Angkara Jerebu, Semua Sekolah Di Selangor Di Tutup Sehingga Jumaat Ini

Share

Fenomena jerebu yang melanda negara sekarang di tahap membimbangkan malah mampu memberi masalah kepada semua orang, bukan hanya untuk mereka yang mempunyai penyakit respiratori.

Terbaru Kementerian Pendidikan memaklumkan penutupan sekolah berkenaan dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mmembimbangkan di sekitar Selangor.

Penutupan semua sekolah awam dan swasta disekitar Selangor bermula 19 September (khamis) hingga 20 September 2019 (Jumaat).

Tetapi menurut beberapa kajian, pendedahan berterusan kepada jerebu akan meningkatkan risiko kepada penyatkit kardiovaskular, mengurangkan perkembangan paru-paru dan masalah pernafasan dikalangan kanak-kanak.

Untuk info IPU terkini Klik

Bahaya Jerebu Kepada Tubuh Badan 

Risiko jangka panjang yang berkaitan dengan pendedahan kepada zarah jerebu:

  • Mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain, iaitu punca penyakit vaskular.
  • Meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.
  • Boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis.
  • Keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.

Paling teruk, ia boleh menyebabkan gejala-gejala seperti keradangan mata, hidung atau ruam.

Bahaya juga jerebu ni eh. Stay indoor guys dan jangan lupa pakai topeng muka kalau nak keluar okay!

Hey Girls, We’re Back !

IKLAN