Di kala sanak saudara dan jiran tetangga berseronok meraikan Hari Raya Aidilfitri, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah terpaksa beraya di hospital dek kerana suaminya yang harus menjalani prosedur pembedahan jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Beliau yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-19 telah memuatnaik beberapa gambar di laman Instagram semalam.
“Semalam sambut ulang tahun perkahwinan dekat hospital. Hari ini (25 April) akan buat pembedahan. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, biarpun menyambut hari raya di hospital, kesihatan insan tersayang harus diutamakan agar kembali pulih seperti sediakala.
Ads
Menjenguk ke laman akaun Instagram penyanyi dan usahawan itu pada petang semalam mendapati bahawa suaminya telah selamat dioperasi dan kini telah kembali sedar.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih diatas doa-doa kalian. Suamiku dah sedarkan diri dan semakin kuat,” jelas beliau.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors itu lagi, setelah dinasihatkan oleh doktor, pihaknya terpaksa mengehadkan kunjungan tetamu agar suaminya mendapatkan rehat yang secukupnya.
Tambah beliau lagi, faktor jangkitan virus yang masih berleluasa juga antara penyebab mereka kurang menerima pelawat bagi mengelakkan risiko jangkitan terjadi.
“Saya pasti kawan-kawan terdekat memahami situasi suami saya yang kini dalam proses penyembuhan. Apabila keadaannya semakin kuat, kami akan maklumkan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?
Susulan itu, Restoran McD yang baharu dibuka di Tampin, Negeri Sembilan satu-satunya restoran McDonald’s berkonsepkan seni bina rumah tradisional Minangkabau yang berbumbung panjang.
Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat adat perpatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri.
Mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi dengan keunikannya yang tersendiri.
Sebelum ini, tapak restoran tersebut merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi — justeru ia dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan agar menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai tempat tarikan pelancong, memandangkan lokasinya yang strategik dan betul-betul terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban.
Pembinaanya telah mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).
Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Tampin itu merupakan restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan.
Lebih menarik, ia juga merupakan restoran setingkat yang terbesar pernah ada di Malaysia.
Jadi, kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah menikmati hidangan burger dan ayam goreng sambil OOTD di restoran ini.
Selepas empat (4) tahun mengalami trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang popular menerusi naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra (27) kini boleh menarik nafas lega.
Menurut laporan Indian Express, ia susulan seorang pengarah lelaki yang didakwa telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara selama tiga (3) tahun akibat jenayah yang dilakukan.
Menerusi kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah yang bernama Yogesh Mahipal Singh.
Pelakon wanita itu didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.
“Saya berdepan dengan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya”
Menerusi akaun media sosial Malvi turut meluahkan rasa syukur, “Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbaloi. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar.”
Sebelum ini, pelakon filem ‘Hotel Milan’ dan ‘Abhyooham’ itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu menjalin hubungan persahabatan dengannya menerusi aplikasi Facebook.
Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu mengahwininya. Sejak dari itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun penularan wabak Covid-19 kini semakin berada pada tahap terkawal dengan penurunan jumlah kes di Malaysia, situasinya tidak sama seperti yang berlaku di luar negara.
Negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura masih bergelut untuk melawan wabak ini. Lalu, perancangan warganegara Malaysia untuk bercuti di negara jira seakan perlu dilupakan, sekurang-kurangnya sehingga tahun hadapan.
Namun, itu tidak bermakna korang tidak boleh merancang percutian lebih awal; bak kata influencer petah bercakap, Tahanee Shauki.
Dalam segmen #RemajaDengarKata yang dibawakan pada minggu lalu bersama Tahanee, penulis sempat untuk berborak mengenai pengalamannya di Yogyakarta, Indonesia untuk penggambaran rancangan Travel For Love bersama TLC (saluran Astro 727), baru-baru ini.
Love At First Sight
Saya sebenarnya jatuh cinta dengan Yogyakarta sebelum saya ke sana lagi. Saya rasa ramai di antara kita yang hendak melawat Yogya setelah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Jadi peluang ke sana itu saya ambil untuk melihat sendiri tempat orang seperti di dalam filem tersebut.
Terkenal Dengan Keindahan
Sebaik saja tiba, saya sudah menggemari energy dan vibe Yogya. Lagipun dengan penduduknya yang ramah dan gemar membantu, ia membuatkan trip kami lebih mudah.
Yogya sememangnya terkenal dengan bangunan bersejarahnya yang dijaga sejak berabad lama.
Korang boleh memilih untuk melawat muzium sejarah ataupun alam semulajadinya seperti pantai Jogan dan pantai Siung. Kata orang, natural wonders.
Pantai Siung.
Jika korang lebih tertarik kepada destinasi alam hijau, mungkin Jurang Tembelan dan Puncak Becici adalah tempatnya.
Borobudur
Tak sah kan kalau kita tak sentuh mengenai Candi Borobudur bila bercakap mengenai Yogya.
Borobudur
Ia adalah simbol kebanggaan penduduk di sana. Borobudur merupakan struktur candi terbesar di dunia dan ia memakan masa 75 tahun untuk disiapkan!
Pada mulanya, Borobudur dibiarkan usang selama berabad lamanua di bawah debu gunung berapi sehinggalah ia ditemui oleh pentadbiran British dahulu.
Saya cadangkan korang untuk ke sana sebelum matahari terbenam and just take in the view. It is just breathtaking!
Apabila korang berdiri di atas candi yang dikelilingi alam semulajadi serba hijau, dan korang boleh mendengar laungan azan Maghrib daripada banyak masjid yang terletak di bawah.
Hutan Pinus
Bagi yang ingin menjauhkan diri sebentar dari bandar Yogyakarta dan suka mengambil foto, korang boleh ke Hutan Pinus!
Sebaik saja tiba, korang akan disambut dengan udara nyaman dan pemandangan pokok pain.
Di sini juga terkenal di kalangan pelancong kerana mereka gemar mengambil foto bersama tree house berwarna-warni, hammock dan di bahagian tebing puncak.
Korang juga boleh berkhemah di sini jika merasakan satu hari tidak cukup to take the beauty of the forest in.
Pantai Parangtritis
Okay, saya tak sempat untuk ke sini. Tapi kenderaan kami sempat melalui sepanjang kawasan pantai ini and it was just as beautiful as shown in Ada Apa Dengan Cinta 2.
Bendi juga kelihatan di bahagian belakang dalam babak Ada Apa Dengan Cinta 2.
Pantai ini terkenal sebagai lokasi romantik untuk korang menunggang bendi, iaitu kenderaan yang ditarik oleh kuda pada waktu senja.
Tak jauh dari situ, terdapat juga air terjun Parang Endog di bahagian hujung Timur pantai. Tak ramai pelancong yang tahu mengenai candi terbiar yang tersembunyi di tebing sebelah Timurnya!
Pemandangan dari Bukit Parang Endog.
Apabila tiba waktu malam, korang boleh melihat bintang-bintang mulai muncul di langit. Bukan senang untuk penduduk bandar melihat langit yang dipenuhi bintang seperti ini, jadi why not korang ke sini dan tenangkan diri sehingga waktu malam.
*
Terus rasa macam nak pergi Yogyakarta kan lepas mendengar cerita Tahanee!
Tapi itulah, kita dinasihatkan untuk tidak melancong ke luar negara sehinggalah tahun hadapan. Adakah Tahanee merasakan perlu untuk kita tangguhkan je semua planning
”Nak tak nak, memang kena demi keselamatan dan kesihatan kita juga. TAPI tak bermakna kita tak boleh merancang itinerari terlebih dahulu.
”Korang jangan sedih kerana tak boleh travel pada tahun ini. Gunakan masa yang ada untuk membuat research mengenai tempat yang dipilih serta aktiviti yang ditawarkan di sana. Tak adalah korang stres dengan last minute plans.
“Penangguhan ini juga memberi kita lebih masa untuk mengumpul bajet lebih. Manalah tahu 5 hari 4 malam tak cukup untuk korang hehe,” kongsi pelajar ini lagi.
*
Bagi korang yang terlepas untuk menonton siri Travel For Love, korang boleh melihat perjalanan Tahanee dan 4 peserta lain ke 5 buah negara di Asia Tenggara di TLC (saluran Astro 727) setiap Khamis, bermula 7 Mei ini.
Siaran terdiri daripada 2 episod back-to-back pada jam 9.00 – 9.25 malam dan 9.25 – 9.50 malam.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.