Gaya Hidup

Belum Masuk 7 Tahun Dah Pandai ‘Pau’ Beg! Reaksi Anak Aliff Syukri Buat Ramai Terhibur

Share

Dalam dunia serba moden hari ini, gelagat anak-anak kecil kadang-kadang memang boleh buat kita tersenyum sendiri.

Itulah yang berlaku dalam sebuah perkongsian oleh usahawan sensasi, Dato’ Aliff Syukri, apabila dia berkongsi momen comel melibatkan anak perempuannya, Raudhah Arsyiyah.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Raudhah dilihat merajuk dengan abahnya gara-gara tidak dibelikan beg tangan seperti kakaknya, Qadejah El Zahra.

Menurut Aliff dalam nada berseloroh, dia sendiri terhibur melihat perangai anak kecil zaman sekarang yang belum pun mencecah usia tujuh tahun, tapi sudah pandai ‘pau’ ayah untuk barang berjenama.

Situasi itu bagaimanapun tidak berlarutan lama apabila Dato’ Aliff terus membawa Raudhah ke sebuah butik terkenal.

Dalam momen yang dikongsikan, jelas kelihatan bagaimana Aliff Syukri melayan kerenah anaknya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Selepas memilih beg yang diidamkan, wajah Raudhah terus berubah ceria malah dia dilihat begitu teruja hingga memeluk dan mencium abahnya sebagai tanda terima kasih. Reaksi spontan itu benar-benar mencuit hati ramai yang menonton video tersebut.

Raudhah Teruja Buat ‘Unboxing’ Beg Kedua

Keterujaan itu tidak terhenti di situ. Setibanya di rumah, Raudhah dilihat membuat sesi ‘unboxing’ dengan penuh gaya, sambil menyatakan bahawa itu merupakan beg keduanya.

“I’m unboxing my second bag,” katanya dengan nada gembira.

Aksinya yang yakin dan bersahaja jelas mencuit hati ramai, seolah-olah sudah biasa dengan dunia fashion sejak kecil.

Ramai netizen berpendapat, anak Aliff Syukri ini mempunyai keyakinan tinggi dan personaliti yang menyerlah walaupun masih kecil.

Dalam masa yang sama, Dato’ Aliff sempat menitipkan pesanan ringkas tetapi penuh makna kepada anaknya :

“Semoga anak abah jaga baik-baik handbag ini,” katanya.

Walaupun ayat itu nampak simple, namun ia sarat dengan nilai didikan tentang menghargai sesuatu yang dimiliki.

Momen tersebut memperlihatkan sisi seorang ayah yang bukan sahaja memanjakan anak, tetapi juga tidak lupa untuk menyelitkan nilai tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah Raudhah. Ada yang memuji cara Aliff Syukri melayan kerenah anak dengan penuh kasih sayang.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan budak sekarang memang cepat ‘up to date’ bila bab fashion. Ada juga yang menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang normal dalam keluarga yang rapat dan penuh kemesraan.

Apa pun, di sebalik momen santai dan lucu ini, jelas terpancar hubungan rapat antara seorang ayah dan anak perempuan yang penuh dengan kasih sayang satu sisi kehidupan Aliff Syukri yang jarang gagal mencuri perhatian ramai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Darwisy