Pelakon jelita terkenal, Anzalna Nasir baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak di sekolah menerusi perkongsian di aplikasi Threads. Menurutnya, peningkatan kes yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan hatinya sebagai seorang ibu merasa tidak tenang.

“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?”

“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini,” tulisnya.

“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah
Kredit foto: IG Anzalna Nasir

“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah “Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah

Kebimbangan Anzalna Nasir Tentang Keselamatan Di Sekolah

Pada masa yang sama, Anzalna atau pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir (37) turut berkongsi pandangannya bahawa isu keselamatan anak-anak di sekolah ini seharusnya menjadi peringatan kepada ibu bapa untuk memberi lebih perhatian terhadap didikan dan bimbingan anak-anak. Katanya, tanggungjawab seorang ibu bapa bukan sekadar mencari rezeki semata-mata tetapi turut membentuk nilai dan akhlak anak-anak.

“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.”

“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” ujarnya lagi.

“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah
Kredit foto: IG Anzalna Nasir

Reaksi Warga Maya Terhadap Pandangan Anzalna Nasir

Luahan Anzalna Nasir tentang keselamatan anak-anak di sekolah telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Malah, seorang guru turut berkongsi bahawa para pendidik sentiasa berusaha mendidik anak murid seperti anak sendiri. Dengan adanya sokongan dan kerjasama ibu bapa, hasilnya pasti akan melahirkan generasi yang terbaik.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkongsian selebriti seperti Anzalna memberi kesedaran besar kepada ibu bapa, berbanding sikap suka menyalahkan guru atau pihak kementerian semata-mata. Dalam masa yang sama, beberapa pihak tampil mengingatkan bahawa mendidik anak-anak perlu bermula dari rumah kerana ada ibu bapa yang sukar menerima teguran mengenai sikap anak mereka.

Ads

“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah

“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah

Cabaran Era Digital & Peranan Ibu Bapa

Walaupun begitu, ada juga pandangan yang menyalahkan internet sebagai faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial pelajar. Mereka berpendapat bahawa berbeza dengan zaman dahulu yang lebih terbatas aksesnya, kini penggunaan internet terlalu mudah dan sukar untuk dikawal. Justeru, ibu bapa perlu lebih peka dalam memantau aktiviti anak-anak di dunia maya bagi memastikan keselamatan mereka.

Ads

Homeschool Sebagai Alternatif

Selain kebimbangan tersebut, wujud juga beberapa pihak yang mengambil langkah lebih drastik dengan memilih alternatif pembelajaran di rumah atau homeschool.

“Saya & isteri memang sepakat anak-anak homeschool saja, bayar cikgu mengajar anak di rumah. Tapi tetap ada kelas berenang dan lain-lain. Banyak kena guna duit tapi puas hati anak depan mata,” komen pengguna bernama @night.thaze.

“Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah “Ia Peringatan Untuk Ibu Bapa” Anzalna Nasir Suarakan Kebimbangan Isu Keselamatan Anak-Anak Di Sekolah

Ads

Intihanya, perkongsian Anzalna Nasir bukan sekadar luahan hati seorang ibu, tetapi membuka ruang perbincangan yang lebih luas mengenai keselamatan dan pendidikan anak-anak di sekolah. Rata-rata bersetuju bahawa selain guru dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak agar membesar menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.

Isu keselamatan anak-anak di sekolah wajar dijadikan refleksi bersama agar masyarakat dapat mencari solusi terbaik demi kesejahteraan generasi masa depan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads