
Kami pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut ambang 2020 pada minggu hadapan.
Bagi korang yang masih belum mempunyai perancangan untuk menyambut di mana-mana, apa kata korang ke lokasi biasa, Dataran Merdeka kerana dengarnya, ada sesuatu yang menarik di sana.

Ia adalah lokasi rasmi untuk Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk menganjurkan acara Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada Selasa minggu hadapan.
Selain bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kami tak sabar untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di langit yang akan berlangsung selama 10 minit tanpa henti. 11 formasi menarik akan dipancarkan untuk menggambarkan keistimewaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Mungkin ke ia akan menjadi seperti pertunjukan drone di China ini?
Bagi yang berminat untuk ke Dataran Merdeka nanti, pihak kementerian menasihatkan korang agar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, KTM, MRT, bas Rapid KL dan bas pengantara kerana lalu lintas dijangka sesak sepanjang hari dan malam.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Pemandu Helok Negara Peroleh Anugerah ‘Hall of Fame’

“Semua bermula dengan impian..”
Benar caption yang dimuat naik oleh pemandu ‘World Endurance Championship’ (WEC) negara, Jazeman Jaafar yang dimuat naik di Instagram semalam.
Pada majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) semalam, Jazeman bersama dua orang ahli pasukannya iaitu Nabil Jeffri dan Weiron Tan telah diberikan penghargaan anugerah ‘Hall of Fame’ ataupun anugerah ‘Pilihan Ramai’. Ia merupakan kategori yang berdasarkan undian online oleh peminat dunia permotoran.

Mereka bertiga dijulang selaku wira negara terutamanya setelah mencipta sejarah MENANG di litar Fuji International Speedway (14 Oktober 2018) dan di litar Silverstone (20 Ogos 2018) sebagai pasukan trio negara.
Mereka juga berjaya tamat di kedudukan keempat perlumbaan ‘Le Mans 24 Hours’ dalam kategori LMP2. Hebat okay!

Menurut Nabil, “Ia adalah antara momen terhebat dalam hidup saya semasa kami berada di litar SEPANG pada Jun tahun lalu.
“Kami dicabar dari segi mental dan fizikal kerana hanya sempat tidur untuk 1-2 jam saja sebelum berlumba 24 jam tanpa henti. Saya tidak akan berada di sini tanpa rakan pasukan, Jaz dan Ron.
“Diharap, anugerah ini boleh dijadikan inspirasi kepada remaja di luar sana untuk TIDAK sesekali melupakan cita-cita mereka walaupun ia memakan masa yang lama dan kudrat yang besar. “Saya sendiri memulakan impian sebagai pelumba pada usia 7 tahun dan saya tidak menoleh ke belakang sejak itu,” kata Nabil lagi.


Semalam, Jazeman turut menempah kejayaan berganda apabila memenangi anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.
TAHNIAH korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sinonim Dengan Muzik-Muzik Dan AJL, CHERYL SAMAD Kekal ‘Muda’ Di Usia 44 Tahun

Jika dahulu, nama Cheryl Samad begitu sinonim dengan rancangan muzik-muzik yang dikendalikan bersama pengacara terkenal, Faizal Ismail. Namun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan apatah lagi drama Ghost yang ditayangkan sekitar tahun 2008 merupakan kemunculannnya yang terakhir di kaca televisyen.

Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad adalah anak kedua daripada tiga beradik, merupakan anak jati Kuala Lumpur,
Kini Cheryl sudahpun memegang status sebagai isteri dan ibu namun pasti ramai tidak menyangka figura ini sudahpun mencecah usia 44 tahun kerana raut wajahnya yang tidak dimamah usia.
Penampilan Cheryl juga masih ayu seperti dulu, tidak ubah seperti anak dara! Malah isteri kepada Ng Ping Ho yang merupakan pengusaha KLoe Hotel ini sudahpun memiliki 2 anak dalam perkahwinannya yang memasuki tahun ke-12 pada 30 April yang lalu.




Pemilik & Pengusaha Hotel
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Malah, pasangan ini juga pemilik kepada Kloe yang terletak di tengah kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hotel yang bermotifkan seni kraf dan alam ni dimiliki oleh suami kepada hos terkenal, Cheryl Samad. Suaminya, Ng Ping Ho sememangnya seorang usahawan sukses namun pasangan ini cukup low profle.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia sembilan tahun dan Kate, enam tahun.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Finalis Ratu Hijabista Ini Akhiri ‘Era MPP UiTM’ Sebagai Wakil Tunggal Perempuan

Tak semua orang mempunyai keinginan untuk bergelar seorang pemimpin.
Bukan mudah untuk kita menjadi penggerak sesebuah persatuan. Seorang pemimpin memerlukan kriteria, aura, karisma dan pengetahuan yang meluas untuk menggunakan pengalaman yang ada bagi kebaikan sejagat.
From the looks of it, finalis Top 4 program Ratu Hijabista 2020 ini mempunyai sifat kepimpinan semulajadi sejak zaman pengajian di peringkat diploma lagi.

Sempena minggu terakhir Shamellya Norazizi atau Mellya di pucuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tekologi MARA (UiTM), penulis tertarik untuk tahu dari mana datang keinginannya untuk menjadi satu-satunya wakil perempuan dalam kedudukan 4 pemimpin teratas itu.
“Seperti yang pelajar UiTM tahu, universiti kami mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara dan di setiap kampus itu mempunyai wakil MPP bagi setiap negeri.
“Di kampus induk Shah Alam ini, kami mempunyai 4 orang wakil tertingggi yang dipilih berdasarkan pencalonan. Mell pernah terlibat dalam kepimpinan MPP semasa belajar di UiTM Segamat Johor dulu. Jadi ramai yang mengesyorkan Mell untuk menghantarkan pencalonan.
“Alhamdulillah, Mell terpilih. Seterusnya dalam proses pembinaan kabinet, kami memilih siapa yang akan menjawat setiap jawatan yang ada. Dari situ berdasarkan undian, Mell terpilih sebagai Yang Di-Pertua walaupun Mell perempuan (berbanding 3 lagi lelaki yang mengisi 4 kedudukan teratas itu).

“Bagaimanapun, selepas perbincangan dilakukan, kami berpendapat bahawa seorang pemimpin lelaki adalah satu pilihan yang lebih wajar. Malah dalam agama Islam pun, lelaki disebut sebagai khalifah. Sekiranya ada wakil lelaki yang berkebolehan dan berkemampuan, adalah lebih baik untuk melantiknya sebagai pemimpin. Jadi dari situ, Mell dipilih sebagai setiausaha MPP UiTM,” jelas pelajar jurusan kewangan itu.
Meskipun ada kebenaran dalam penjelasan tersebut, penulis merasakan dalam dunia, perbezaan jantina tidak harus lagi dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menentukan pucuk kepimpinan. Ia seharusnya dinilai dari segi kemampuan seorang pemimpin itu sendiri.
Tidakkah Mell mempunyai sekelumit rasa terkilan?

“Niat saya menyertai MPP adalah untuk memberi semula kepada orang ramai (pelajar dan universiti) menerusi pengalaman dan ilmu yang saya ada. Saya tidak pernah jadikan perebutan jawatan itu satu perkara yang besar.
“Malah sepanjang setahun kami berusaha melakukan yang terbaik sebagai wakil MPP, Yang Di-Pertua kami telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Mell sendiri tidak boleh bayangkan diri Mell mampu menggerakkan pasukan kami jika berada pada posisinya; apatah lagi dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sekarang.
“Bagi menjawab persoalan sama ada perempuan sudah bersedia untuk memegang jawatan pemimpin ataupun tidak, yes, Mell tak nafikan bahawa UiTM, especially mempunyai kelompok pelajar perempuan yang sudah bersedia menjadi pemimpin.
“Bagaimanapun, kita tidak harus melihat kepada faktor individu saja. Sebaliknya, kita perlu melihat kepada faktor sekeliling sama ada warganya sudah bersedia menerima seorang pemimpin perempuan. Jelas, apa yang saya nampak, ada yang bersedia dan ada yang belum bersedia. Tidak mengapa, the right time will come.

“Kita pernah mempunyai Timbalan Perdana Menteri perempuan pertama menerusi Dato’ Seri Datin Seri Diraja Dr. Wan Azizah sehingga awal tahun ini.
“Beliau telah membuktikan sebuah kementerian dan kerajaan mampu menggapai pelbagai kejayaan dengan sentuhan serta suara seorang pemimpin perempuan,” tambah gadis berusia 23 tahun ini.
Cabaran Memimpin Dalam Situasi Pandemik
Tiada siapa yang boleh meramalkan tahun 2020 akan berakhir dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih.
Mellya turut terkesan dengan situasi tersebut apabila MPP UiTM perlu berdepan dengan cabaran baru menyelesaikan isu seperti pembelajaran dalam keadaan penularan wabak yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Tanpa mempunyai rujukan mengenai apa yang harus dilakukan setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan pembelajaran secara ODL diberikan, Mellya dan pasukannya mengaku mereka sedikit kelam kabut pada peringkat awal.
“Siapa yang tidak akan panik, seluruh rakyat Malaysia khusyuk menunggu arahan seterusnya daripada pihak kerajaan.
“Tapi kami tidak menunggu lama untuk membiasakan diri memberikan perkhidmatan kami dalam situasi Covid-19. Kesemua program yang biasanya dilakukan oleh wakil senior terdahulu tidak boleh digerakkan sepanjang tahun 2020. Sebaliknya, kami tumpukan kepada kebajikan asas para pelajar.

“Antaranya termasuklah proses pemulangan pelajar ke kampung halaman masing-masing. Kami mengerahkan usaha mencari bas dan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk menghantar pelajar pulang secara beransur-ansur.
“Ada satu ketika itu, Mell ingat kami perlu bermesyuarat sehingga jam 3 pagi untuk menyelesaikan isu lapangan terbang yang telah menghentikan operasi. Ia tidak terhenti setakat itu saja.
“Kami jugalah yang menjadi wakil tengah antara pentadbiran universiti dan pelajar yang terkesan dengan talian internet lemah di kawasan mereka. Dan kami juga memudahkan urusan makanan pelajar yang terkandas di kampus.
“Mell melihat situasi tahun 2020 ini telah memberi kami peluang sebagai wakil MPP mempergiatkan aspek kebajikan pelajar, lebih daripada tahun-tahun sebelum ini. It has been different, but it was all worth it.
“Walaupun kita tidak boleh menghantar pelajar ke misi luar negara seperti tahun sebelumnya, kita telah mencapai satu lagi aras baru dalam aspek kebajikan,” katanya.

Tip Menjadi Wakil Pelajar
Dengan pengunduran Mell dan tiga lagi orang wakil MPP UiTM, jawatan itu kini sedang ditawarkan kepada pelajar lain menerusi musim pencalonan nama.
Mell mempunyai beberapa tip buat mereka yang ingin berkecimpung dalam perwakilan pelajar di universiti mereka.

“Pertama sekali, niat untuk menjadi wakil pelajar perlu diperbetulkan sejak awal. Adakah mereka ingin menggapai populariti ataupun ingin membantu? Adakah mereka mampu bekerja 24 jam sehari, dikritik dan sebagainya? Tempoh setahun itu bukanlah satu tempoh yang sekejap. Jadi mereka perlu fikirkan dahulu sama ada betul-betul ingin bekerja demi pelajar dan universiti.
“Kedua, mereka perlulah ada minat yang mendalam. Bagi yang tidak mempunyai pengalaman menjawat sebarang jawatan sebelum ini, Mell nasihatkan untuk cuba dulu memegang tanggungjawab dalam persatuan serta kelab yang lebih kecil skalanya. Baru kita nampak bagaimana corak bekerja sebenar.
“Akhir sekali, mereka perlulah tahu untuk work smart, not hard. Kita kena ingat bahawa pelajaran tidak sesekali boleh diketepikan demi menjadi wakil pelajar. Jadi mereka perlu tahu bagaimana untuk memegang bebanan kebajikan dan pelajaran pada masa yang sama. Jika seseorang mempunyai ketiga-tiga perkara ini, mereka telah bersedia.”
*
All the best kepada Mell dalam perancangannya selepas tamat tempoh menjadi wakil pelajar ini!
Bercakap mengenai minat atau passion, selain daripada Mell, seorang lagi finalis Ratu Hijabista 2020 juga mempunyai minat yang mendalam untuk bidang yang diceburinya.
Ini adalah temuramah kami bersama Tina Aziz yang mempunyai latar belakang bidang perundangan.
“Jangan Mandi, Mangsa Rogol Perlu Terus Ke Balai Polis” Bakal Peguam Ini Jelaskan Kenapa – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

