ARMY Tak Sabar Untuk Menjadi ‘Pengurus’ Grup BTS Menerusi Game Baru Ini

Share

 

Ini bukanlah kali pertama kumpulan sensasi K-Pop mengeluarkan versi permainan mereka sendiri. Sebelum ini, BTS telah berkolaborasi untuk anak patung Mattel (Barbie) dan pembukaan stor pop-up untuk barangan rasmi BTS saja.

 

Namun kini, permainan fizikal itu akan bertukar menjadi permainan digital setelah mereka mengumumkan pelancaran mobile-game

berjudul BTS World!

BTS World merupakan mobile game yang dihasilkan bersama Netmarble dan ia direka khas untuk menyediakan lebih 10,000 foto baru dan 100 video baru yang menampilkan BTS.

Menurut Ketua Pegawai Netmarble iaitu Lee Seungwon, “Kami memikirkan tentang pemain semasa BTS World baru ingin dicetuskan. Bukan saja pemain boleh mendapat akses kepada content baru yang kami cipta bersama BTS tetapi mereka juga boleh berinteraksi secara virtual dengan ahli kumpulan tersebut.”

WOW!

Sebelum korang bertambah lebih teruja, ARMY sekalian boleh mendaftarkan diri terlebih dahulu di laman web BTS WORLD sekarang sebelum permainan itu dilancarkan tak lama lagi. Walaupun belum boleh bermain, korang boleh experience permainan itu melalui pendahuluannya, cerita mengenai BTS dan sneek peek permainan – semua itu selepas korang daftar.

BTS World juga dilaporkan mempunyai mini-game

yang membolehkan pemain menjadi pengurus kepada BTS seperti menjaga rutin harian mereka dan menguruskan kerjaya mereka.

Tak sabarnya!

Buat masa ini, masih belum ada tarikh rasmi akan bila permainan ini akan menemui pasaran. Tetapi, ARMY dinasihatkan untuk mendaftar sekarang untuk memperolehi notifikasi terkini.

IKLAN