
Beberapa hari selepas selamat diijabkabulkan dengan aktor popular, Fattah Amin, penyanyi Amira Othman berkongsi luahan hatinya di Instagram yang sarat dengan rasa syukur atas perjalanan hidup yang sudah tertulis buat dirinya.
“Alhamdulillah, 14 September 2025 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh, ajal maut dan semua urusan hidup kita.
“Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza-beza, ujian dan nikmat juga berbeza-beza. Betapa Allah itu Maha Kaya,” tulis Amira yang kini berusia 32 tahun.

Dalam perkongsiannya, Amira turut percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup pasti hadir dengan sebab dan hikmah tersendiri.
“Tapi apa yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
“Apa sahaja yang Dia tentukan, adalah yang terbaik dan akan jadi pada waktu yang paling baik.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami, semoga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua,” katanya lagi.
Untuk info, pasangan selebriti ini telah disatukan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor pada malam Ahad lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kim Sae Ron Buat Pengakuan Mengejutkan, Dedah Pernah Berhubungan Intim Dengan Kim Soo Hyun Sejak Sekolah Menengah

Industri hiburan Korea Selatan kembali heboh apabila kontroversi terbaru yang melibatkan dua nama besar, Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron dikejutkan dengan pengakuan melalui satu rakaman audio.
Pada 7 Mei, Garo Sero Research Institute (HOVERLAB) telah tampil membuat pengakuan mengejutkan apabila mendiang Kim Sae Ron telah mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Soo Hyun semasa beliau masih remaja.
Apa yang lebih memeranjatkan, rakaman audio yang didedahkan oleh Garo Sero Research Institute juga menunjukkan bahawa pelakon wanita itu mengaku telah berhubungan secara seksual dengan pelakon ‘Queen of Tears’ itu ketika beliau masih di sekolah menengah.

Rakaman itu disampaikan pada persidangan media yang berlangsung di Gangnam-gu, Seoul, turut memaparkan kenyataan dari wakil keluarga mendiang Kim Sae Ron, Bu Ji Seok, dan wakil Garo Sero Research Institute, Kim Se Ui.
Menerusi rakaman yang sama, mendiang Sae Ron menceritakan pengalamannya kepada seorang kenalan mengenai hubungannya dengan bintang sensasi, Kim Soo Hyun serta mengesahkan bahawa mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih sejak sekolah menengah dan hubungan itu berlanjutan sehingga Kim Sae Ron memasuki universiti.
Selama perbincangan dalam rakaman yang dibuat pada 10 Januari 2025, salah seorang kenalan Sae Ron bertanya jika beliau sudah cukup dewasa ketika pertama kali terlibat dalam hubungan seksual dengan Kim Soo Hyun.

Dalam pada itu, Sae Ron dengan jelas menyatakan bahawa mereka berhubungan untuk pertama kalinya ketika beliau masih di gred 8, semasa cuti musim dingin.
“Pertama kali kami melakukannya adalah ketika saya di gred 8, selama cuti musim sejuk. Bahkan ketika itu, kalau difikirkan semula, patut ke saya cakap saya sedang dipergunakan dia?” kata Sae Ron dalam rakaman tersebut.
“Tidak ramai orang yang tahu bahawa kami bercinta semasa saya masih di sekolah menengah, tetapi mereka semua punya reaksi yang sama. Mereka melihat saya macam orang gila, bertanya kenapa saya membiarkannya ia jadi begitu saja,” jelasnya.
Sementara itu, menanggapi pengakuan dari rakaman berkenaan, agensi Kim Soo Hyun, Gold Medalist, segera mengeluarkan kenyataan dan menyatakan perasaan khuatir mengenai penyebaran informasi palsu mengenai artis mereka serta meminta agar laporan mengenai tuntutan sepihak yang belum sah dihentikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terinspirasi Dari Idola Sendiri! Kelab Peminat Lee Jun-ho 2PM Sumbang 500 Kilogram Beras Bagi Membantu Warga Emas Memerlukan

Lee Jun-ho Supporters baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial apabila kelab peminat pelakon dan penyanyi K-Pop popular, Lee Jun-ho 2PM, menyumbang sebanyak 500 kilogram beras putih kepada Seoul Love Fruit Foundation bagi membantu warga emas di sekitar kawasan Seoul yang memerlukan barangan asas makanan. Tindakan ini sekali lagi membuktikan bagaimana pengaruh selebriti boleh memberi impak positif kepada masyarakat.
Mengambil semangat ‘giving back’ atau memberi kembali kepada komuniti, inisiatif ini dilaksanakan bersempena konferensi produksi drama terbaru Lee Jun-ho berjudul Typhoon Family. Kegiatan ini difahamkan bukan sekadar sokongan kepada kerjaya idola mereka, namun ia turut membawa mesej kemasyarakatan agar pengaruh selebriti dapat disebarkan kepada golongan yang memerlukan. Usaha ini menonjolkan cara peminat boleh memainkan peranan bermakna melalui penyertaan dalam kegiatan amal.


Bantuan Kepada Warga Emas
Menurut laporan media tempatan, beras yang berjaya dikumpulkan itu disalurkan melalui Seoul Senior Welfare Center, iaitu pusat kebajikan yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan kepada warga emas yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan. Langkah ini juga memperlihatkan bagaimana komuniti peminat mampu memainkan peranan besar dalam aktiviti kebajikan dan secara langsung mengukuhkan nilai empati dalam masyarakat.
Kenyataan Daripada Lee Jun-ho Supporters
Menurut seorang wakil daripada kelab peminat Lee Jun-ho Supporters berkata, “Kami melakukan kegiatan berbahagi ini untuk memperingati konferensi produksi drama dan menyebarkan pengaruh positif Lee Jun-ho. Semoga beras yang kami siapkan dengan penuh kehangatan ini boleh membantu para warga emas yang memerlukan.” Kata-kata ini menggambarkan keikhlasan dan semangat kebersamaan yang dibawa oleh peminat idola tersebut.
Di media sosial pula, tindakan ini mendapat reaksi positif dan pujian ramai pihak, memandangkan Jun-ho sendiri sebelum ini dikenali aktif dalam kegiatan kebajikan. Terdahulu, pada tahun lalu, beliau menyertai Honor Society Community Chest of Korea selepas menyumbangkan sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM282,000) menerusi kempen donasi Shinhan Financial Group. Penglibatan beliau dalam aktiviti kebajikan turut menginspirasikan peminatnya untuk meneruskan budaya memberi.

Pengaruh Positif Yang Semakin Berkembang
Selain itu, menurut beberapa individu terdekat, budaya memberi telah lama sebati dalam diri pelakon yang popular menerusi drama ‘King The Land’ itu. Hal ini turut menginspirasikan peminat beliau untuk melakukan perkara sama. Jadi tidak hairanlah apabila kelab peminatnya sering tampil dengan projek kebajikan setiap kali terdapat aktiviti atau projek baharu melibatkan idola mereka. Lee Jun-ho Supporters telah menjadi contoh bagaimana peminat boleh menyalurkan sokongan mereka ke arah tindakan yang bermakna.
Penghargaan Daripada Seoul Love Fruit Foundation
Sumbangan daripada komuniti peminat ini turut dihargai oleh pihak pengurusan Seoul Love Fruit. Menurut pengarahnya, Shin Hye-young, inisiatif seperti ini membantu menguatkan budaya berkongsi dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kebajikan. Usaha ini menjadi bukti bahawa hubungan antara peminat dan selebriti boleh membawa impak yang lebih besar daripada sekadar sokongan dalam dunia hiburan.


Pengaruh Murni Lee Jun-ho Terus Memberi Inspirasi
Secara keseluruhan, usaha Lee Jun-ho Supporters ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada warga emas yang menerima bantuan, malah menunjukkan bagaimana peminat boleh menjadi agen perubahan dengan menyalurkan sokongan mereka ke arah kebaikan. Menerusi kemunculan drama baharu Typhoon Boss, jelas bahawa pengaruh Lee Jun-ho bukan sekadar dalam dunia hiburan, tetapi juga mampu memupuk nilai kemanusiaan.
Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada komuniti peminat lain untuk mempertahankan budaya memberi, sekali gus menguatkan semangat kebajikan dalam masyarakat. Lee Jun-ho Supporters terus menjadi contoh bagaimana sokongan peminat boleh diterjemahkan kepada tindakan positif yang memberi manfaat kepada orang sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tampil Klasik Menawan Dalam Persalinan Rona Putih Rekaan Shanell Harun, Ezaidi Aziz & Isteri Selamat Diijab Kabul

Semoga perkahwinan ini diberkati hingga ke akhir hayat…
Pelakon, Ezaidi Aziz baru-baru ini selamat bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Sabtu lalu.
Berkongsi perasaan sudah bertukar status, Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz (30) meluahkan rasa syukur dan masih dalam keadaan tidak percaya namun berharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna termasuk menjadi seorang imam yang baik buat isteri tersayang.
Memuat naik gambar majlis bersanding di Instagram, kedua mempelai yang manis itu dilihat bersepakat mengenakan busana putih klasik sedondon rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun.

Berkongsi sedikit momen perkenalannya bersama isteri, Ezaidi memberitahu dia sudah 12 tahun berkenalan dengan Afeeqah namun mula menjalinkan hubungan cinta tahun lalu.
“Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta”
“Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih,” katanya.

“Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya dan saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.
Sementara itu, berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Jesnita dan Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

