Alhamdulillah! Rentas Negeri Dan Daerah Dibenarkan, Tapi 3 Perkara Penting Ini Perlu Tahu

Share

Sebentar tadi diadakan sidang media khas oleh Menteri Kanan Pertahanan,  Dato’ Sri Ismail Sabri mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Beberapa perubahan pada prosedur operasi standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPP).

1. Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya

Sumber Gambar : Majlis Keselamatan Negara

Ini bermakna tiada lagi SJR oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan PKPB dan PKPP. Orang ramai juga bebas bergerak dalam kawasan bukan PKPD tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM.

Sumber Gambar : Majlis Keselamatan Negara

Malah had penumpang termasuk pemandu dalam satu kenderaan juga dibatalkan.

Maklumat lanjut boleh anda dapati di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN)

2. PKPB Dilanjutkan di Kuala Lumpur dan Selangor

PKPB yang sepatutnya tamat pada 6 Disember 2020 di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.

3. Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya

Ini bermakna tiada lagi SJR oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan PKPB dan PKPP. Orang ramai juga bebas bergerak dalam kawasan bukan PKPD tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM.

Walaupun masih ramai warganet yang keliru dengan pengumuman sebentar tadi tapi masih ada yang bersyukur dapat pulang melawat keluarga dan ibu bapa di kampung.

Sumber Gambar : Facebook MKN

 

Bagaimana pun, dalam kegembiraan kita dapat pulang ke kampung halaman tetapi penting dan wajib mengikut segalam SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

 

 

IKLAN