Apple Bakal Perkenal Beberapa Features Terkini & 4 Animoji Baru Menerusi iOS 11.3

Share

Terbaru, Apple telah memperkenalkan sistem operasi terbarunya dyang masih dalam peringkat percubaan atau Beta kepada beberapa pemaju aplikasi untuk mencubanya di iPhone dan iPad.

Dan antara feature yang pastinya mendapat perhatian ialah pengenalan empat animoji terbaru tambahan. Seperti yang korang sedia maklum, features animoji kini hanya boleh didapati menerusi iPhone X sahaja.

Empat animoji tersebut ialah Lion, Skull, Bear dan Dragon. Setakat ini, terdapat 12 animoji sudah tersedia bersama iPhone X. Selain itu, Apple turut dilaporkan akan memperkenalkan features baru ARKit dan turut berjanji untuk meningkatkan pengrusuan bateri oleh yang mudah akses untuk pengguna.

Kebelakangan ini nama Apple telah terpalit dengan beberapa kontroversi namun dengan pengenalan baru menerusi 11.3, ia diharap dapat mengembalikan semula keyakinan pengguna terutamanya dari kalangan muda kepada jenama mereka.

 

LION

 

SKULL

 

BEAR

 

DRAGON

 

Selain daripada pengenalan 4 animoji terbaru, iOS 11.3 juga turut menampilkan beberapa penambahbaikan features yang tersedia ada. Berikut adalah senarai perkara baru yang boleh kita jangkakan daripada iOS 11.3.

– ARKit 1.5 dengan sokongan permukaan vertikal seperti dinding dan juga permukaan tidak rata; turut menyokong auto-focus dan resoulusi 50% lebih baik

– Rekod kesihatan menerusi Helath App akan updated secara otomatik dari pengguna pilihan

– lebih banyak feature muzik video menerusi Apple Music

– Advance Mobile Location yang berfungsi menghantar lokasi pengguna terus kepada talian kecemasan

– Messages menerusi iCloud

– Privacy page yang baru & ditambah dan icon baru Privacy dalam Setting

– iBooks akan dikenali hanya sebagai Books

– Splash screen baru untuk App Store

Tonton video di bawah untuk mengetahui apakah penambah baikan yang terdapat di dalam iOS 11.3!

 

Artikel Berkaitan: 10 Sebab Mengapa Orang Unfollow Instagram & Twitter Kamu

IKLAN