Tular baru-baru ini mengenai siasatan kes pelajar tingkatan tiga yang dipukul beramai-ramai di Kemensah Height Embun, Kemensah Taman Melawati di Ampang, pada 8 Mei.
Difahamkan, kejadian berlaku setelah berlaku perselisihan faham kononnya mangsa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior tingkatan tiga.
Insiden mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, dicekik dan ditendang pada bahagian belakang badan itu telah dirakam menggunakan kamera telefon pintar oleh salah seorang daripada 15 pelajar yang menyaksikannya.
Ia kemudiannya terlepas ke pengetahuan khalayak media sosial dan bertukar tular sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen juga mendapati segelintir warganet menunding jari menyalahkan drama hit, Projek: High Council yang ditayangkan di Astro First sebagai pencetus kepada budaya buli dalam kalanagan pelajar sekolah menengah.
Menerusi drama 10 episod itu, ia memaparkan isu-isu sebenar yang terjadi di pesekitaran sekolah berasrama penuh lelaki dan warganet merasakan ramai remaja mulai terikut-ikut dengan perbuatan buli yang dipaparkan oleh karakter drama berkenaan.
Ads
Kesempatan REMAJA menemui salah seorang pelakonnya, Hazeeq Dean baru-baru ini diguna bagi mendapatkan pandangannya berkenaan insiden tersebut dan dakwaan yang dilempar ke atas Projek: High Council.
Pelakon & pemenang tempat kelima pencarian Hero Remaja 2020, Hazeeq Dean.
“Bagi Hazeeq, perbuatan (buli) sangatlah kebudak-budakan. Hazeeq pun kecewa apabila mendapat tahu mereka bukan sahaja membuli tapi tanpa segan silu merakam perbuatan tersebut. Tidakkah tukang rakam itu pun merasa bersalah apabila mereka seakan mengagungkan budaya buli?
“Apabila kita berada di pihak luar, kita tidak tahu apakah masalah yang tercetus antara pelaku dan pelajar yang dibuli, Mungkin ada sebab mereka lakukannya. Namun, itu tidak bermaksud masalah akan selesai hanya dengan membuli dan memukul.
“Bila kamu bergaduh dan tunjuk pula kepada semua orang yang kamu bergaduh, apa yang kamu nak buktikan pada mata dunia sebenarnya? Kamu bukan fighter, sebenarnya. Kamu individu yang gagal,” ulas pelakon tinggi lampai itu.
Ads
Tambah Hazeeq, rasa ‘bangga’ atau ‘puas’ yang mungkin dirasakan oleh pembuli tidak akan bertahan lama.
“Percayalah, bila mereka lihat semula video yang dirakam itu, mereka akan menyesal dan malu.”
“Saya sebenarnya kecewa dengan budak-budak yang menonton Projek: High Council dan nak jadi seperti watak-watak di dalam High Council. Ia sebenarnya adalah drama yang mengajar rakyat untuk tidak menjadi seperti watak yang ditonjolkan.
“Bila seseorang itu menjadi pembuli, pembelasah atau seperti watak saya yang ditonjolkan sebagai perogol di sekolah; itu sebenarnya adalah ciri-ciri orang yang gagal. Sebagai pelajar, budaya buli itu bukan untuk dicontohi tetapi untuk diambil sebagai iktibar,” katanya.
Terdahulu, pelakon utama Projek: High Council iaitu Nadhir Nasar juga menolak pandangan bahawa perbuatan buli di sekolah ditiru daripada babak-babak yang dipertontonkan dalam drama hit itu.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ideen Azman atau lebih mesra dipanggil Ideen merupakan finalis Pencarian Hero Remaja 2021 yang berasal dari Melaka. Merupakan seorang pelajar semester ketiga jurusan teater di ASWARA.
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa finalis Hero Remaja ini ada yang mempunyai latar belakang dalam sukan renang. Menariknya lagi, dia juga merupakan seorang tenaga pengajar dan mempunyai lesen penyelamat International Life Saving (ILS).
Menurut Idden di dalam apa apa kecemasan, kemahiran yang telah dipelajari boleh menolong menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi. Malangnya tidak ramai yang mempunyai lesen tersebut.
Aktif terlibat dalam teater kerana baginya seni teater banyak mengajarnya menjadi manusia. Bahkan anak ketiga daripada empat orang beradik ini punya bakat dalam nyanyian juga. Banyak pertandingan yang sudah disertai olehnya sejak zaman sekolah lagi. Bakat nyanyiannya bersama instrumen gitar yang diasah sejak kecil telah berjaya menyakinkan keluarganya bahawa ini adalah bidang yang tepat untuknya. Malah, kejayaan terpilih sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2021 telah memupuk kepercayaan keluarga terhadap jalan yang dipilihnya ini.
Tapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini apa yang dilakukan oleh Remaja ini?
Jadi sepanjang PKP ini, Ideen banyak meluangkan masa dirumah dengan membuat shoot ‘cover’ lagu dan dimuatnaik dilaman sosialnya.
Disebelah petang pula beliau akan beriadah dengan bermain ‘roller blade’ atau kasut berroda kerana permainan ini bukan hanya mampu mengeluarkan peluh bahkan ia mampu tingkatkan stabiliti dan stamina.
“Ideen sangat gembira kerana ini merupakan impian Ideen 5 tahun yang dulu sejak di bangku sekolah lagi dan Alhamdulillah akhirnya Ideen dapat apa yang Ideen mahukan. Boleh dikatakan ini antara pencapaian yang paling besar dalam hidup Ideen setakat ini,” jelas Ideen.
Tahniah kami ucapkan buat Ideen kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Ideen untuk menjadi Hero Favourite korang dan jangan lupa, follow Ideen di laman sosialnya untuk melihat update terbaru.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 diteruskan pada hari kedua dan kali ini tumpuan kami teralih kepada seorang peserta yang merupakan adik kepada Naib Juara Hero Remaja 2012, Syafiq Kyle.
Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak turut hadir pada sesi uji bakat hari ini dan baginya, tidak salah jika dia ingin mengikut jejak abangnya. Merupakan bekas pelajar Aswara yang mengambil jurusan teater, Syazwan mengakui bahawa dia bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya.
“Saya datang ke uji bakat Hero Remaja adalah untuk mencuba nasib dan sememangnya saya ingin menjadi seorang pelakon dan ikon kepada remaja. Sebelum ini, saya ada juga buat beberapa persiapan seperti melihat kembali sejarah-sejarah Hero dan Dewi Remaja dan bertanya kepada individu yang sudah berpengalaman untuk saya mendapatkan semangat,” jelasnya.
Niatnya untuk ke uji bakat Hero Remaja disokong sepenuhnya oleh Syafiq Kyle dan selebriti tersebut sempat memberikan nasihat dan semangat sebelum Syazwan datang ke Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
“Abang saya memang tahu saya nak datang casting Hero Remaja dan dia sangat-sangat supportive. Dia cakap pergi saja. Dapat tak dapat tu belakang cerita. Paling penting, saya tahu apa yang saya nak buat dalam hidup saya,”
“Pesanan dia yang saya paling ingat adalah just be yourself, jangan gopoh dan kelam-kabut. Jadi diri sendiri, biar mereka dapat lihat keunikan yang ada dalam diri saya,” jelas Syazwan lagi.
Good luck kami ucapkan buat semua peserta yang hadir uji bakat hari ini. Sesi uji bakat akan disambung pada minggu hadapan di lokasi dan waktu yang sama, Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam pada jam 9 pagi hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia.
Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilannya pada tahun ini.
Sesi pemilihan bermula pada bulan April lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 20 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2017.
Belum pun program ini bersiaran di kaca TV, rata-rata daripada finalis telah pun mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Ada juga di antara mereka yang sudah ada fans club sendiri.
Tidak hanya bersiaran di televisyen, kesemua finalis telah pun melakukan banyak aktiviti sebelum ini. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan setiap task yang diberikan sama ada secara on ground atau pun online.
Selain itu, undian secara talian juga dibuka bagi memberi peluang buat penyokong mengundi calon favourite mereka. Undian boleh dilakukan di http://www.remaja.my/vote/. Setiap hari, satu vote.
Agak-agaknya apakah cabaran yang akan diberikan kepada nanti? Adakah hanya diuji berdasarkan kekuatan fizikal semata atau mungkin juga akan dinilai daripada segi IQ mereka?
Nah, kami tidak mahu cerita lebih lanjut tentang mereka, apa kata anda saksikan sendiri aksi finalis-finalis Hero Remaja 2017 ini pada episod pertama malam ini dan akan bersiaran setiap Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.
Siapa yang bakal menggantikan takhta Fattah Amin? Tungguuuu…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!