“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya ketika bersiaran langsung di Instagram semalam.
Pada masa sama, Amelia memaklumkan dia dan pelakon berusia 30 tahun itu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.
“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
Ads
“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.
“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” ujarnya lagi.
Ads
Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan ayam goreng gunting kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Resipi ini dikongsi oleh seorang brother, peniaga ayam goreng gunting yang tak lokek nak bagi resipi sebab katanya dia pun diajar oleh orang lain secara percuma.
Jadi, jom kita sama-sama share resipi mudah ini dan doakan perniagaan brother tu semakin maju sebab sudi berkongsi dengan kita. Hehe
Bahan-bahan untuk isi ayam goreng:
– Isi ayam goreng dipotong nipis-nipis.
– 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil.
– 1 ½ cawan serbuk roti
– Telur
Cara-cara memasak:
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti, masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Selepas itu, celup dalam telur dan masukkan tepung tadi, kemudian goreng (buat sekeping-sekeping, jangan masukkan semua ayam di dalam tepung).
3. Goreng sehingga ayam menjadi kuning-kekuningan dan tos kan.
Bahan-bahan dan cara menyediakan serbuk ayam goreng
– 1 kiub ayam
– 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah dengan keropok Twisties setengah bungkus- Setengah sudu besar serbuk lada sulah
– Kemudian, kisar kering semua bahan tersebut dan siap.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Siapa je yang tak mahu badan yang langsing dan pinggang ramping. Tapi agak susah juga nak dapat pinggang bak ‘kerengga’ ni. Manakan tidak, pinggan antara ‘lubuk’ pengumpulan lemak dan bahagian badan yang paling mudah menyimpan lemak.
Tapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Nak dapat pinggang berukuran bawah 25 inci bukan mudah, perlu disiplin melakukan rutin senaman dan menjaga pemakanan agar saiz badan ideal.
Berikut merupakan selebriti yang terkenal dengan pinggang ramping, bawah 25 inci. Terlalu ramping, ada yang berukuran 19 inci. Untungnya!
Jennie BLACKPINK
Idola yang lahir pada tahun 1996 ini sememangnya mempunyai hobi bersukan termasuk Pilates dan yoga. Malah, belia turut menjaga diet dengan mengambil salad avocado setiap hari dengan segelas jus detoks. Jadi hairanlah rupa Jennie ‘BLACKPINK’ sentiasa menjadi tumpuan terutamanya bahagian pinggangnya.
Rose ‘BLACKPINK’
Rose hanya memiliki pinggang berukuran 19 inci atau 48.26 cm. Gadis yang dilahirkan dengan nama sebenarnya Park Chae Young ini mempunyai berat 45 lg dengan ketinggian 168 cm. Malah, dia mempunyai visual yang menakjubkan dan kaki yang panjang. Dalam ‘Blackpink House’, Rose mengakui dia tidak mengehadkan makanannya kerana dia seorang yang gemar makan alias hobi makan. Kecintaannya terhadap makanan diimbangi dengan latihan keras dan senaman.
Lisa BLACKPINK
Mempunyai tubuh yang boleh dikatakan sempurna, salah seorang ahli BLACKPINK ini juga terkenal dengan pinggang yang kecil, yang menjadikan memberikan ilusi badannya lebih tinggi dan lebih panjang daripada yang sebenarnya. Rutin menyanyi dan menari telah membakar kalori yang cukup banyak dalam tubuhnya. Lisa memang digelar ‘mesin tarian’ dan itu menjelaskan mengapa badannya kekal langsing walaupun tidak mengamalkan diet ketat.
Dia turut berkongsi ketika menjadi pelatih di YG, Lisa pernah berlatih koreografi 12 hingga 15 jam sehari. Lisa juga memilih untuk minum jus detox setiap hari untuk kekal sihat dan bertenaga.
Sakura ‘LE SSERAFIM’
Dalam kedudukan visual, tidak hairanlah penampilan Sakura ‘LE SSERAFIM’ menjadi tumpuan. Pinggangnya sangat kecil.
Yuna ‘ITZY’
Perut kempis dan badan sempurna Yuna ‘ITZY’ sering mendapat pujian daripada peminatnya. Ia sangat menakjubkan, bukan?
Ryujin ‘ITZY’
Ryujin ‘ITZY’ fizikal yang cergas membuatkan tubuhnya menjadi sasaran ramai netizen.
Mempunyai badan dengan ketinggian 163 cm dan berat 46 kilogram. Lapor dari Health Yogi, Ryujin ITZY diketahui kerap mengambil sayur-sayuran. Dilihat dari corak pemakanannya yang sentiasa menyajikan salad pada menu makanannya.
Winter ‘aespa’
Bukan sahaja comel, penampilan Winter ‘aespa’ lebih lengkap kerana memiliki tubuh yang ideal dan pinggang yang cantik.
Dahyun ‘TWICE’
Mempunyai pinggang yang sangat kecil kerana pinggulnya yang bulat. Walaupun dia suka makan banyak, agak memeranjatkan Dahyun mampu mengekalkan pinggangnya yang kecil dan kurus. Untung betul!
Seulgi RED VELVET
Terkenal dengan kulit putih pucat yang menyerlahkan lagi pinggangnya yang kecil, ramping, dan perut rata yang berotot. Ramping sangat, pinggang Seulgi nampaknya boleh muat di sebelah tangan.
Jisoo BLACKPINK
Semasa menghadiri rancangan radio SBS, Jisoo berkata bahawa dia mengekalkan berat badannya dengan memakan bahagian yang kecil. Ahli tertua dalam BLACKPINK ini juga mendedahkan bahawa dia dan tiga ahli BLACKPINK yang lain gemar berkongsi makanan bersama. Sebagai contoh mereka akan makan seketul ayam goreng yang dikongsi bersama. Wah, bijak idea ini…
Jisoo juga mengakui bahawa dia tidak melakukan terlalu banyak senaman. Kerana dengan latihan tarian setiap hari sudah cukup untuk membakar kalori.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 telahpun memecahkan 'sumpahan' dengan memenangi dan membawa pulang salah satu kategori terbaik di acara pada pagi ini. Ia menerusi kategori Kostum Nasional Terbaik yang disarungkan oleh Shweta Sekhon!
Dua hari lalu Shweta dan pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) telahpun memuat naik video cerita di sebalik pembikinan kostum nasional ini. Dan menerusinya,, Shweta berkata dia mempunyai misi untuk melakukan impak pada edisi kali ini sekaligus menolak stereotaip wakil Malaysia ke Miss Universe akan selalu pulang dengan tangan kosong.
Impian itu akhirnya terjawab.
Walaupun Shweta tidak berjaya untuk melangkah ke peringkat separuh akhir dan menjadi sebahagian daripada 20 wakil terbaik, dia seharusnya berbangga apabila Malaysia berjaya memenangi kategori Kostum Nasional Terbaik hasil nukilan pereka, Carven Ong.
"Kostum ini adalah gabungan budaya di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina (di Malaysia). Kepak ini pula mewakili ekor ikan emas yang dipercayai oleh masyarakat Peranakan sebagai simbol kemakmuran (prosperity). Ia adalah gabungan 3 dalam 1, dan Steve, pakaian kita seakan sedondon," terang Shweta kepada Steve Harvey sebentar tadi sewaktu diumumkan sebagai pemenang.
Menurut Carven Ong, kostum ini juga mempunyai lima meja hidangan yang memperlihatkan seleksi makanan tradisi masyarakat Peranakan. Dress yang disarung diperbuat daripada songket dalam warna kegemaran Shweta iaitu hijau tua dan ia turut mempunyai aksesori kepala mirip bunga emas.
Kemenangan Shweta ini, bagaimanapun tidak terlepas daripada kontroversi.
Ini setelah pengacara, Steve Harvey tersalah menyebut nama Miss Philippines sedangkan Miss Malaysia yang memenanginya. Malah pada skrin juga, wajah Miss Philippines turut tertera memperagakan kostumnya yang berkisarkan burung helang.