ARMY! Rebut Merchandise BTS Di MyTown KL Bermula Hari Ini

Share

 

Bukan saja terbuka kepada para ARMY tetapi juga kepada korang yang berminat dengan percutian di Korea Selatan, peminat K-Drama, makanan Korea and all-things-KOREAN !

 

Buat kali ketiga berturut-turut, kumpulan grup K-Pop popular iaitu Bangtan Boys (BTS) telah dilantik sebagai duta Seoul’s Honorary Tourism.

Seperti yang korang tahu, Seoul adalah antara destinasi yang paling digemari oleh pelancong dari Malaysia. Bukan saja disebabkan oleh faktor K-Pop dan K-Drama, tetapi juga disebabkan gaya hidup bandar di sana yang digemari ramai.

Tambahan pula kini, Seoul sedang giat membina fasiliti baru bagi memudahkan pelancong Muslim seperti lebih banyak restoran yang disahkan Halal, makanan berpek Halal seperti minuman Binggrae Flavoured Milk dan ruang solat awam.

Antaran minuman Binggrae Flavoured Milk yang digemari, berperisa pisang, strawberi dan tembikai susu.
Ruang solat di bangunan Lotte Department Store.

Oleh itu, Seoul Tourism Organization ingin meraikan perlantikan semula BTS sebagai duta mereka dengan mengadakan jelajah promosi ‘Seoul Culture Showroom’ di MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur.

Bertempat di ruang legar Ground Floor di East Atrium, ia akan berlangsung selama 3 hari bermula 20 September (hari ini) hingga 22 September (Ahad) kelak.

ARTIKEL BERKENAAN: 7 Pilihan Drama Korea Remaja Untuk Bulan September

Antara aktiviti yang boleh korang lakukan di sini termasuklah bergambar di zon photo serta bergambar dengan baju Hanbok. Korang juga berpeluang untuk membawa pulang cenderamata K-Pop seperti poster dan shopping bags.

Dan khas bagi peminat BTS, terdapat juga merchandise BTS x Seoul Tourism Organization bagi korang bawa pulang.
Haja!

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

IKLAN