ASTRO Cha Eun Woo Bakal Disatukan Dengan Shin Se Kyung Dalam Drama Baru

Share

Setelah sukses dengan drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop ASTRO comeback dengan drama berlatarbelakangkan zaman dahulu terbaru MBC yang berrjudul “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.

Cha Eun Woo akan berlakon di samping Shin Se Kyung yang terkenal dengan beberapa drama hit antaranya Black Knight: The Man Who Guards Me, dan  The Bride Of Habaek. Shin Se Kyung yang memegang watak Goo Hae Ryung. Watak seorang ahli sejarah pada abad ke-19 yang dilatih untuk menjadi ahli sejarah istana. Sifatnya yang optimistik untuk menunjukkan bahawa kehidupan dalam istana sama saja dengan orang awam. Tiada pangkat dan darjat.

Tentu sekali, Goo Hae Ryung akan berhadapan dengan konflik dimana dia bakal jatuh cinta dengan watak putera yang dilakonkan oleh Cha Eun Woo. Watak Putera Yi Rim, yang mempunyai dua kehidupan dimana dia seorang putera yang sepi tanpa cinta dalam masa yang sama seorang novelis cinta terkenal di bandar Hanyang (China).

Shin Se Kyung memberi tahu Soompi bahawa dia teruja dan meletakkan kesungguhan maksima dalam memainkan watak ahli sejarah wanita. Dia juga turut menyatakan agar peminat setia kdrama terus menunggu kemunculan dia dan Cha Eun Woo dalam drama terbaru mereka.

Sumber: Soompi 

 

IKLAN