Wow! Kelibat Sami Kacak Curi Tumpuan Netizen, Siapa Sebenarnya Dia?

Share

 

Foto seorang sami kacak telahpun tular di media sosial.

Oh my monk!

Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda ini, dari manakah asalnya dan apakah dia merupakan seorang sami sebenar.

Pemuda itu sebenarnya merupakan seorang selebriti di Myanmar dan dikenali sebagai Paing Takhon. Di sana, Paing yang baru berusia 24 tahun merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model yang cukup popular terutamanya di laman Facebook.

Bayangkan sajalah, posting foto Paing dalam persalinan sami tersebut telah memperolehi 83,000 ribu likes

dan 2,500 komen daripada peminatnya.

Yang menjadi persoalan ramai warganet sekarang adalah sebab utama mengapa Paing memilih untuk membotakkan rambut dan mengikuti kegiatan golongan agama di sana? Apakah benar dia sudah meninggalkan dunia glamor? Atau persalinan tersebut hanyalah kostum untuk watak terbaru lakonannya?

*

Yang sebenarnya guys, Paing bukannya sedang berlakon watak sami dalam mana-mana produksi. Dia benar-benar menjalani kehidupan sebagai seorang sami. NAMUN semua ini hanyalah untuk tempoh 10 hari sahaja.

Menurut status yang dimuat naik olehnya, ia berbunyi, “Menghabiskan tahun baru 2021 saya dengan menjadi sami untuk 10 hari dan saya merasa tenang dan mengetahui diri saya dengan lebih mendalam..”

Untuk pengetahuan, pengalaman seperti ini adalah sejenis tradisi keagamaan yang diamalkan secaa menyeluruh di negara majoriti penduduk beragama Buddha seperti Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar dan Sri Lanka.

Golongan lelaki di sana boleh memilih untuk mengikuti kehidupan sebagai seorang sami untuk tempoh sependek 3 hari hingga selama 3 tahun.

*

Kerjaya glamor Paing bermula pada tahun 2014 apabila dia menjadi seorang model di pentas peragaan fesyen.

Tidak lama selepas itu, jejaka berdarah campuran Myanmar-Cina ini mula mendapat kepercayaan produksi untuk membintangi beberapa filem dan drama bersiri di negara itu.

Menariknya, pada tahun 2020, Paing telah tersenarai sebagai salah seorang jejaka paling kacak oleh TC Chandler pada kedudukan kesepuluh.

Memang patut pun, dia memiliki rupa dan bentuk badan yang menarik perhatian ramai walaupun dalam persalinan sami!

ARTIKEL BERKAITAN Pelakon China Ini Dahului Senarai 100 Lelaki Terkacak 2020, Ada Selebriti Malaysia Tak? – REMAJA

Fun facts, Paing menggemari aktiviti melukis (oil painting), memasak dan merupakan pencinta haiwan.

Macam manalah dirinya tak disayangi ramai?

IKLAN