Anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, iaitu Dzahira Thalita Zahra atau lebih mesra disapa Thalita, berdepan detik cemas apabila terkena minyak panas dalam kejadian yang berlaku di dapur rumah mereka kelmarin.
Menurut ibu tirinya yang juga personaliti media sosial, Watie Hanifiah, insiden itu berlaku ketika Thalita sedang membantunya menggoreng kentang buatan sendiri (homemade).
“Kejadian berlaku ketika kami berada di dapur untuk menggoreng kentang buatan sendiri (homemade).
“Kemudian minyak sudah dipanaskan terlampau lama dan ketika mahu mula memasukkan kentang ke dalam kuali, mungkin ada terkena percikan air sebelum meletup,” jelasnya kepada pemberita.
Akibat kejadian tersebut, Thalita yang berusia 12 tahun mengalami luka melecur di bahagian muka dan tangan, sehingga menimbulkan suasana panik di rumah mereka.
Ads
“Selepas kena, memang meraunglah dan semua yang ada dalam rumah panik sehingga pening cara untuk berikan rawatan awal, cari ubat pun sudah tak jumpa,” kata Watie lagi.
Lebih menyentuh hati, Watie turut berkongsi bagaimana Thalita sempat mempersoalkan sama ada dirinya ada melakukan kesalahan sehingga ‘dihukum’ dengan kesakitan itu.
Ads
“Sambil dia meraung, sempat bertanya ‘Thalita ada buat salah atau sakitkan hati mummy dengan daddy atau individu lain ke?’
“Dia asyik berfikir tentang kejadian tersebut dan tertanya-tanya mengapa Allah SWT beri rasa sakit itu kepadanya.
“Bahkan dia juga bertanya dan risau sama ada kesan minyak panas pada mukanya akan membuatkan wajahnya hodoh,” ujar Watie.
Sebagai seorang ibu, Watie sudah tentu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.
“Doakan dia cepat sembuh dan kalau ada tips untuk pulihkan kesan melecur disebabkan minyak panas, tolong kongsi,” katanya.
Terdahulu, Watie turut memuat naik foto keadaan Thalita selepas kejadian tersebut menerusi hantaran Instagram. Ramai warganet tampil mendoakan kesembuhan anak kepada Allahyarham Siti Sarah itu, selain memberikan sokongan moral kepada keluarga mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sungai Chao Phraya selalunya sinonim sebagai lokasi perdagangan barang-barang keperluan dan basah oleh rakyat di Bangkok, Thailand. Disebabkan keunikan menjual barangan tersebut di atas sampan sepanjang sebahagian dari sungai, ia turut menjadi lokasi perlancongan popular termasuklah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Begitupun, siapa sangka Sungai Chao Phraya telah bertukar menjadi lokasi tragis setelah mayat seorang pelakon Thailand dikenali sebagai Nida Patcharaveerapong ditemui terapung di sungai tersebut pada hari Sabtu (26 Februari) lepas.
Menurut laporan akhbar Thai, The Bangkok Post; pelakon berusia 37 tahun itu dipercayai terjatuh sewaktu menaiki bot laju pada malam Khamis lalu. Pada waktu itu, dia sedang menaikinya untuk beriadah bersama empat individu lain termasuklah pengurus peribadinya. Malangnya, Nida tidak memakai jaket keselamatan.
Setelah Nida terjatuh dan kelibatnya tidak ditemui di sekeliling kawasan bot laju tersebut, usaha menyelamatkan dimulakan oleh pihak berkuasa sejak Khamis lalu sehinggalah hari Sabtu.
Akhirnya, abang Nida sendiri yang menemui tubuhnya terapung di jambatan Rama VII dekat wilayah Nonthaburi di Bangkok, kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian.
Tambah tragik apabila siasatan awal pihak polis mendapati pemandu bot laju tersebut tidak memiliki lesen yang sah.
Insiden ini nyata menggemparkan rakyat di Thailand yang khusyuk mengikuti perkembangan terbarunya menerusi laporan media. Khabarnya, ibu Nida iaitu Panida Sirayutthayothin percaya kematian anak perempuannya itu mungkin disengajakan.
Sebelum insiden hari Khamis, Nida yang mempunyai seramai 1.5 juta pengikut di Instagram telah memuat naik hantaran baharu dengan kapsen, “The sun is set to rise again” berserta foto yang menunjukkan dirinya sedang menikmati waktu santai di pantai Phuket.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30 Juta Won (RM92,000) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 13 Mac, semalam.
Sumbangan tersebut telah diberikan kepada sebuah organisasi Community Chest of Korea bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan emosi golongan muda.
Menurut laporan, ini bukan kali pertama Beomgyu atau nama penuhnya Choi Beomgyu membuat sumbangan tersebut. Sebelum ini, pelantun lagu Anti-Romatic itu pernah mendermakan sejumlah wang kepada organisasi yang sama serta telah memberikan impak yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
“Saya dengar sumbangan kecil saya tahun lalu berjaya membantu mereka yang berdepan dengan masalah kesihatan mental”
“Menyedari bahawa saya dapat memberi kekuatan dan semangat kepada seseorang melalui pertolongan seperti ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya. Itulah sebab saya memutuskan untuk memberikan sumbangan sekali lagi pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh syarikat pengurusan, Big Hit Music.
Dalam pada itu, Beomgyu juga mendoakan agar lebih ramai orang dapat menemui ketenangan dan kekuatan melalui dirinya selain memanfaatkan semangat positif untuk membina masa depan yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
Sementara itu, bantuan berkenaan juga akan digunakan bagi menampung kos rawatan psikologi dan sesi kaunseling buat remaja yang berdepan kesukaran dalam keluarga atau hubungan sosial.
Selain itu, melalui inisiatif ini, Beomgyu berharap para pesakit dapat berkembang menjadi individu yang lebih sihat dari segi mental dan emosi.
Sekadar info, TXT kini sedang mengadakan konsert jelajah ACT: PROMISE sejak 7 Mac lalu. Kumpulan itu juga bakal menggegarkan pentas di beberapa bandar seperti Berlin, London, Barcelona, Paris, Amsterdam, Kagawa, Macau, Osaka dan Tokyo yang dijangka akan berakhir pada Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pada kita berjaga-jaga dengan wabak pandemik COVID-19, tanpa sedar sebenarnya demam denggi juga antara yang menjadi faktor kepada kemudaratan kesihatan masyarakat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaporkan seramai 127 orang meninggal dunia akibat Denggi setakat 3 Oktober lalu. Jumlah ini termasuklah dua kematian terbaru di Johor pada minggu epid ke-40 (27 September-3 Oktober).
Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebakan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidupnya.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
– Demam panas
– Sakit kepala
– Sakit tulang belakang
– Sakit sendi-sendi
– Loya dan muntah-muntah
– Sakit biji mata
– Ruam
Berikut merupakan senarai 30 lokasi hotspot kawasan Denggi yang dikeluarkan oleh KKM.
Tiada vaksin dan rawatan khusus untuk denggi jadi pencegahan adalah langkah terbaik. Jadi, pastikan di kawasan rumah korang tiada tempat pembiakan nyamuk, gunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk dan ambil langkah-langkah untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti pastikan tingkap rumah dan pintu sentiasa ditutup.