michael Pena, Eva Longoria dan Danny Trejo.
Filem ini bakal menemui penonton bermula 8 Ogos 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Wayang Remaja nak belanja korang 2 tiket percuma untuk menyaksikan tayangan perdana Dora and The Lost City of Gold pada 7 Ogos 2019 di TGV 1 Utama, jam 8.30 malam.
Jawab soalan mudah di bawah dan pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram korang. Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kacak Korea yang menjadi pujaan ramai, Ji Chang Wook dilaporkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Menurut sumber daripada agensinya, Glorious Entertainment melaporkan kepada SPO TV News, Ji Chang Wook telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.
Ji Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama siri untuk Netflix yang bertajuk The Sound of Magic yang turut dibintangi oleh Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Menurut JTBC News, semua team produksi dan barisan pelakon akan menjalani ujian swab dan penggambaran terpaksa diberhentikan seketika.
Semoga Ji Chang Wook kembali pulih seperti biasa dan tidak ada individu lain yang berjangkit dengannya.
Negara China yang merupakan pasaran filem antarabangsa kedua terbesar di dunia sedang berkira-kira untuk melancarkan ‘perang dingin’ terhadap Amerika Syarikat (AS) berikutan ancaman dasar tarif baharu negara Uncle Sam itu.
Media melaporkan Beijing mempertimbangkan cadangan untuk menharamkan semua tayangan filem Hollywood di China setelah Presiden AS, Donald Trump menaikkan tarif ke atas import negara itu dari 54 peratus sehingga ia mencecah 104 peratus.
Susulan kenaikan tidak masuk akal akibat perang perdagangan yang dilancarkan AS sejak minggu lalu, dua penulis blog popular dari China berkongsi senarai yang mengandungi langkah-langkah yang akan diperkenalkan Beijing sebagai tindak balas.
Antaranya adalah untuk mengurangkan atau mengharamkan terus pengimportan filem AS dan sekiranya langkah ini dilaksana, industri hiburan Hollywood dijangka akan ‘terpukul’ dan mengalami kerunduman.
Apabila wakil Kementerian Luar China diminta untuk mengulas ura-ura yang kini tular di media sosial itu, individu bernama Lin Jian berkata, “Kami tidak akan memberi komen secara am terhadap kata-kata atas talian.
“(Bagaimanapun) kami telah memaklumkan secara jelas akan pendirian China untuk terus mengambil langkah tegas demi melindungi hak dan kepentingan kami yang sah”.
Sebagai konteks pada tahun 2024 sahaja, filem-filem keluaran AS memperoleh kutipan kira-kira AS$585 juta di China dan sebahagian besar disebabkan kejayaan filem Godzilla x Kong: The New Empire yang memperoleh AS$132 juta.
Selain filem tersebut, antara francais filem Hollywood lain yang turut menerima pulangan lumayan di China adalah filem-filem Marvel, DC dan Star Wars.
Bagi studio perfileman seperti Disney, Universal dan Warner Bros, negara China merupakan ‘lubuk emas’ yang tidak boleh ditolak ke tepi.
Selain sektor perfileman, China juga dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan sepenuhnya terhadap eksport ayam itik yang boleh menjejaskan sektor pertanian AS.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.