Pelakon dan finalis pencarian Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling bersiap sedia untuk berangkat ke Seoul, Korea Selatan pada 1 Oktober bagi menghadiri acara anugerah Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 pada minggu ini.

Tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia menerusi lakonannya dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah yang disiarkan di saluran TV3; Anna khabarnya sedang mendahului carta undian hasil sokongan peminatnya yang hadir bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari rantau Nusantara.

“Saya benar-benar terharu dengan sokongan yang luar biasa daripada semua peminat. Pencalonan ini adalah hadiah terbesar buat saya dan saya amat bersyukur dapat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya harap semua akan terus mendoakan dan menyokong saya; kerana kemenangan ini bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” kongsi Anna yang mengharapkan undian peminat berterusan sehingga malam kemuncak nanti.

Anna Jobling Bawa Nama Malaysia Di Seoul International Drama Awards 2025
Anna Jobling

Untuk pengetahuan korang, SDA 2025 bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 dan akan ditayangkan secara langsung di YouTube dari Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

Ads

Korang boleh menantikan acara karpet merah  yang bermula pada jam 3.30 petang (waktu Korea) dan acara kemuncak anugerah dari jam 5.00 petang – 7 malam (waktu Korea).

Di samping membawa cabaran negara ke sana, pastinya peminat juga tidak sabar melihat Anna berdiri sebaris dengan bintang-bintang besar lain dari Asia.

Ads

BACA: Anna Jobling Bawa Pulang 3 Trofi, Sekali Lagi Rangkul Gelaran Pemenang Utama #GMWA24

Anna Jobling mencipta populariti sehingga berpengaruh di negara serantau terutamanya Indonesia menerusi lakonan dalam karya popular, Melur Untuk Firdaus pada tahun 2022.

Ads

Sejak itu, Anna telah membintangi beberapa lagi drama hit lain termasuklah Terima Kasih Cinta dan Syurga Itu Bukan Mudah serta melebarkan sayap ke Indonesia untuk terlibat dalam penggambaran filem seperti Lembayung, Laut Tengah dan Sukma.

BACA: Anna Jobling Laris Di Indonesia, Dah 4 Projek Filem & Bergandingan Dengan Nama Besar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads