Apabila Arkib 35 tahun Dibongkar Semula. Media Hiburan Tampil Dengan Rancangan TV Mengimbau Kenangan Lalu Selebriti Tanah Air

Share

Media Hiburan merupakan sebuah jenama majalah hiburan terkenal tanah air. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok. Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.

Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen anda. Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.

Dihoskan oleh Radin, rancangan ini akan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi. Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini. Bayangkan apabila photoshoot

mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar

Ifa Raziah antara selebriti yang berkongsi kisah

Gegak gempita juga set apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini!

IKLAN