Ambang 2020 Oleh Kementerian Akan Berlangsung Di Udara 10 Minit Tanpa Henti

Share

Kami pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut ambang 2020 pada minggu hadapan.

Bagi korang yang masih belum mempunyai perancangan untuk menyambut di mana-mana, apa kata korang ke lokasi biasa, Dataran Merdeka kerana dengarnya, ada sesuatu yang menarik di sana.

Ia adalah lokasi rasmi untuk Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk menganjurkan acara Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada Selasa minggu hadapan.

Selain bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kami tak sabar untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di langit yang akan berlangsung selama 10 minit tanpa henti. 11 formasi menarik akan dipancarkan untuk menggambarkan keistimewaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Mungkin ke ia akan menjadi seperti pertunjukan drone di China ini?

Bagi yang berminat untuk ke Dataran Merdeka nanti, pihak kementerian menasihatkan korang agar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, KTM, MRT, bas Rapid KL dan bas pengantara kerana lalu lintas dijangka sesak sepanjang hari dan malam.

Sumber: BERNAMA

IKLAN