
Setiap tahun, peminat tegar Apple pastinya akan ternanti-nanti keluaran terbaru daripada iPhone bagi menukar koleksi telefon pintar mereka.
Menurut Astro Awani, Apple Inc. sah akan melancarkan iPhone terbaru mereka pada 10 September ini dengan menyediakan perkakasan baharu, termasuk iPhone “Pro”.
Mengikut informasi yang tertiris seperti yang dinyatakan oleh amanz.my, iPhone 2019 dijangka akan menyediakan kapasiti bateri lebih besar untuk memanjangkan penggunaan peranti.
Bagi iPhone 2019 versi ‘Max’, ia pula dilaporkan akan hadir dengan kapasiti tertinggi berbanding kesemua iPhone, iaitu dengan bateri 3650 mAh, jika nak dibandingkan dengan iPhone XS Max yang terdahulu hanya menyediakan kapisiti 3174 mAh.

Selain tiga versi iPhone yang baru, Apple turut melancarkan satu versi baru iPad Pro dengan kamera yang dinaik taraf dan cip yang lebih pantas.
iPad kos rendah akan didatangkan dengan skrin yang lebih besar, satu versi baharu Apple Watch, dan revolusi komputer riba MacBook Pro yang akan dinaik taraf buat pertama kalinya sejak tempoh tiga tahun ini.
Selain itu juga, Apple dijangka akan mengemas kini aksesori audio utama, termasuk AirPods dan HomePod.
Pastinya pengikut tegar gajet ternama ini sudah tidak sabar untuk menantikan produk terbaru daripada Apple.
Tak sabar juga kami nak tahu harganya nanti. Hiks!
Sama-sama kita nantikan..
Sumber: Astro Awani & Amanz
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Xiaomi Jalin Kerjasama Dengan Lazada Tawar Harga Berbaloi Bagi Telefon Mi 9T

Baru saja dilancarkan petang tadi, ternyata pengeluar Xiaomi membawakan berita gembira apabila menawarkan “harga runtuh” kepada pengguna apabila menawarkan Mi 9T pada harga RM1099 hanya untuk selama empat hari saja bermula hari ini sehingga 24 hb nanti.
Lebih menarik, pembelian ini hanya ditawarkan di Lazada.com dengan siapa cepat dia dapat sebelum kembali ke harga asal iaitu RM1199.


Datang dengan spesifikasi berbaloi untuk dibeli oleh golongan pertengahan khususnya student dengan harga yang amat menyenangkan sekitar RM1099 (harga asal RM1199) bagi memori 6Gb RAM dan pilihan storan dalam 64GB, pastinya ia amat berbaloi. Tidak hanya 64GB, ada juga pilihan iaitu 128GB dengan harga RM1399.
Xiaomi Mi 9T didatangkan dengan skrin 6.39 inci, panel AMOLED dengan resolusi FHD+, ditambah sokongan HDR serta dilindungi dengan Gorilla Glass 5 bagi tahan lasak, telefon bimbit terbaru ini pastinya akan menjadi pilihan pembeli yang mahukan sesuatu barangan tetapi berbaloi dengan harga.


Lebih menambah “kelajuan”, cip pemprosesannya dijana dengan Qualcomm Snapdragon 730. Jika kualiti gambar antara yang sering menjadi pilihan bagi pengguna ketika membeli telefon bimbit, hal ni korang tak perlu risau kerana Mi 9T ini, kameranya didatangkan untuk mereka yang suka berswafoto.
Kalau selama ini kita tercari-cari angle ketika swafoto, telefon ini agak unik kerana ia menggunakan sistem kamera pop naik. Lebih menambah kesan berbaloi, kamera pop naik ini mempunyai kesan bunyi yang unik bersama-sama dengan lampu LED. Lenda kamera swafotonya adalah 20 MP f/2.2 manakala di belakang lebih cantik kerana menggunakan tiga lensa iaitu 48MP + 8 MP lensa telefoto + 13 MP lensa ultra lebar.
So bayangkan gambar korang yang cantik tu nanti. Didatangkan dalam tiga warna menarik terdiri dari Carbon Black, Flame Red dan Glacier Blue selain finger print, pastinya kalau korang nak pembelian berbaloi dengan wang, inilah masanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Punca Facebook, Instagram & WhatsApp Tergendala Malam Tadi

Lewat malam semalam, aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook tergendala di seluruh dunia dan ramai yang menganggap bahawa talian internet mereka yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat mengakses platform media sosial tersebut.
Masyarakat yang tinggal di benua Asia mungkin tidak terlalu terkesan (walaupun ramai yang ‘hilang arah. Hiks!) kerana ia berlaku lewat malam, tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi, seperti di Afrika, Eropah dan Amerika.
Agaknya apa yang berlaku ya?
Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan ‘backbone routers’ yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh.

Ia bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostic yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkain Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.
Difahamkan, dalam masa enam jam, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian sebanyak $7 billion atau lebih kurang RM29 billion.

Walau bagaimanapun, Facebook turut menjelaskan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang berlaku, khususnya kepada individu yang menggunakan platform mereka untuk urusan bisnes.
Kalau di Malaysia, WhatsApp, Instagram dan Facebook down, tidur awal la semua malam tadi ya? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Fungsi Yang iOS 13 Tiada, Tapi Ada Pada Android

Sebelum ini kami ada menyenaraikan fungsi-fungsi menarik yang terdapat pada iOS 13 seperti yang telah diperkatakan pada acara WWDC 2019 yang lepas.
Baca artikel: 16 Fungsi Menarik iOS 13 Yang Pengguna Apple Kena Tahu
Namun begitu, menurut portal amanz.my, selepas seminggu menggunakan iOS 13 Beta, mereka menyedari sistem operasi yang digunakan pada iPhone dan iPod ini masih mempunyai beberapa kekurangan berbanding Android.
Wah, biar betul?
Jom kita lihat perkongsian mereka tentang 13 fungsi yang pengguna mahukan tetapi tiada pada iOS 13 Beta.
1. Tiada sokong split-view
Sokongan ini telah melancarkan dua aplikasi serentak pada Android sejak diperkenalkan pada Samsung Galaxy Note 2 hampir 7 tahun yang lalu. Pada peranti iOS, hanya iPad menyokong multi window mode yang diberi nama split-view sejak iOS 11 lagi. Sokongan yang sama tidak ada secara natif pada iPhone. Dengan skrin iPhone XS Max sebesar 6.5″, fungsi ini sepatutnya disokong kerana ruang paparan yang besar.
Sebagai perbandingan Note 2 hanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan telah diperkenalkan hampir 7 tahun yang lalu. Setelah melihat betapa bergunanya Split-View pada iPadOS, kenapa ia tidak disokong pada iPhone milik peribadi?

2. Tiada Face ID pada kedudukan landskap
Kalau korang buat kerja atau menonton video menggunakan iPhone, peranti terkunci pada posisi landskap. Kalau nak unlock korang terpaksa mengembalikan iPhone XS ke posisi menegak bagi membolehkan Face ID mengimbas wajah. iOS 13 masih tiada sokongan Face ID secara landskap.
iPad Pro 11” dan 12.9” boleh melakukan unlock tanpa mengira orientasi peranti. Jadi kenapa iPhone X, XR, XS dan XS digunakan pada iPad Pro. Sistem imbasan wajah 3D pada Huawei Mate 20 Pro pun boleh di unlock tanpa mengira orientasi sejak hari pertama dilancarkan.

3. Tetapan kamera masih perlu diubah dari settings
Dengan menekan ikon Bluetooth dan WiFi, pengguna boleh terus mencari aksesori atau WiFi yang digunakan dengan pantas. Namun begitu, iOS masih belum mengubah proses melakukan tetapan kamera.
Contohnya untuk mengubah mod rakaman dari 1080P 60FPS ke 4K 60FPS, ia masih perlu dilakukan pada skrin Settings. Pengguna keluar dari aplikasi kamera terlebih dahulu. Walhal, jika Android nak mengubah tetapan kamera boleh dilakukan terus daripada aplikasi kamera.
4. Tambatan dua aksesori audio Bluetooth serentak
Galaxy S10 boleh menambat dua fon kepala kepadanya serentak dan dapat membezakan kualiti audio menerusi fungsi Dual Audio kerana fungsi Bluetooth 5.0 telah disokong sejak Galaxy S8.
iOS 13 memperkenalkan sokongan tambatan dua aksesori audio nirwayar tetapi hanya untuk Apple AirPods dan Powerbeats Pro yang dilengkapi cip Apple H1. Tambatan aksesori audio lain tanpa cip ini tidak disertakan pada iOS 13.
5. Tiada sokongan FLAC
Masih tiada sokongan untuk fail FLAC (Free Lossless Audio Codec) dan hanya menyokong format ALAC (Apple Lossless Audio Code) yang memerlukan filem FLAC diubahsuai menggunakan perisian lain terlebih dahulu.
Manakala Android pula, sokongan FLAC telah diberikan secara natif sejak Android 3.1 Honeycomb dilancarkan pada 2011.
6. Masih tiada tatapan aplikasi default
Agak mengejutkan apabila verso ke-13 sistem operasi ini masih tidak membenarkan pengguna menetapkan aplikasi pilihan untuk pelayar web.
Jika dilihat pada sistem Android pula, terdapat skrin khas untuk memilih pelancar, pelayar web, pembantu maya, dompet digital dan banyak lagi. Apple masih memaksa penggunaan aplikasi mereka sebagai default walaupun korang tidak mahu menggunakan Safari sebagai pelayar web.

7. Fungsi NFC masih terhad berbanding Android
Dengan iOS 13 Apple mula membuka sistem NFC yang boleh dibaca oleh peranti. iPhone boleh membaca kad pengenalan di Jepun dan Jerman. Di United Kingdom pula sistem ini boleh membaca passport. Malah, dibeberapa bandar tertentu, sistem NFC iPhone sudah boleh digunakan untuk pembayaran sistem pengangkutan dan ganti kepada kad matriks universiti.
Pengguna Andorid sudah terbiasa menambat fon telinga nirwayar atau kamera digital menerusi sentuhan NFC yang pantas. Jauh lebih pantas dan mudah berbanding perlu ke skrin tetapan Bluetooth pada iOS 13 sekarang.

8. Fail tidak boleh dipindahkan dari PC ke iPhone
Pemacu mudah alih dan pemacu cakera keras akhirnya boleh dibaca oleh iPhone menerusi iOS 13. Ini memudahkan proses pemindahan dokumen dan gambar di pejabat. Apple mendengar keluhan pengguna iPad Pro yang merungut sokongan storan luaran adalah terhad pada iOS 12.
Tetapi pada masa yang sama sokongan pemindahan data dengan mudah ini tidak disertakan pada pengguna PC. Apabila iPhone dipasang pada PC, pemindahan data dari PC ke iPhone masih tidak boleh dilakukan sama sekali. Satu lagi kekurangan iOS sejak edisi pertama tidak ditambah baik oleh Apple pada iOS 13.
9. Tiada sokongan pemindahan fail ke Android menggunakan Bluetooth
Sistem perkongsian AirDrop adalah yang terbaik boleh untuk pengguna iPhone. Ia turut boleh digunakan untuk menghantar fail ke iPad, iPod dan komputer Mac yang dimiliki. Namun begitu harus diakui majoriti pengguna tidak menggunakan peranti iOS dan sebaliknya menggunakan peranti Android.
Ketika hari raya proses menghantar gambar ke sanak saudara adalah sukar kerana mereka tidak menyokong AirDrop. Penghantaran menggunakan protokol bluetooth ke peranti Android masih tidak wujud pada iOS 13.
10. Tiada sokongan landskap untuk skrin Home iPhone XS Max
iOS 13, masih tiada sokongan mod landskap untuk skrin home untuk iPhone XS Max, XS, XR dan X. Sokongan ini ditarik pada kesemua iPhone dengan Face ID sejak iOS 11 lagi.
Menggunakan skrin home dalam kedudukan landskap amat berguna ketika menonton video atau peranti diletakkan pada pendakap di dalam kereta. Ketiadaan mod landskap untuk skrin home ini adalah memandangkan mod landskap disokong pada skrin Settings dan aplikasi Mail misalnya pada iOS 13 tanpa mengira model peranti.
So, korang pengguna iOS ke Android? Cer komen sikit!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

