Pertandingan ratu cantik merupakan satu industri besar di Thailand. Pendek kata siapa yang bergelar juara pasti akan memeiliki kelebihan dalam membina kerjaya di samping berpeluang mewakili negara tercinta.
Terbaharu, Miss Universe Thailand 2023 telah melabuhkan tirai menyaksikan mahkota keramat itu jatuh kepada gadis kacukan Thai-Denmark, Anntonia Porsild yang mewakili wilayah Nakhon Rathasima.
Berjaya mengalahkan 52 peserta lain, gadis berusia 26 tahun yang pernah bergelar Miss Supranational 2019 ini menampilkan prestasi hebat sejak awal lagi. Setiap soalan yang diajukan kepadanya ketika segmen top 5 dan top 3 juga berjaya dijawab dengan cemerlang.
Tempat kedua jatuh kepada Kirana Jasmine Chewter yang mewakili wilayah Mae Hong Son dan tempat ketiga jatuh kepada mega favourite pertandingan, Veena Praveenar yang mewakili wilayah Phuket.
Kekalahan Veena dalam pertandingan ini menjadikan kekalahan ketiganya dalam pertandingan sama. Sebelum ini dia pernah menyertai edisi tahun 2018 dan merangkul kedudukan ketiga.
Ads
Tidak lemah semangat, wanita berketurunan Sikh ini sekali lagi menyertai edisi tahun 2020 menyaksikan dia terpaksa berpuas hati bergelar naib juara di belakang Amanda Odbam yang dinobat sebagai Miss Universe Thailand 2020.
Kekalahannya ini seperti sudah boleh dijangka apabila dia dilihat tidak begitu lancar dalam menjawab soalan ketika berada di peringkat top 3.
Ads
Veena Praveenar
Thailand sebelum ini menampilkan aksi cemerlang di pentas Miss Universe apabila berjaya menembus pusingan semi-final sebanyak enam kali bermula tahun 2015 sehinga 2020 sebelum gagal berturut-turut bagi edisi 2021 dan 2023.
Adakah dengan pemilihan Anntonia Porsild seorang bekas juara dari petandingan ratu cantik yang lain berjaya menjadi x-factor kepada Thailand? Atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan November nanti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tetapi itulah hakikatnya jika korang tersalah sapu bedak asas ataupun foundation. Bedak asas atau lebih dikenali sebagai foundation merupakan salah satu produk mekap paling penting bagi setiap wanita.
Foto Via Pexels
Hmmm…tapi tak apa, Senang je nak cantik, belajar di TikTok!
TikTok cukup dikenali dengan trik kecantikan yang genius. Dari viral produk penjagaan wajah ke teknik kerintingkan rambut dengan hairdryer dan bermacam-macam lagi yang diakui keberkesanannya.
Dia mendakwa face roller ini membuat asas lebih sekata, membantu mengecilkan liang-liang, ia memberikan aplikasi yang sangat licin, dan anda akan mendapat litupan yang lebih penuh (kerana roller tidak menyerap sebarang produk). Malah, kesejukan roller menutup pori-pori anda untuk memberikan anda kemasan yang lebih licin daripada menggunakan span atau berus berbulu.
Tapi sebagai pemulaan pastikan korang mendapatkan face roller, contoh jade, rose quartz, amethyst, blue aventurine – mana-mana batu yang sesuai.
Penulis sudah cuba sendiri! Menyapu foundation dengan roller ini ternyata beri kesan yang baik, tidak tebal dan kulit umpama tidak memakai apa-apa tapi terpulang kepada pendapat masing-masing la kan.
Dah tonton? Apa lagi cuba praktis, mana tahu terus jadi expert!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khamis lalu, Ratu Elizabeth II telahpun menyambut hari lahirnya yang ke 96 tahun. Baginda yang dilahirkan pada 21 April 1926 menaiki takhta ketika berusia 26 tahun sejurus kematian ayahandanya, Raja George VI.
Tahun ini juga merupakan baginda menyambut jubli platinum pemerintahan yang menandakan genap 70 tahun sebagai ratu. Sempena dengan hari bersejarah ini, Mattel telah mengeluarkan koleksi khas Barbie yang diinspiraikan berdasar wajah dan juga stail fesyen peribadi Ratu Elizabeth II.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter Barbie, tertulis, “Dengan 70 tahun perkhidmatan, Ratu Elizabeth II merupakan monarki British yang paling lama berkhidmat, dan yang pertama meraikan Jubli Platinum. Barbie meraikan peristiwa penting ini dengan anak patung dalam rupa baginda, berpakaian gaun putih gading, selempang biru dan mahkota mewah.”
Stail yang dizahirkan pada patung tersebut cukup menawan dengan pemakaian gaun labuh kembang rona putih gading dan dipadankan bersama selempang berona biru lengkap dengan replica kebesaran seperti yang selalu digayakan Ratu Elizabeth II.
With 70 years of service, Queen Elizabeth II is the longest serving British monarch, and first to celebrate a Platinum Jubilee. #Barbie observes the landmark occasion with a doll in her likeness, dressed in an ivory gown, blue riband, and a regal crown. https://t.co/nt6KElqjK4pic.twitter.com/7BkcyCnNE7
Selain itu, gaya rambut yang diserlahkan juga mengambil inspirasi dari stail peribadi baginda. Manakala mahkota yang diletakkan di atas kepala pula merupakan rekaan yang diambil dari mahkota yang dipakai oleh figura popular ini ketika hari pekahwinannya.
Patung Barbie ini dijual pada harga US$75 ataupun bersamaan RM324 dan ia sudah pun habis dijual pada Jumaat lalu. Walaupun seorang pelanggan hanya boleh membeli sebanyak tiga patung sahaja, nilai ekslusiviti patung tersebut menjadi buruan peminat Barbie terutamanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari luaran, peragawati yang berjalan di pentas peragaan jenama fesyen terkenal, Victoria’s Secret kelihatan cukup yakin dan lincah memperagakan persalinan pakaian dalam, sukan serta kostum yang diberikan.
Siapa sangka, tidak semuanya indah belaka. Ada masanya, mereka juga tidak selasa melakukan semua itu.
Nampak saja reaksi wajah mereka seperti wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan persepsi penonton seluruh dunia mengenai penampilan seksi di pentas Victoria’s Secret. Hakikatnya, ada dalam kalangan peragawati Victoria’s Secret yang pernah hilang keyakinan terhadap jenama itu dan tidak merasa ’empowered’ berpakaian seksi; di mana salah seorang daripadanya ialah peragawati popular, Bella Hadid.
Kali pertama Bella bekerjasama dengan Victoria’s Secret adalah pada tahun 2015 menerusi kempen PINK Holiday. Kini pada tahun 2021, dia dinamakan sebagai salah seorang VS Collective Member
Setelah beberapa tahun Victoria’s Secret ‘hilang’ dari radar tanpa pertunjukan fesyen tahunannya, mereka baru-baru ini kembali dengan kempen koleksi percutian terbaru yang dibintangi Bella Hadid.
Kongsi Bella kepada E! News, dia sanggup untuk kembali memberikan sokongan kepada Victoria’s Secret disebabkan perubahan yang telah jenama itu lakukan setelah diheret dengan pelbagai kontroversi.
Bella pernah menjauhkan diri daripada sebarang perkaitan dengan VS sejak terlibat dengan pertunjukan fesyen tahunan pada tahun 2018. Pada waktu itu, Victoria’s Secret sedang menghadiri sesi ‘fitting’ sebelum pertunjukan fesyen dan menurut dakwaan, seorang bekas pegawai Victoria’s Secret bernama Edward Razek telah memberikan komen tidak senonoh terhadap tubuh badan Bella dan komen seperti ‘lupakan saja seluar dalam’.
Malah, Razek didakwa telah menyentuh bahagian sulit peragawati lain semasa sesi ‘fitting’ yang sama.
Bella Hadid merupakan salah satu wajah utama kempen Holiday bagi Victoria’s Secret pada akhir tahun lalu. Sumber Foto : Instagram Victoria’s Secret
Merujuk kepada laporan New York Times pada tahun 2020, insiden yang membenarkan tingkah laku ‘misogyny’ terhadap wanita seperti inilah yang menjadi punca masyarakat mula memulau jenama tersebut. Lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam dunia digital sekarang, segala informasi ‘hangat’ seperti ini akan mudah tersebar kepada pengetahuan wanita di seluruh dunia.
Insiden tersebut dan banyak lagi kontroversi lain yang melanda Victoria’s Secret sejak itu juga adalah punca mengapa lebih 100 orang model menandatangani petisyen bagi memaksa Victoria’s Secret TIDAK lagi mendiamkan diri dan segera melaporkan kes gangguan seksual yang pernah dilakukan dalam syarikat itu kepada pihak berkuasa .
Berbalik kepada Bella Hadid, katanya salah laku seperti yang pernah dihadapinya dulu kini tidak lagi berlaku dan Victoria’s Secret sedang berada dalam era baharu.
Jenama itu kini tidak lagi mempromosikan imej wanita sempurna atau yang mereka gelarkan sebagai ‘Angels’. Sebaliknya, mereka kini memberikan fokus kepada imej wanita sebenar yang mempunyai warna kulit, bentuk badan dan keperluan berbeza.
Victoria’s Secret mula memperkasakan wanita dengan menampilkan patung (mannequin) bersaiz montok di dalam stor mereka. Selain itu, mereka juga telah memperkenalkan siri bra khas untuk wanita yang pernah menjalani pembedahan mastectomy (bagi pesakit kanser payudara) – yang pertama seakannya dalam industri pakaian dalam wanita global.
Bra Mastectomy ini direka khas bersama pereka fesyen, Stella McCartney untuk mereka yang didiagnos dengan kanser payudara. Ia tidak mempunyai wayar, fabriknya lembut dan menyediakan poket pada bahagian ‘inner lining’ untuk memasukkan payudara prostetik. Sumber Foto : Business Insider
Dengan perubahan ‘mindset’ dan arah tuju baru perniagaan ini, tidak hairanlah Bella kembali memberikan sokongannya kepada Victoria’s Secret.
“(Perubahan) ini adalah petanda kepada ‘personal growth’ untuk mereka dan untuk saya sebagai seorang wanita. Saya pernah merasakan ‘unempowered’ sebelum ini di Victoria’s Secret. Kini apabila itu semua sudah berubah, barulah saya yakin untuk kembali.
“Percayalah, jika anda merasa tidak selesa berpakaian dalam apabila bersendirian, kami lagi tidak selesa berpakaian dalam semasa terlibat dengan rakaman iklan. Tapi situasinya lebih memudahkan kami sekarang. Victoria’s Secret lebih mengambil berat mengenai perasaan kami (sebagai peragawati),” katanya yang bekerjasama dengan jurugambar wanita, Zoey Grossman bagi iklan koleksi Holiday baru-baru ini.
Kongsi Bella lagi sewaktu berada di set bersama model lain seperti Paloma Elsesser dan Adut Akech, mereka semua bersetuju bahawa ‘energy’ di set Victoria’s Secret yang baharu adalah lebih positif berbanding sewaktu ia diterajui oleh beberapa golongan lelaki yang dahulunya hanya mementingkan keuntungan.
Kini mereka tahu fokus Victoria’s Secret adalah ke arah pelanggan wanita dan tidak lagi merasakan diri mereka sebagai peragawati VS dipergunakan semata-mata bagi keuntungan syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!