Alhamdulillah, semalam rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan apabila adik Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan. Germ Cell Tumor seberat 200 gm berjaya dibuang dengan pembedahan mengambil masa 5 jam dan dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di London termasuk Dr Amalina Bakri.
Di sebalik kejayaan pembedahan ini, tentu ramai ingin tahu apakah Germ Cell Tumor ini dan bagaimana punca penyakit ini terjadi.
Dr Amalina berkongsi kisah pembedahan adik Ainul dilalui selama lima jam dengan kedua ibu bapa AinulAlhamdulillah adik Ainul selamat menjalani pembedahan dan sudah sedars sepenuhnya pagi ini
REMAJA kongsikan penulisan Dr Latif Saad yang menulis di page TheDiagnosa mengenai Germ Cell Tumor ini. Dr Latiff menulis artikel ini pada 26 Mei lalu dan sama-sama kita kongsikan ilmu bermanfaat ini.
Adik Ainul Mardhiah telah disahkan mengalami Germ Cell Tumor ketika dia masih kecil lagi. Sekarang ini usia adik Ainul Mardhiah sudah pun berumur 8 bulan dan mesti masih ramai yang tertanya-tanya tentang ketumbuhan ataupun penyakit apakah yang berlaku pada adik Ainul Mardhiah.
Apakah itu Germ Cell Tumor?
Keadaan adik Ainul Mardhiah ini berlaku disebabkan satu ketumbuhan atau tumor yang dikenali sebagai Germ Cell Tumor.
Perkataan ‘Germ‘ daripada Germ Cell Tumor itu bukanlah bermaksud ‘Germ‘ kuman tu. Tetapi perkataan germ ini diambil daripada perkataan ‘Germinate’ iaitu ‘to begin to grow’ . Dalam bahasa melayunya adalah ‘mula membesar/berkembang’. Selalunya kita gunakan perkataan germinate ini untuk biji benih yang baru tumbuh. Jadi, germinate juga bermaksud bercambah.
Ads
Kisah adik Ainul yang mengidap Germ Cell Tumor mengundang simpati rakyat Malaysia dan alhamdulilllah dengan doa semua, adik Ainul insya Allah akan kembali sihat
Apakah itu Germ Cell pula?
Dalam badan kita ada satu jenis sel yang dinamakan sebagai Germ cell(Sel germa). Fungsi sel germa ini pula adalah untuk menghasilkan sel sperma ataupun ovum. Jadi daripada sel germa inilah terhasil sel pembiakan seperti sperma dan ovum dan persenyawaan dua sel ini pula akan menghasilkan sel zygot yang akan bercambah/membesar menjadi manusia. Sebab itu kita panggil sel ini sebagai Germ cell(sel germa) kerana sel inilah punca terhasilnya bayi yang akan bercambah menjadi manusia.
Sel germa ini selalunya akan berada di dalam testis ataupun ovari. Di situlah mereka akan menghasilkan sperma atau ovum.
Jadi, bila kita kata Germ cell tumor (Tumor sel germa) ia membawa maksud tumor ataupun ketumbuhan ini berpunca daripada sel germa yang membahagi secara tidak terkawal.
Lokasi tumor sel germa(Germ cell tumor)
Ads
Tumor sel germa selalunya akan berlaku dikawasan testis ataupun pada bahagian ovari. Ini kerana di kawasan tersebut sel reproduktif seperti sperma dan ovum dihasilkan.
Jarang untuk tumor ini berlaku dikawasan selain daripada testis dan juga ovari. Dan kebanyakan tumor yang berlaku dikawasan lain ini akan melibatkan mereka yang berusia muda sama seperti kes Adik Ainul Mardhiah dimana tumor ini telah berlaku pada kawasan mulutnya.
Perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis Germ cell tumor yang ada seperti teratoma, seminoma, choriocarcinoma dan banyak lagi. Ketumbuhan ini juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ada Malignant iaitu tumbuh secara cepat dan boleh merebak ke tempat lain ataupun benign iaitu tumbuh dengan lambat dan tidak merebak ke tempat lain. Malignant inilah kita gelarkan sebagai kanser.
Setiap daripada jenis tumor tersebut mempunyai karakter yang berlainan dan cara rawatan yang berbeza. Sebab itu tumor ini dikategorikan dengan pelbagai jenis supaya rawatan yang spesifik dapat diberikan sesuai dengan jenis tumor tersebut.
Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Ada kajian yang mengatakan ia mempunyai hubung kait dengan penyakit keturunan atau genetik di mana jika ada ahli keluarga yang mempunyai kecacatan daripada segi struktur badan sejak lahir, maka anaknya akan mempunyai risiko untuk menghadapi Germ cell tumor ini.
Bayi yang mengalami Cryptorchidism juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi masalah ini. Cryptorchidism adalah keadaan dimana satu ataupun kedua-dua belah testis tidak turun ke dalam kerandut scrotum. Testis tersebut mungkin berada di dalam bahagian abdomen.
Kesimpulan
Germ cell tumor ini berpunca daripada sel yang menghasilkan sel pembiakan seperti sperma dan juga ovum. Disebabkan sel ini membahagi dan membesar secara tidak normal, maka jadilah tumor tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersaksikan langit yang megah dan lautan nan biru, empat ratu cantik Malaysia berkumpul di Pulau Langkawi. Masing-masing tampil cantik dalam persalinan bermotifkan batik menyerlahkan gaya Malaysiana yang cukup anggun.
Deborah Henry (Miss World Malaysia 2007 & Miss Universe Malaysia 2011), Chloe Chen (Miss World Malaysia 2011), Shweta Sekhon (Miss Universe Malaysia 2019) dan Francisca Luhong James (Miss Universe Malaysia 2020) mengenakan solekan tipis pada wajah dengan rambut didandan kemas menyerlahkan lagi keaslian wajah mereka.
Chloe Chen, Miss World Malaysia 2011Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020
Kehadiran mereka berempat di pulau terkenal itu bagi memeriahkan acara persembahan fesyen koleksi cruise 2023 oleh jenama terkenal tempatan, RAEESA. Masing-masing hadir sebagai pengacara dan juga peragawati kelihatan sangat anggun mengenakan rekaan yang sajak pada tubuh.
Sentuhan klasik dengan potongan bersih dan kombinasi warna moden adalah identiti signature RAEESA. Setiap satu rekaan dibiarkan tidak terlalu kompleks agar menyerlahkan kecantikan corak fabrik yang diterapkan, tambahan lagi ia mampu menyerlahkan personaliti si pemakai.
Deborah Henry, Chloe Chen, Shweta Sekhon dan Francisca Luhong James bersama dengan pengasas dan pemilik jenama RAEESA, Erny Yusmiarty serta pengurus Besar The Ritz-Carlton Langkawi, Ellen Franke.Deborah Henry, Miss Universe Malaysia 2011 & Miss World Malaysia 2007.
Diadakan di The Ritz-Carlton Langkawi, lukisan batik dengan unsur abstrak, garis grafik moden dan warna pastel dan terang menjadi kombo sempurna digarap ke dalam koleksi yang menampilkan gaya kontemporari moden ini.
Menariknya, acara fesyen itu mempamerkan karya baharu dan eksklusif diberi nama yang diilhamkan oleh vila di The Ritz-Carlton Langkawi sambil mengekalkan gaya batik istimewa RAEESA sempena ulang tahun kelima hotel mewah tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia yang makin terbuka, trend bertindik dianggota badan selain telinga semakin popular terutama kalangan remaja. Tapi baru-baru ni, pendakwah terkenal PU Syed tampil beri teguran tegas tentang isu tindik hidung.
Hal ini selepas pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya yang memberikan kenyataan dalam sebuah program bicara mengenai dirinya yang memilih untuk bertindik pada bahagian hidung.
Haram biarpun suami atau ibubapa redha
Berkongsi hantaran di Instagram, PU Syed menegaskan bahawa hukum menindik hidung adalah haram biarpun suami atau ibubapa
“Saya nak menegur sikit kepada pelakon, Sharifah Aleya. Hukum menindik hidung ini boleh google.
Isunya perbuatan menindik hidung itu hukumnya adalah haram. Walaupun suami redha, mak ayah tak marah, tapi Islam melarang perbuatan ini.
Teguran saya buat Sharifah Aleya, berhati-hatilah tentang hukum hakam agama”-tegur PU Syed di Instagram
Terdahulu, dalam sebuah program bual bicara Aleya berkata, subang hidung yang dipakai hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkannya.
Aleya turut berkongsi bahawa dia pernah menyimpan keinginan untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah. Namun, dia melupakan keinginan tersebut selepas menyedari kesan serta pantang larang yang perlu ditanggung, termasuk memerlukan penjagaan rapi.