Ariana Grande Bertunang, Besarnya Cincin Berlian Dia.

Share

Ariana deserved to be happy, dengan cinta yang tak kesampaian sebelum ini sehingalah bekas kekasih yang membunuh diri perkhabaran baru yang dirinya sudah bertunang memberi gambaran yang dia akhirnya sudah menemui cinta sejati.

Kelmarin, pelantun lagu Thank U, Next ini telah memuatnaik beberapa keeping gambar dalam hantaran di laman Instagram bersama tunangnya, Dalton Gomez bersama bentuk cincin yang digunakan oleh Dalton untuk melamarnya. Wow, it is one big diamond!

Kapsyen instagram yang ditulis pula berbunyi, “Forever n then some.”

Cincin yang diberikan Dalton kepada Ariana. Sumber Gambar: via Instagram Ariana Grande

Ariana banyak berahsia tentang hubungannya kali ini kerana tiada siapa yang boleh meneka berapa lama mereka sudah berhubungan melainkan mereka pernah dilihat bersama pada Februari tahun ini. Namun begitu Ariana pernah sekali sekala memuat naik foto bersama namun tiada kesahihah tentang hubungan mereka Ketika itu.

Sedikit info mengenai tunang wanita berusia 27 tahun ini, Dalton merupakan seorang ejen hartanah yang berpangkalan di Los Angeles dan dia banyak menjaga klien berprofil tinggi.

Menurut laporan People, Ariana tidak lagi mahu menjadikan hubungan cintanya sebagai kisah tatapan umum jadi dia sedaya upaya untuk lebih berdiam diri dan tidak terlalu berkongsi perihal peribadi kepada khalayak. Walaubagaimanapun dia kelihatan gembira bersama Dalton.

Sumber: Instagram Ariana Grande & People

IKLAN