Alif Satar Terkena Lagi Tempias ‘Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga’, Undang Komen Lucu Netizen

Share

 

Spill the tea, sis..

 

Walaupun memasuki hari kesembilan pada bulan Ramadan, suasana grup WhatsApp, status di Facebook dan perkongsian pendapat di Twitter bertambah hangat sejak awal pagi tadi.

Semuanya gara-gara khabar kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan mangsa keadaan iaitu isterinya, Bella Astillah.

Viral sekeping foto selfie membabitkan seorang lelaki yang mirip dengan wajah Aliff Aziz bersama seorang gadis yang dilaporkan bernama Nismel.

Tak pelik pun jika ingin mengambil gambar bersama, tetapi apabila aksi mesra itu melihatkan mereka berdua berpakaian kurang menyenangkan, netizen terus tidak teragak-agak untuk melontarkan cercaan kepada pelakon lelaki tersebut

Yang menjadi mangsa seperti yang dipetik tadi ialah isterinya, Bella Astillah.

Secara kebetulan, seorang lagi selebriti bernama Alif iaitu Alif Satar juga menjadi mangsa ‘salah target’ oleh netizen. Lantas dia memuat naik foto di akaun Instagram-nya dengan emoji menepuk dahi sendiri, seolah-olah ingin berkatakan masih wujud isu ‘kerana susu seorang, rosak susu sebelanga’, ‘kerana Aliff yang seorang, rosak semua lelaki yang bernama Alif (f)’.

Ini bukanlah kali pertama Alif Satar ‘dicerca’ oleh netizen yang tersalah orang. Ketika kes yang melibatkan Aliff Aziz sebelum ini, Alif Satar juga terpaksa redhadengan cercaan netizen yang clueless.

 

Sabar je lah Alif (Satar – just to make this clear).

 

IKLAN