Hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Tiada siapa tahu pengakhiran hidup seseorang itu. Usaha dan doalah kerana Allah itu Maha Mengetahui dan pemberi rezeki. Baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang 7 sekeluarga yang peluk Islam seperti ditulis di laman FBnya.
Atas keperibadian beliau yang tidak lokek membantu golongan memerlukan, Ebit Lew sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila membantu tujuh sekeluarga berbangsa Cina memeluk Islam.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan peristiwa itu berlaku ketika dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh.
Ads
Setiap hari ibu dan anak keluarga itu melihat video pendakwah terbabit di Facebook.
“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat hendak masuk Islam.
Ads
“Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang. Anak 11 tahun kata, ‘ustaz beri saya nasihat, saya hendak jadi macam ustaz. Hendak jadi hero’.
Sebagai rekod, ini bukan kali pertama Ebit membantu mereka yang berminat untuk memeluk Islam selepas tertarik dengan kerja kebajikan yang dilakukan.
Ads
Rata-ratanya warganet berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew
Untuk info, Ebit sendiri yang juga seorang mualaf, mula mendekatkan diri dengan Islam seawal usia 13 tahun. Difahamkan beliau pernah menuntut ilmu agama sehingga ke Pakistan dan Thailand mengikuti jemaah tabligh.
Sumber: Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.
Laman berita Mothership melaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu.
Sehingga semalam, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.
Dalam pada itu, berdasarkan keterangan iklan jawatan berkenaan di LinkedIn, tiada syarat kewarganegaraan diletakkan oleh syarikat tersebut. Ini bermakna, warga asing selain warganegara Singapura juga mungkin boleh memohon jawatan itu.
Bagaimanapun, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman yang berkaitan dengan jawatan dipohon. Pemohon-pemohon juga perlu memiliki lesen memandu Kelas 4 yang sah dan lesen vokasional.
Menurut undang-undang Singapura, lesen Kelas 4 diperlukan untuk memandu kenderaan bermotor berat dan traktor melebihi 2,500kg.
Berkenaan jadual kerja pula, mereka perlu bertugas selama enam hari atau maksimum 44 jam seminggu. Selain itu, mereka yang terpilih juga akan diberikan cuti tahunan selama tujuh hari.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.
Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai ambil enteng soal Perintah Kawalan Pergerakan bila diumumkan dengan alasan mereka masih sihat. Tiada kontak dengan pesakit positif dan berbagai alasan lain. Ya, memang kita sihat ketika itu tetapi kalau tidak stay di rumah, masih merayau di luar dengan pelbagai alasan, kita sendiri pun tidak tahu siapa yang sudah dijangkiti. Kecuali apabila badan sudah mulai melemah akibat demam, pergi ke hospital dan jalani test kit pengambilan sample COVID-19, ketika itu barulah dunia rasa nak meletup.
Seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi di media sosial “RASA KESAKITAN” yang akan dirasai mereka yang disyaki positif COVID-19 dan menyifatkan pengalaman kawan-kawannya yang berada di barisan hadapan untuk menangani wabak ini adalah satu pengalaman yang agak azab.
Bayangkan satu batang swap dimasuk ke dalam hidung dan ditusuk sehingga ke hujung rongga hidung untuk pengambilan sample ini. Bacalah, kalau rasa masih kebal, jalan-jalanlah di luar. Lepas tu jalani sendiri dan tanggung azab sendiri (dah nasihat stay at home degil).
Prosedur pengambilan sample di mana batang swap dimasukkan hingga ke hujung rongga hidung
“Sakit woih! Rasa macam nak meletup kepala aku!
Terbatuk-batuk terus lepas batang swab tu dia keluarkan dari hidung aku. Mujur tak termuntah je.”
Masih jelas lagi raut wajahnya yang tak selesa tu. Padahal prosedur pengambilan sample COVID-19 tu dah selesai lama.
Kesian betul. Dia antara rakan setugas aku yang terpaksa jalani ujian saringan COVID-19.
Bukan seorang dua, tapi berbelas-belas kawan aku yang terpaksa hadapi azab saringan tu.
Memang siksa masa ujian tu dibuat. Terpaksa relakan lubang hidung dijolok dengan alat penguji hingga betul-betul sampai ke hujung rongga hidung.
Semata-mata nak kena pastikan diri bebas jangkitan. Supaya ia tak tersebar pula pada orang lain.
Lihatlah gambar yang aku kongsikan tu.
Semuanya terpaksa lakukan test gara-gara ada pesakit yang positif jangkitan, tapi menipu sejarah sakit. Dah mula ada simptom sejak awal, tapi masih tegar berjalan-jalan ke sana ke mari.
Siap terbang ke luar negara lagi.
Lepas tu, bila datang untuk jalani pemeriksaan, tak beritahu maklumat sebenar pada staff kesihatan. Akhirnya dedahkan risiko jangkitan pada ramai staff hingga sebahagian terpaksa dikuarantin.
Akibatnya, staff yang bertugas makin berkurangan menyebabkan beban kerja makin bertambah.
Sebab tu kami marah benar bila ada yang tak patuhi arahan KKM dan kerajaan. Galak berjalan ke sana ke mari. Lepas tu sesuka hati cakap, “kalau kami sakit kami pergilah hospital.”
Rude!
Selfish!
Tolonglah ikut perintah kawalan pergerakan betul-betul buat masa ni.
Tak usah keluar ke taman rekreasi.
Tak usah ke masjid atau surau.
Tak usah pulang ke kampung.
Jangan dedahkan orang tua pada risiko jangkitan.
Bayangkan orang tua kita terpaksa hadapi rasa tak selesa diambil sample disebabkan kedegilan kita.
Apatah lagi jika tiba-tiba keputusannya positif.
Nauzubillah…
Itu belum kira masalah-masalah yang timbul pada staff kesihatan akibat kedegilan kita.
Kawan-kawan, patutnya ujian wabak ni jadi medan kita bermuhasabah, kesabaran kita membasuh dosa-dosa lalu.
Bukan kita menambah lagi senarai dosa-dosa baru ke dalam kantung amalan kita.
Yang dah lepas kita ambil jadikan pengajaran.
Tapi dalam perjalanan menuju ke hadapan, kita mesti ingatkan seramai mungkin agar selalu jaga satu sama lain. Saling ingat memperingati.
Nampak ada yang terlalai, kita tegur. Yang terus berdegil, kita serahkan pada pihak berkuasa.
Fahamkanlah kata-kata Tuhan.
Kita ini sentiasa duduk dalam kerugian.
Melainkan sesiapa yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, serta tak jemu berpesan tentang kebaikan dan kesabaran.
Mari, sama-sama kita ingatkan semua ya. Malaysia, #StayAtHome.
Seorang lagi pelakon Korea, Oh In Hye dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun. Dia menunjukkan tanda-tanda pulih, namun akhirnya tidak sedarkan diri.
Oh In Hye didakwa cuba membunuh diri dirumahnya di Song Do, tetapi rakan rapatnya menemui pelakon wanita itu dan terus membuat panggilan kecemasan.
Pelakon tersebut dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan CPR. Pada awalnya, pernafasan Oh In Hye seakan pulih tetapi tidak pulih sepenuhnya dan akhirnya dia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Oh In Hye
Kematiannya dipercayai sebagai bunuh diri dan pengebumian pelakon itu dilakukan secara tertutup pada 16 September 2020.
Kematian Oh In Hye ini juga menyedarkan masyarakat akan pentingnya kesedaran tentang masalah mental dan depresi. Rata-rata netizen meninggalkan komen simpati terhadap mangsa yang mempunyai tekanan hidup.
Mungkin masih ramai yang memandang ringan akan isu ini namun percayalah jika korang mengambil tindakan cepat, kebarangkalian kes bunuh diri ini dapat dikurangkan. Jika ada kenalan atau ahli keluarga yang mengalami masalah atau pun tekanan hidup, jadilah tempat untuk mereka meluahkan agar mereka merasakan masih ramai yang sayang dan peduli pada mereka.