Baru saja Snapchat memperkenalkan filter terbaru di aplikasi mereka, personaliti popular Instagram Malaysia tak menunggu lama untuk jump on the bandwagon dan mencubanya!
Filter yang dinamakan ‘Gender Swap’ ini membolehkan korang melihat diri masing-masing sekiranya berubah jantina.
Untuk lelaki, ‘Gender Swap’ akan menghilangkan segala kumis dan jambang pada wajah, melicinkan kulit, membiarkan rambut kelihatan panjang (lihat transformasi Harris Annuar di bawah) dan wajah kamu akan memakai sedikit solekan.
Bagi perempuan pun ada, tetapi ia membolehkan korang ‘membela’ jambang sejemput, mempunyai kening yang cukup on-point dan kulit wajah akan berubah lebih gelap.
Jom tengok siapa yang paling cantik di kalangan Instafamous lelaki ini. Pergh, terpikat!
Aplikasi Clubhouse, kini hangat diperkatakan oleh netizen di seluruh dunia. Tidak hanya di Malaysia, malah aplikasi ini berjaya mencuri perhatian ramai setelah digunakan oleh Elon Musk dan juga Mark Zuckerberg.
Tapi apa yang menariknya aplikasi ini sampai dua ikon industri teknologi turut mengunakannya?
1. Berkongsi Idea Dan Perbualan Menerusi Audio Chat
Sumber Gambar : The Nation Press
Tidak seperti LINE atau WhatsApp berasaskan teks, Clubhouse lebih tertumpu pada kandungan audio untuk interaksi. Dihasilkan pada tahun April 2020, platform ini sangat bagus bagi menimba ilmu pengetahuan, meluaskan jaringan sosial dan dalam masa yang sama dapat bertemu dengan kumpulan yang mempunyai perspektif yang sama dengan korang.
2. Nak Sign Up, Hanya Yang Dijemput Masuk Saja Boleh Akses
Clubhouse co-founders Rohan Seth and Paul Davison. Rohan Seth/Twitter; LeWeb/YouTube
Aplikasi ini adalah aplikasi untuk mendengarkan perbincangan, wawancara, atau perbincangan mengenai pelbagai topik secara live.
Namun, hanya individu yang mendapat jemputan dari pengguna lain sahaja, boleh akses masuk untuk mendengar perbualan dan berkongsi maklumat menerusi audio chat Clubhouse ini.
3. Chat Rooms Clubhouse
Sumber Gambar : Forbes
Apabila memuat turun aplikasi ini, pengguna baru hanya dapat melihat gambar profil yang merupakan chat rooms yang sedia ada oleh pengguna lain.
Dan untuk memasuki mana-mana chat rooms, pengguna baru perlu mendapat jemputan dari pemilik chat rooms Clubhouse tersebut untuk akses.
Selain itu, pengguna baru juga boleh hasilkan chat rooms sendiri dan jemput sesiapa yang diingini untuk menyertai perbualan.
4 Belum Ada Di Android Dan Hanya Ada Di Apple Store
Sumber Gambar : tomsguide.com
Buat masa ini difahamkan aplikasi ini hanya ada dalam Apple App Store sahaja, dan pihak Clubhouse masih dalam proses menghasilkan aplikasi ini untuk pengguna android di masa akan datang.
5. Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Guna Clubhouse
Pada 1 Februari yang lepas, Clubhouse mempunyai ikon tetamu yang besar. Siapa lagi kalau bukan Elon Musk! Dijemput ke ruang perbincangan “GOOD TIME Club” dengan pakar teknologi Sriram Krishnan dan Aarthi Ramamurthy, Musk juga membawa CEO syarikat perkhidmatan perniagaan Robinhood, Vlad Tenev.
Facebook juga tidak mahu ketinggalan! Selain daripada Elon Musk, pengasas dan CEO Facebook Mark Zuckerberg juga memeriahkan Clubhouse pada hari Sabtu yang lalu (6/2). Pada kesempatan ini, Zuckerberg membincangkan mengenai augmented reality (AR) dan virtual reality (VR).
So untuk korang yang suka menimba ilmu dan mengembangkan pengetahuan, penulis rasa aplikasi ini sangat bagus untuk korang.
Boleh jadi huru-hara dibuatnya bila ada dokumen-dokumen penting dalam komputer yang kita terdelete secara tak sengaja. Agak-agaknya boleh ke kita dapatkan fail atau dokumen itu semula?
Menurut amanz.my, kebarangkalian untuk mendapatkannya semula adalah rendah tetapi ada beberapa perisian yang membolehkan anda untuk mendapatkannya kembali.Kebiasaannya, apabila anda memadam sesuatu dokumen pada komputer, ia hanya memadam fail berkenaan daripada dipaparkan dan melabelkan ruangan berkenaan supaya bebas untuk digunakan bagi simpanan data.
Secara tidak langsung, fail-fail tersebut masih tersimpan pada ruangan storan sehingga data baru ditulis di atasnya. Perisian-perisian ini bertanggungjawab untuk membantu anda mendapatkan semula fail yang telah dipadam menggunakan algoritma khusus untuk mengaksesnya kembali.
Wah, kalau macam tu lepas ni kalau terdelete dokumen-dokumen penting dalam komputer tak payah la serabut otak lagi kan?
Caranya anda boleh memuat naik perisian-perisian berikut bagi membantu mendapatkan kembali fail yang telah dipadam.
1. Recuva
Salah satu perisian daripada pembangun CCleaner kerana ia menyediakan interface yang mudah untuk difahami oleh orang ramai. Anda hanya perlu membuka fail Recuva, kemudian pilih storan yang ingin diimbas dan jenis fail yang ingin dicari. Seterusnya, lakukan imbasan untuk fail yang boleh diselamatkan.
2. PhotoRec
PhotoRec memfokuskan untuk mendapatkan semula gambar digital yang hilang atau terpadam tanpa sengaja daripada hard disk atau sebarang medium-tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai jenis fail lain. Perisian ini bukan hanya ditawarkan untuk Windows, tetapi untuk Linux dan OSX juga.
3. FreeUndelete
Dengan konsep yang lebih kurang sama dan hanya memfokuskan pada pengguna Windows saja, FreeUndelete adalah satu lagi perisian yang boleh mendapatkan semula fail-fail yang sudah terpadam.
4. Disk Drill
Bagi pengguna Windows, mereka juga boleh menggunakan Disk Drill untuk melakukan imbasan dan perisian percuma ini membolehkan anda mencari kembali fail sehingga 1 GB melalui versi percuma.
Oleh sebab semua perisian ini lebih kurang sama, maka penting untuk anda tidak membuat sebarang penulisan data baru (seperti pemasangan perisian baru, merakamkan gambar pada kad-SD, dan sebagainya) supaya kebarangkalian untuk mendapatkan semula data yang terpadam adalah tinggi.
Sekali lagi, ketegangan politik di antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China menjadi punca kepada masalah berjuta-juta pengguna.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Rabu lalu, Amerika Syarikat melalui Jabatan Pedagangan negara itu (U.S Commerce Department) telah meletakkan jenama telefon pintar dari China, Huawei dan 68 lagi jenama lain seluruh dunia ke dalam senarai hitam perdagangan mereka yang dipanggil ‘Entity List’. Ini berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Lalu, Google secara tak langsung terpaksa menggantung operasi perniagaan bersama Huawei dan Honor (anak syarikat Huawei) dengan serta-merta kerana mereka tak dibenarkan mempunyai apa-apa perhubungan perdagangan dengan 2 jenama tersebut buat masa ini.
Implikasi Terhadap Pengguna
Bagi orang ramai yang mengikuti kes ini, kebanyakannya memihak kepada Huawei dan berpendapat bahawa China mampu untuk membina perantinya sendiri – mungkin lebih baik daripada yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Mereka mempunyai sumber, mereka mempunyai wang.
Namun bagi berjuta-juta pengguna telefon pintar Huawei dan Honor, tindakan ini memberikan kesan dramatik kepada mereka. Bagi pengguna sedia ada, mereka MASIH boleh mengakses carian Google, Google Maps, Play Store, GMail dan sebagainya. Namun kini mereka tidak lagi boleh memperbaharui (update)kesemua aplikasi itu ke versi seterusnya. Dalam tempoh kurang 2 tahun, mereka tidak lagi boleh menggunakannya setelah versi yang lama tidak relevan lagi.
Kenyataan rasmi Android berhubung isu ini.
Bagi kesemua bakal pembeli telefon pintar Huawei dan Honor pula, telefon mereka tidak lagi akan dikemas kini dengan keselamatan Android dan kesemua akses kepada aplikasi yang disebutkan tadi juga tiada.
Ini termasuklah model telefon yang baru dilancarkan seperti P30, P30 Pro dan Mate 20 Pro. Nasib model telefon Honor 20 yang dijadualkan akan dilancar pada 21 Mei ini di London juga kini samar.
Bagi pihak Huawei dan Honor pula sebagai syarikat pengeluar, mereka kini dilarang daripada membeli komponen cip, bahagian telefon pintar dan teknologi baru daripada syarikat Amerika Syarikat tanpa kelulusan kerajaan, termasuklah Android.
Honor 20 yang akan dilancarkan secara rasmi esok.
Okay, they ARE serious about this.
Sebelum ini, timbul teori konspirasi yang mengatakan kerajaan Amerika Syarikat mengsuspek peranti telefon pintar Huawei digunakan oleh kerajaan China untuk mengintip maklumat data penggunanya di negara Uncle Sam itu.
Ada juga yang berpendapat Amerika Syarikat enggan membiarkan China menerajui sektor telekomunikasi dan muncul dengan teknologi 5G sebelum mereka. Ini kerana mereka tidak mahu tunduk kepada China jika mereka sendiri tak mampu memperkenalkan teknologi itu terlebih dahulu.
Ini bukanlah kali pertama Amerika Syarikat menggantung operasi perniagaannya dengan jenama luar. Pada tahun 2018, jenama telefon pintar ZTE juga termasuk dalam Entity List tersebut dan mengakibatkan masalah besar kepada penggunanya.
Bersabarlah korang..
REMAJA percaya China tak akan berdiam diri dan membiarkan syarikat Huawei serta Honor hancur begitu saja. Pasti akan ada tindakan susulan daripada keputusan ini demi penggunanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.