Dr Amalina Che Bakri, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom (UK) yang ramai admire, baru sahaja umum berita gembira yang beliau selamat melahirkan anak perempuan kedua!

Menerusi hantaran Instagram pada Isnin malam, Dr Amalina memaklumkan bayi yang baru dilahirkan itu diberi nama Aurora.

“Arabella Sangat Teruja Jadi Kakak…,” Dr Amalina Timang Cahaya Mata Kedua

“Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora.

“Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah,” kata Dr Amalina.

Ads

Berdasarkan perkongsian itu, Dr Amalina menandakan Hospital St. Thomas di London sebagai lokasi dipercayai tempat kelahiran Aurora. Dan apa yang paling mencuri perhatian? Nama baby girl ni sangat unik dan penuh makna iaitu Aurora!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Aurora bukan nama biasa-biasa ya. Dalam mitologi Roman, Aurora ialah dewi fajar — simbol harapan dan permulaan baru. Sesuai sangat dengan vibe si kecil yang baru hadir dalam hidup Dr Amalina & suami.

Ramai netizen pun terus jatuh cinta dengan nama ni. Sweet, classy dan lain dari yang lain!

Ads

Keluarga Kecil Dah Jadi Empat

Sebelum ni, Dr Amalina dan suaminya, Alexander Charles dah pun ada seorang anak perempuan, Arabella Mia yang sangat adorable. Now, Arabella officially jadi kakak!

Semoga Aurora membesar jadi sebijak dan sehebat mama dia. Kita pun tak sabar nak tengok Arabella & Aurora membesar bersama mesti confirm comel overload!

Ads

Untuk info, Dr Amalina merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 itu bernikah dengan Alexander Charles, pada 31 Mac 2021, di London Central Mosque.

BACA LAGI : Kucing Paling Huru-Hara, 5 Keunikan OYEN Berbeza Si Bulus Lain!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI